Visitor

21.3.13

kutu

lastweek,masa ambik hasya,pengasuh dia cerita dapat kutip 2 ekor kutu atas kepala hasya.
haih.bila masa pulak keturunan aku berkutu.aku angguk-angguk dan balik rumah check kepala anak-anak.

sah.aku jumpa telur kutu kat kepala rifdi dengan haifa.memang bengang gila rasa.biasa la beb.mak-makk kan.rasa nak sembur ridsect je kat kepala budak-budak ni tahap nak marah punya pasal.aku agak ini mesti rifdi yang terkena jangkitan ni dulu sebab dia bercampur dengan ramai budak kannn..

so,esoknya terus ajak encek ejang pergi farmasi.nak kena kutu-kutu sekalian alam ni!

masa beli tu boleh pulak pharmacyst tu kata kat aku "minggu ni memang ramai beli syampu kutu ni kak.kenapa ye?".

"musim kot" -- amboi.sedap sangat aku menjawab ye.

syampu brand A Lices.dapat sekali dengan sikat


sampai rumah,aku test sikat kat kepala sendiri nak tengok sakit ke tak sebab sikat plastik kan.sekali cehh.rupanya kepala aku pun ada kutu jugak.aku tunjuk kat encek ejang dia bleh cakap "awak la ibunya".

blerghhhh.

so,sesi bersyampu adalah pada pagi esoknya.jumaat yang mana aku siap ambik cuti lagi sebab nak buat operasi habis-habisan.

rifdi dengan hasya paling senang disyampu dan paling senang sikat rambut.yang kak limah sorang tu hah..amboi.letih bersilat bertaekwando tak bagi dia bergerak-gerak dalam kangkangan aku.haipp.jangan nak imagine sangat.

tapi dalam puas bersilat tu,hasilnya memang aku suka.baby kutu dapatla 2 ekor.telur banyak yang dah pecah.lega hati i.tapi perperangan tak habis di situ sahaja.kena continue lagi kerja sikat-menyikat dalam 3 hari ni.

tadaaa!

amboi.kepala aku dah kena operasi malam jumaat tu dah.encek ejang la jadi mangsa.biasa aku yang hadap kepala dia mengikis kelemumur.malam tu aku plak yang bahagia.haha -- hasilnya dapat jugak baby kutu.telur dah takde sebab malam tu jugak aku syampu.kahkahkah.senang hati dan kepala aku.

so sampai ahad la aku buat operasi cuma takla pakai syampu A Lices tu.sebab pesanan penaja nak pakai mestila seminggu sekali.hasya tu pun kena pakaikan sikit,takbleh banyak sebab dia boleh digunakan hanya pada umur 2 tahun ke atas.

lepas tu,aku syampukan rambut diorang dengan syampu biasa je tapi aku biarkan buih-buih tu kering kat kepala.kira syampu dalam 10 minit gitu.insya Allah,pakai syampu biasa pun sebenarnya dah boleh matikan telur kutu tu dah cuma ambik masa je.

hadeh la kan.harapnya lepas ni takde dah la kutu-kutu berkeliaran.kalau kutu duit tu takpela nak berkeliaran sekalipun.bahah!


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

20.3.13

Wordless Wednesday #61







# the kiddos when 1 y/o.

sepesen je eh?



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

19.3.13

One Million Women Purple Walk

17 march 2013 was Purple Walk Day for women in Malaysia.

haihhh.tak habih-habih.

seluruh negeri sambut dan untuk Pahang,daerah yang terpilih untuk jadi tuan rumah adalah Jerantut.dan diceritakan hampir 35,000 orang wanita yang menyertai program ini termasuk aku,penulis blog ini.eceh.nak jugak masuk nama sendiri.

jam 7 pagi jalan dah tutup so 6.45 kami dah tercegat di worksyop tunggu tansport hantar ke padang.kitorang start berkumpul di padang jam 8 pagi dan akhirnya program start jam 9!..haiii.aku ni mengenangkan nak tengok ramli sarip je.kalau tak,aku tido kat rumah je.

lambaian seorang pejalan kaki


ok.dah sampai padang.terus bergambar.





dd gemok-mok-mok















crowd baru start jalan lepas MB rasmikan program.berpeluh ketiak sebab menunggu je.lepas tu baru dapat gerak.tu pun berasak-asak sampai abang-abang polis tak mampu mengawal mak-mak orang nih.puihhhh.






kasut makcik ni tercabut tapak.kesian sangat.sampai kitorang heret dia pergi kedai terdekat.
suruh beli selipar jepun.



eh.tetibe je kan?
sempat kitorang singgah rumah azmah.singgah kot-kot ada yang nak terkencing.
hahaha.

dan ada jugak yang dah tercedera.

sampai padang terus serbu lori milo.





disebabkan dah terik sangat,tengok Jambu dari belakang crowd aje la.


birthday pak Yus

lepas tu aku flat.dapat nasik terus balik rumah.

tak dapat la nak tunggu ramli sarip.
kepala gua dah rasa nak meletup.
kebabommm.

malam tu jangan cerita la punya rajin aku melawat tandas.
angkara nasik bungkus lauk ayam kari tu la kot sebab rata-rata member aku yang makan semua sakit perut.
haihhh..kalau turun berat best jugak ye?

dan malam tu aku tidur jam 3 pagi!



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...