Visitor

5.4.13

miss u guys!

disebabkan encek ejang outstation, malam tadi rifdi dengan haifa tidur rumah pengasuh yang baik.dan aku pulak tinggal berdua je dengan hasya.

kesian.hasya ketara nampak boring di saat ketiadaan abang dan kakak serta abahnya di sisi.

jom dik.kita tengok gambar kakak dengan abang hari rabu hari tu.rindunya kat diorang kan?
biasa kakak la yang terbising sekali.







    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4.4.13

pengasuh

[ Nasihat : entry penuh perasaan.agak-agak tak berminat nak membaca,sila skip]



Noted : rifdi dengan haifa dijaga oleh pengasuh yang berbeza dengan pengasuh hasya.

Semalam,masa ambik hasya lebih kurang 7.30 petang,pengasuh hasya tegur.

"akak.kalau boleh lepas ni ambik hasya awal sikit ye".

"kenapa?" - tanya aku balik.

"ani dah takde masa dengan husna". (anak pengasuh).

"ala.awak tau la keje akak ni bukan tentu masa balik.kalau akak siap awal pun,kena tunggu abang.kadang tu abang siap awal,tunggu akak pulak siap kerja."

"takpela.tapi lepas ni ambik la awal."

".................."




berdengung kejap telinga dengan kepala aku.aku ambik hasya masuk dalam kereta dan terus cerita pada encek ejang.encek ejang senyap.aku tau dia dah tak seronok dengar.

sampai rumah aku memang dah rasa mood ke laut.bengang gila gua rasa.dalam kepala duduk susun ayat je nak cakap dengan pengasuh esok.last-last encek ejang bunyi,

"esok awak cerita je dengan kakde (pengasuh) tu kenapa kita lambat.agak-agak kalau dia tak boleh nak terima,cakap je kita carik pengasuh lain."

dengg.sama je pendapat dengan aku tadi.konpem esok aku akan cerita semua pada kakde.

kau bayangkan,kepala aku tak habis serabut memikir pasal ayat aku nak bagi.tidokan hasya,aku memikir.tidokan haifa pun aku memikir.aku nak tido pun aku memikir.lepas tu terjaga dari tido pun,aku memikir lagi.

sebenarnya dah banyak kali aku terasa something bila ambik hasya dari rumah pengasuh.bukan nak kata cari salah dia tapi aku banyak kali perasan :

1. Pengasuh suka sangat mengadu hasya ni kuat nangis.pantang tinggal.ada sekali tu aku dah tensen balik kerja,dia mengadu macam tu.dia cakap hari ni hasya asyik nangis je.aku pun tanya,"tak larat dah ke?kalau tak akak cari orang lain".lepas tu terus dia cakap tak.dia saje nak cerita.

2. Aku memang bangsa senang berterus terang.hari tu pengasuh pakaikn headband kat hasya.aku bawak balik lepas tu esok aku pesan jangan pakaikan dah headband tu.merah kepala anak aku beb.bukan tak suka tapi kalau aku suka,dah lama aku belikan hasya tu headband.lepas tu aku pesan jangan gunting rambut hasya sebab diorang kerap sangat gunting rambut hasya dengan alasan kesian.panas.

3. Pengasuh pernah sekali bawak hasya pergi pasar malam yang 5-6 km tu dengan hanya naik motor! berdebar aku dengar masa tu tapi aku senyap je.berdebar siot.aku pun tak pernah bawak hasya naik motor.

4. Kerap kali time aku ambik hasya,aku tengok hasya berdiri sorang  depan pintu grill.aku bagi salam tak berjawab.lama tu agaknya dia dengar hasya jerit-jerit,baru dia ke depan pintu kata "ehh.ibu hasya dah sampai?tengah basuh pinggan/tutup api/masak tadi"...brrrr.nak jugak aku tegur tapi tahankan je.sebab dia yang jaga hasya.

5. Terbaru masa ambik hasya,pengasuh kata hasya tengah makan abu rokok.sumpah weyy rasa nak marah tapi aku tahankan jugak.aku cover "yelaa..semua nak ambik ye dik?".encek ejang juga perokok tapi ashtray dia letak tempat tinggi,luar rumah pulak tu sebab port merokok adalah di porch.maksud di sini,dah tau ada budak,letakla menda camtu kat atas ye dak?

6. Sangat kuat komplen cara aku jaga hasya."hasya ada kutu"."hasya ni tak korek telinga ke"."bubur hasya masin.patutla taknak makan"."bawakla botol air,hasya nak minum air masak". -- well,bagus sebab dia care pasal hasya.tapi kadang-kadang sentap jugak.macam aku ni ibu yang FAILED!

7. baru ni dia suruh aku hantar buai sebab katanya buai dah tak cukup.(sebab budak dah bertambah kot).hasya dah tak tido berbuai kalau dengan aku.tapi dia kata hasya taknak tido bawah.berbeza tak di situ?so,sekarang ni memang berat jugakla hati nak bawak buai bila keadaan dah camni.

8. dah cukup.banyak sangat mengungkit nampak macam banyak pulak carik salah dia.


so,pagi tadi.masa aku hantar hasya,aku pun slowtalk la dengan pengasuh.

aku bukak cerita pasal aku dengan encek ejang ni technician.kerja bukan duduk office 8-5 sepanjang masa macam pentadbiran.lepas tu,kalau aku lambat,encek ejang kena tunggu aku abis kerja baru boleh ambik.atau sebaliknya.tapi kalau dia tak faham jugak keadaan aku takpe.aku boleh carik orang lain.

so ani pun jawab,kalau aku nak balik lambat takpe.tapi tambahla jadi RM250 (harga biasa aku bayar RM200).dia cakap orang lain yang bising kata ibu hasya ambik lambat sangat.aku mencelah "mak mertua awak ke?".terus dia angguk.aku dah agak.ani ni mesti sebab kena cucuk angin sebab aku tau ani ni camne.

aku pun dengan slow campur bengang kata,
"sorryla nak bagitau.abang dengan kakak dia tu,siap malam ni tidur rumah pengasuh dia lagi sebab abang man takde,kena outstation.pengasuh dia tak pernah tetapkan bayaran pun nak tambah berapa.kalau ikutkan awak suruh tambah tadi,harga memang ibarat jaga diorang berdua!".

aku tau ani serba salah tapi aku tambah lagi,
"takpela.kalau betul-betul awak taknak jaga hasya,akak boleh cari orang lain.tapi jangan la bagi alasan takde masa dengan husna.akak ni kalau ikutkan lagi takde masa dengan budak-budak.jumpa malam je.awak ingat akak suka ke?akak kalau ada kereta sendiri,akak ambik hasya je terus.biar abang man ambik yang dua orang lagi tu.tapi akak tak mampu.akak kena tunggu abang man ambik jugak walaumacam mana pun.tapi tula,kalau memang takbleh jaga,memang akak hantar kat orang lain la".

dia ada jawab, "orang taknak ambik budak dah sekarang ni".

aku pun jawab lagi,tapi nada elokla,

"so far kalau akak tanya alhamdulillah ada yang nak lagi.kawan-kawan,isteri orang JKR,ramai lagi yang sanggup jaga budak."

dia senyap.last-last sebelum aku blah nak pergi kerja tadi aku suruh dia fikir je.

aku tunggu je jawapan walaupun encek ejang dah kata cari orang lain je sebab memang kitorang dah rasa tak best sangat dah ni.

realitinya,aku nak share la kat sini.
aku dengan encek ejang kerja di tempat yang berbeza walaupun satu jabatan.jarak dia nak ambik aku ada dalam 1-2 km kot.lepas tu pergi ambik rifdi dengan haifa pulak.ambik diorang pun,bukannya jenis sampai boleh ambik terus.kadang-kadang diorang tengah mandi la.ada masa tengah tidur.ada masa tengah makan.ada masa tengah berak pun ada.so,kena tunggu jugak barang setengah jam.lepas tu dalam perjalanan tu ada masa nak jugak beli barang kat pasaraya.nak beli makanan.dah siap,baru dapat ambik hasya.

paling bangsat aku boleh sampai rumah pengasuh hasya jam 6 petang tau.itu terpaling awal kalau tanpa sebarang masalah.kalau ada masalah,ada kerja,memang 7.30 la waktu normal ambik hasya.ada masa terkena ke kuantan/balik kursus,encek ejang ambik hasya awal.dah kalau terkena sekali ke kuantan berdua,tak ke lambat dapat ambik?

aku pernah cerita hal ni pada pengasuh hasya masa bulan Ramadhan hari tu sebab dia suruh aku ambik hasya awal atas alasan dia nak memasak.aku respect permintaan dia.siap ada masa aku tak masuk kerja petang.padahal masa tu masa duduk berjiran lagi.masa tu aku pelik jugak,makcik yang jaga rifdi dengan haifa sikit pun tak pernah berbunyi suruh ambik awal sebab dia nak memasak.

entry kali ni panjang sebab aku memang frust gila kau tau!

berbeza pengasuh means berbeza cara.bukan nak compare,tapi aku bersyukur sangat aku dapat makcik yang sangat ikhlas jaga anak aku.macam jaga cucu dia sendiri okay.kalau dia berbunyi pasal anak aku,aku sikit pun tak pernah sentap sebab aku tau dia jaga anak aku macam mana.aku tak kisah kalau dia kata dia pukul rifdi dengan haifa sebab buat perangai sebab aku tau anak aku macam mana.kalau ada masa aku datang ambik rifdi dengan haifa kebetulan diorang tido malam-malam hari contoh macam aku baru balik dari KL,Kuantan,..makcik pakcik siap suruh aku datang esok je la hantar baju.punya la beruntung aku kan sebab dapat pengasuh macam tu?lepas tu sikit pun tak pernah mintak charge ke,hadiah ke sampai kita sendiri naik segan?

well.korang yang membacanya aku rasa dapat menilai.
dah.aku dah serabut sangat ni.rasa nak pergi makan McDonalds tapi kat sini takde.warghhh.


tarik nafas dalam-dalam dan enjoy this.







    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

3.4.13

weekend #8 : my cousin's wedding

rajin sangat update blog hari ni nampaknya.
{mengantuk akibat makan nasi plus milo ais ni}


last weekend aku balik kuantan.cousin aku kawen.cousin yang rapat dari kecik.yang kalau cuti sekolah mesti aku pergi tidur rumah dia takpun kitorang pakat tidur rumah tok (nenek) dekat semambu.kalau duduk rumah tok memang best sebab masa tu ada sungai lepas tu ada batu besar yang hidup.kata tok aku la sebab batu tu makin lama makin besar.masa tu sungai tu ramai la kaum India yang datang basuh kain pagi-pagi.tapi batu tu sekarang taktau ada lagi ke tak.

tok duduk perumahan tapi lifestyle memang macam dekat kampung-kampung kan?
ha.situ sebenarnya penempatan orang estate.tu pasal tok aku terror cakap Tamil padahal dia Jawa Kota Tinggi.haha.

eh.apa melalut cerita pasal tok aku pulak.aku nak cerita pasal cousin aku tu,anne.
dia anak kepada makteh aku,adik abah.

anne  amirul


doorgift yang gigih diorang buat malam tu

*sorry beb.cilok gambar dari fb awak la anne.haha.


ada jugak terselit frust dalam diri sebab tak dapat nak bergelumang dengan mereka pada malam sebelum kawen tu.masa aku kawen dulu anne la yang lukis inai kat tangan aku tau.punya la merah.terasa cantik sangat macam bidadari.tapi bila dia kawen aku tak dapat nak join rewang.maklum le,dah ada 3 ni,paham-paham aje la ye.walaupun kakak anne awal-awal dah sound ida ambik cuti awal sikit.tolong-tolong apa yang patut.
haha.maafla kak lina ye.tak dapek den nak nolong.

den datang makan jola yo.






boleh ek lepas kenduri kitorang pergi Megamall.rifdi siap mengamuk nak makan kat Starbuck konon nak makan kek.aku bawak dia ke Deli Country.haha.tapi RM70 jugak habis kat situ.sesaje gitu je kena pau.hoihh.


p/s : tahniah anne.semoga kekal hingga ke akhir hayat.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

kasut jogging

lagi nak cerita pasal jogging.

tapi kali ni pasal kasut jogging.tahukah anda,anda perlukan kasut yang sesuai untuk berjogging?feeling buku teks pendidikan jasmani tingkatan 2 kejap.
sebab pemakaian kasut jogging yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada pergelangan kaki dan memberi impak yang tidak baik kepada otot kaki.

copy dari http://jomkitajogging.com


Berjogging Memakai Kasut Yang Tidak Betul.

Kesilapan pemakaian kasut boleh membawa kepada kecederaan. Anda perlu memastikan yang anda memakai kasut yang bersesuaian dengan jenis tapak kaki anda. Pastikan anda mengetahui jenis tapak kaki anda sebelum membeli kasut jogging anda. Selain itu, anda perlu memastikan yang anda membeli kasut dalam saiz yang betul. Kasut yang terlalu ketat boleh membawa kepada black toenails, terlalu longgar pula menyebabkan melecet. Saya membincangkan dengan lebih lanjut tentang jenis tapak kaki, jenis kasut yang sesuai, dan cara-cara memilih kasut jogging dengan betul dieBook saya.


aku dah lama beli kasut jogging ni.aku beli sejurus selepas jadi isteri kepada encek ejang.jenis beli lepas tu simpan dalam rak taktau bila nak pakai.kira-kira 5 tahun berlalu,baru minggu lepas aku pakai dengan berguna sekali.


power

aku ada cadang kat encek ejang nak letgo je kat orang sebab aku rasa macam dah tak muat.maklum le,beli masa kaki saiz normal.sekarang kaki dah kembang saiz 3 anak.tapi sebab dia kata pakai jela, so aku pun jogging la pakai kasut ni.

muat lagi rupanya.maka,makin gigih la aku berjogging.sampai la pagi semalam.akhirnya..

kecundang jua.
berjogging kencang le katakannnn..


aku nak hantar tampal tapi encek ejang cakap,
"alahhh..beli baru jela.berapa sangat je pun".

haih.beli baru pun makan RM50 jugak kot.ini kalau tunggu gaji,nampak gayanya kena tunggu gaji jugakla aku baru bleh sambung jogging semula.


pfftttt.


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2.4.13

rahsia

mari membocorkan satu rahsia.

lastweek,sebelum aku consume memacam supplement dari watson tu,aku dah gigih berjogging di setiap awal pagi.aku start jogging elok je start cuti sekolah.seronok sangatla jogging jam 6.30 pagi membawak ke 6.45 pagi.lepas tu sementara tunggu nak mandi hilangkan peluh boleh bancuh-bancuh susu anlene (biasa aku minum sebelum tidur je),basuh-basuh botol susu budak-budak ni,packing susu,barang untuk diorang.

itupun sebab encek ejang la yang bagi cadangan suruh aku jogging.dia kata,
lepas awak subuh tu kan ke elok kalau-kalau pergi jogging.boleh siram pokok sekali.
-- hai.sempat lagi pesan suruh siramkan pokok dia.memang ambik kesempatan betul la.

tapi bila buat macam dia cadangkan,aku rasa seronok sangat bila ada lifestyle baru ni.nak-nak lepas tu aku hilang selera makan nasi.jadi memang best sangatla bila dapat jogging dan kawal makan.

kebetulan pulak dan tambah dengan supplement untuk kurangkan kolestrol,untuk mata dan vitamin C tu.memang dapat rasa perubahan ketara pada body.

ohye.tambah pulak lepas tu aku pergi jamu beli ini.


Losyen Mustajab Pati Halia Pomegranate Scent

Losyen Mustajab Pati Halia Pomegranate Scent
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi
  • Membantu memperkuatkan pencernaan di perut
  • Merangsang pengeluaran kolagen dan elastin bagi menyihat dan melindungi sel kulit
Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00


bau dia memang best.encek ejang memula cakap kat aku wangi kalau tak berkesan takde guna jugak!
lepas dengar aku asyik cakap bestnya bestnya lepas tu tetibe lepas dia mandi aku bleh bau losyen ni.haaaa..camne tuh.actually memang best.bau pun wangi.tak payah pakai fellina yang mahal tu dah.haipp.mulut aku ni tak ambik insuran lagi..

so,dalam masa seminggu tu kebetulan aku tak makan nasi,hari-hari jogging sampai sakit kaki,sapu losyen mustajab dan makan supplement,korang agak-agak fizikal aku camne?

ada orang kata aku nampak ketara dah susut.
ada kata perut aku dah kurang muncitnya.

balik rumah mak baru ni,aku naik timbang aku tengok.
masih 72kg.


-- 2 hari ni boleh ek aku takde mood nak jogging.takde motivasi langsung aku ni.chaihh.


p/s : encek ejang ada cakap,seminggu tu sebenarnya berat tak turun lagi.tapi at least badan dah rasa fit.betul tak?betul tak? -- betul.tapi kenapa susah sangat nak sambung jogging ni!

p/s/s : pasal badan susut tapi berat tak turun.boleh baca sembang Kevin Zahri kat sini beb! (kevin zahri)


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...