Visitor

11.4.13

rifdi #45

so far,aku seronok tengok perkembangan rifdi since dah pergi sekolah ni.banyak jugakla perubahan dalam diri dia walaupun kalau tengok luaran macam asyik nak mainnn je.nak-nak main game.haihhh.

perkembangan terbaru.

1. Sekolah

Sekarang ibu dia dah tak payah nak hantar rifdi ke sekolah! tiap kali aku turun dari kereta dan pakaikan beg untuk dia,rifdi akan cakap, 'ibu.abang pergi sendiri'.
Lepas tu dia berjalan la sendiri masuk sekolah.aku tunggu jela kat luar tengok dia masuk kelas.memang kelakar la sebab dia saja jalan lambat-lambat.saja!

2. Menyanyi

part paling aku suka.hahah.one day,dia menyanyi satu lagu dalam kereta masa abah dia ambik dari rumah pengasuh.encek ejang cerita,rifdi berkali-kali nyanyi sambil sebut 'tayar traktor'.abah dia pelik.lagu apa tu?rifdi nyanyi lagi dan abah dia rasa-rasa macam pernah dengar tune tu.lama-lama abah dia dapat tangkap.

ooo..dia nyanyi 'raja kita...selamat bertakhta..'.

hahah -- itu lagu favorite dia.terbaru,aku dengar pulak rifdi selalu nyanyi 'pokok bunga melur ...'
..haha.kelakar la rifdi ni.






3. Mewarna

rifdi dah pandai mewarna! -- haha.



walaupun ini hasilnya,tapi aku rasa happy sangat.dia dah banyak belajar.aku pulak memang dari rifdi kecik dah memang aku suka sangat beli colouring book.memang dia just conteng-conteng je,tapi bagi aku biarla.janji dia tau apa itu buku dan apa itu colour.

ohye.tiap kali dia colour buku dengan haifa,dia mesti cakap, 'cikgu/ibu kata,colour jangan sampai keluar'.haha.




oh.itu je kot.nanti kalau ada lagi pertambahan ilmunya,akaknku update.
sekian.






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

10.4.13

cucuk

petang semalam aku ke klinik.macam biasa,setiap 3 bulan mesti pergi cucuk depo provera.
sejenis family planning yang pernah aku ceritakan kat sini dulu.(family planning).

aku pergi 3.30pm kot,lepas tu terus panggil nama suruh buat urine test.prosedur biasa la.after siap hantar kat makmal,aku tunggu je turn nama aku kena panggil lagi.so,bila panggil biasa terus bawak kad jumpa nurse.

tapi semalam tak.tetiba nama kena panggil lepas tu dia suruh hantar kad ke makmal.hah?kenapa?ada problem dengan result urine ke?terus rasa berdebar.mata dah berkaca.

bila nama kena panggil,terus ambik kad dan eh.takde apa pun.bikin darah gua sampai ke siling je.pegawai tu pulangkan kad dan suruh jumpa nurse macam biasa.saje je kan bikin gua takut.pffftttt...

letak je kad di bahagian A (turn ikut taman),terus kad kena ambik.tu yang gua suka datang petang-petang gitu tau.memang berjalan dengan lancar.siap timbang berat,terus nurse suruh baring.prosedur biasa jugak ni.tunggu punya tunggu..jengjengjeng..nurse pun sampai bawak ini.

google

propa sangat.tu bukan tangan nurse tu ek.macam biasa,cucuk adalah di bahagian vontot.bahagian atas,kira tang pinggul la.tapi nurse ni lain macam,dia cucuk kat vontot gua.tapi sebab tukang cucuk ni kira tahap pro,takkan aku nak berbunyi pulak kan.

siap nurse tanya "sakit tak kena cucuk?".
"tak sakit pun" -- macho gila aku jawab.tapi memang tak sakit pun.

sampai rumah petang semalam,aku dah rasa semacam.rasa nak demam.aku mintak encek ejang sapu minyak kat tempat cucuk,tapi dia cakap takbleh isi minyak la.dia suruh makan ubat tahan sakit.

tapi series la.memang kali ni sampai la ni pun bleh rasa sakit lagi.pagi tadi aku tak jogging,aku exercise ringan-ringan je.oii..sakitnya terasa lagi sampai sekarang nih.

muka sebelum dan selepas cucuk.
macho je muka belah kanan tu kan.haaa,tu baru siap cucuk la tu.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #61






semangat!


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

8.4.13

nuffnang : ABPBH

sebab hampir hilang kewarasan menghadap kira-kira di hadapan ni,terus aku tak berkira-kira melawat nuffnang.saje la kan.nak tengok rezeki kira-kita.

masuk je terus tengok..WAHHH! bertambah lagi.
lepas tu tengok traffic agak kencang.apa yang best sangat dengan blog i hari ni?


TOTAL UNIQUES TODAY
TOTAL VIEWS TODAY
0:001:002:003:004:007:008:009:0010:0011:0012:0013:0014:0015:0016:0017:0005101520
HourUniquesViews
0:0012
1:0012
2:0036
3:0011
4:0011
7:0023
8:00719
9:0048
10:001121
11:001036
12:001445
13:001626
14:00817
15:001333
16:001445
17:00427
Total110292


tengok apa yang diorang carik sampai tinggi sangat nilai Unique tu *eceh*
rupanya diorang carik ini.

sila la klik untuk semakan

ewah.apa lagi,terus la guna keywords tu kat google.




HAMBOI.rupanya aku first ranking.haha.mengalahkan portal gossip lagi ni.
harap maklum.terkejut ahkak tau petang-petang ni.hahaha.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Lawak Ke Der? 2

hari ni aku dah hantar hasya pada orang lain.hahaha.puas hati aku.eh,aku cerita next time.boleh?

hari ni aku nak tanya,siapa dah tengok Lawak Ke Der?2.



aku tengok dah tapi tengok dvd cetakan lanun.kira tengok jugakla kan.asalnya Lawak Ke Der?2 ini adalah ditayangkan di Istana Budaya.tapi tak lama lepas tu cerita ni dipawagamkan pulak.haaaa..

so far,melayankan Lawak Ke Der? 2 ni memang rasa sepanjang masa gelak je.kelakar la jugak cuma honestly,aku meluat sangat tengok Jozan dan Boboi.memang la kelakar tapi rasa macam lawak diorang macam tu la everytime.macam tu jela.tak berubah.sangat meluat.

lawak terbaek adalah Harith Iskandar.memang aku bagi two thumbs up!
walaupun dia sorang,lawak sangat menjadi.siap dengan memek muka.haha,steady la.macam tu namanya comedian.



ok.lepas tu tetiba taktau nak tutup entry ni cemane.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...