Visitor

19.4.13

Kod barang yang mengandungi lemak vavi

pagi tadi ada Taklimat Pengurusan Stress Dari Perpektif Islam.


Dalam tu,dia bagi pencerahan bahawa kita ni dipengaruhi oleh 3 faktor yang menyebabkan stress :
  1. Makanan
  2. Minuman
  3. Sekeliling
yang aku tertarik adalah sebab makanan la.sebab aku kan suka makan.dia cakap kita sekarang terdedah dengan makanan yang diproses.ada bahan tambahan,perasa, dan pewarna.paling menakutkan,makanan di sekeliling kita banyak yang tak halal di sisi agama.makanan bercampur dengan lemak babi.

restoran-restoran kebanyakkannya berstatus halal,tapi kita taktahu yang perasa,pewarna dan bahan tambahan tu ada lemak babi atau tidak.

begitu juga dengan makanan ringan yang selalu kita belikan untuk anak-anak kita.banyak yang dibuat dengan bahan yang tidak halal.itu semua mempengaruhi life kita sendiri dan anak-anak.

selama ni aku ambil sikap sambil lewa.hari ni,bila dia terangkan macam tu,terus rasa sentap.aku memang tak suka anak aku makan jajan sebab aku sendiri tak makan,aku mudah sakit kepala.tapi encek ejang pulak suka beli jajan macam pringles atau yang kacang hijau tu,ape ye namanya.aku prefer coklat macam rocky,kit kat,atau coklat cadbury.tapi taktau jajan macam tu ingredients dia halal ke tak.

so,terus aku google kod ni sebab tadi tak sempat nak save dari penceramah.




aku dah sebarkannya di facebook.boleh la lepas ni save dalam handphone pulak.senang nak refer time shopping barang rumah nanti.

jadi mungkin lepas ni,masa untuk shopping jadi lebih lama sebab semua nak rujuk kat sini.tehehehe..takpe.biar lambat,asal selamat.






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

18.4.13

revolusi diri

dulu aku bukan macam ni.bukan jenis perempuan yang suka pakai baju kurung (eh.sekarang pun masih lagi).bukan jenis perempuan yang suka nak feminin.pakai skirt apatah lagi.nak melawa jauh sangat.mungkin orang kata tak macam perempuan pun boleh kot.

dulu mana aku nak pakai bedak-bedak,krim muka ni.dulu pakai bedak tabur je,tapi sampai bandar time outing mesti pergi washroom basuh muka.lepas tu baru rasa lega dapat jalan-jalan dalam shopping mall dengan muka sejuk.

dulu uniform harian adalah : tshirt/kemeja-jeans-sneakers/selipar jepun-cap/tudung bawal.dah.wallet kecik sumbat dalam kocek belakang.pastu key/bandana selit kat kocek sebelah lagi.masa dah wujud handphone aku sumbat pulak kat kocek jeans depan.berjalan lenggang kangkung tanpa bebanan.

sumpah cool.

asal dulu aku rambut kontot je eh.nipis kat belakang dengan atas telinga.gigih mak aku kikis rambut tepi telinga aku.jantan sangatla sampai mak aku panggil aku hasan.entah menda-menda punya style pun aku taktau.sekarang ni je baru pandai ada ponytail.dulu masa sekolah ada member kata aku kategori perempuan hensem.hah ko.jatuh pengsan pulak!


masa ni paling spoil.tomboy sangat.
pakai tshirt luar mesti nak pakai kemeja.hakhakhak.
korang carik la sendiri mana satu aku.



masa ni dah pandai la nak lawa sket.
walaupun masih dengan jeans season.
tahan dah tak pakai yang koyak lutut je.

masa ni dah neutral.
baru nak kenal-kenal apa itu baju fit gegirl.kihkihkih.


ha.mesti pelik camne aku boleh drastik sangat berubah penampilan ni ye.jom flashback.
aku start pakai skirt/dress ni pun masa pregnantkan haifa.masa rifdi dulu aku tak reti juga lagi nak lawa-lawa ni.asal dapat baju besar dengan pants longgar pun dah kira okay la tu.

tapi masa pregnantkan haifa,aku mula start beli online dress.time tu pulak terkena time nak raya.lagi mengada-ngada aku cuba dress itu dress ini.biasa la,hormon nak baby girl la tu.sebab tu mengada-ngada pakai nak cantik je.nak wangi je.tapi taknak masuk dapur.over sangat.tapi bila dah hujung-hujung baru rajin sesangat duduk dapur.memasak saje.

lepas dari pregnantkan haifa,terpregnant pulak kat hasya.lagi menjadi-jadi la hormon feremfuan ni menular dalam diri.nak skirt,nak dress.shawl jangan citer la.makin warna warni.konon cover diri yang semakin meningkat usia,kena la main colour muda-mudi.tinggal aku tak berani main blocking colour je.

bila dah beranak 3,amik kau.nak belanja untuk diri sendiri dah terbantut.kena pikir lampin anak,susu anak,makan anak.jadi aku pakai jela pakaian mana yang ada dan paling penting,mana yang muat.yang muat dah tentulah baju-baju zaman sedang besar iaitu mengandung.dan sebab tu la aku sekarang ni pakai pakaian yang ala-ala longgar je.pakai skirt,baju besar (zaman pregnant la katakan).tapi bagus jugak,at least aku dah mula malu nak pakai baju ketat dan sendat.walaupun tak sepenuhnya tapi dapat jugakla membantu aku jaga aurat-aurat mana yang patut ditutup.

ha.itu la ceritanya macam mana aku boleh terfeminin sangat ni.tapi kalau siapa yang kenal aku,kebanyakkannya masih kata fizikal je berubah.perangai,attitude tetap macam dulu.nak buat macam mana,itu kan sifat semulajadi dari kecik.bukan dibuat-buat.kalau kata kawan-kawan lelaki aku dulu,
"ko ni selalu buat aku lupa ko tu pempuan ke jantan!".

hoh.nasib baik laki aku tak kata camtu.haha.

hakhakhak.
ayu sangat la aku tu.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...