Visitor

14.6.13

haifa #25 & motherhood

ejang berkursus di cherating dari rabu hari tu dah.sampai hari ni.
so,2 malam ni aku la yang jaga budak budak ni full time.biasa ada abah dia tengok-tengokkan budak ni.tapi ni buat semuanya sendiri.

T-T

malam kelmarin kitorang makan kek souvenier kawen anak officemate.cukuplah tu.malam tadi aku masak nasi sikit,lepas tu goreng telur mata,tabur pulak lada kecik dengan bawang merah.lepas tu tuang kicap.ya Rabbi.heaven dia memang lain macam.haifa dengan hasya rilek je makan sampai habis nasik.rifdi lain la.menu dia hari-hari mee kicap / mee sup pun takpe.

budak-budak ni suka sangat la kalau abah dia takde.peluang dapat tidur dalam bilik aku,siap kongker katil lagi.aku dengan hasya tidur atas tilam.kan.sampaikan rifdi hari-hari bagi alasan "huwahh! (menguap).ibu,abang mengantuk la".padahal nak main selubung bawah selimut dengan adik-adik dia je.

pagi nak pergi kerja aku mintak tolong driver amik.aku bahasakan dia Long.so,semalam Long lambat ambik.bukan Long lambat sebenarnya,tapi aku kejut anak-anak aku suruh duduk kat porch tunggu Long sampai.rifdi dah membebel tanya "mana paklong ni.lambatnya".aku suruh dia sabar.

tak lama tu haifa pulak.
lambatnya paklong".

aku pun acah-acah haifa.
"kalau macam tu ibu bawak je la kereta abah!"

haifa pun kata, "boleh!".

aku pun balas, "eh taknak la.ibu takut".

dengan rileknya haifa pegang peha aku sambil cakap,
"ibu.jangan takut.takut kat hantu je tau!".

sambil buat muka innocent.




makcik makcik sangat dia ni



sila LIKE sekarang!

13.6.13

Ciri ciri wanita derhaka

aku berblog jumping dan aku terjumpa ini.



sumber : http://www.liyanalunia.com
Takut tak kalau tanpa kita sedar rupanya kita ada ciri-ciri wanita yang tak layak bergelar isteri dan wanita yang derhaka. untuk para gadis yang masih belum berkahwin,

Ciri ciri wanita derhaka

1. Al -Anaanah:
banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan aturan yg diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah:
ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dgn suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah:
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dgn berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah:
sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dgn ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dgn anak2, dll.

6. As-Salaaqah:
banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dgn telefon, SMS, internet, BBM dan macam2 cara yang lain . Yg jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dgn kata2nya yg menyakitkan.

Mari sama-sama muhasabah diri dan melatih diri agar menjadi seseorang yang terbaik untuk seseorang yang kita kasihi dan cintai di hari muka kelak.


sila LIKE sekarang!

12.6.13

pertama kali

aku bukanlah kategori pandai memasak.tapi aku adalah kategori boleh memasak.

baru-baru ni aku balik kuantan.sabtu,duduk rumah mak abah.pagi tu aku baru tau semua ahli komuniti keluarga semua ada kenduri.bila situasi jadi macam tu,aku target lunch time aku nak ajak ejang keluar pergi makan kat mana-mana.kira keluar outing la.set.

sekali masa aku siap mandikan anak-anak,abah aku balik rumah,siap beli lauk dari pasar.ada ketam,ikan jebong,sayur su'un dengan petola.haih.abah aku suruh aku masak untuk lunch.

masa tu jangan cerita la aku punya kalut.lauk yang abah aku beli semua aku tak pernah masak dan tak pernah handle macam mana nak potong,nak siang,nak prepare semua la.biasanya kakak aku la chef kat rrumah ni.takpun mak aku.

time tu aku rasa keluar huruf L kat dahi .the big L.

masa tu aku tanya abah,"macam mana nak siang ketam ni bah?mana ida reti.ikan tu nak masak jugak ke?".ayyo.macam macam soalan.lepas tu abah ajar macam mana nak siang ketam.ok.settle.senang hati gua.lepas tu abah suruh pulak masak petola dengan sayur su'un.lagi sekali abah ajar pulak cara potong petola.hahah.buruk sangat perangai aku ni kan.dah jadi bini orang tetap tak pandai masak.kahkahkah.

lepas tu abah tinggalkan aku memasak sebab abah lupa dia kena attend kenduri.boleh ek?

dan gigihla aku memasak sorang-sorang kat dapur.nasi je aku tak masak.aku pass baton kat anak sedara aku je,yuyu.memang gigihla aku kat dapur mak tu.hahaha.


sambal belacan, ketam masak lemak, ikan jebong bakar dan sayur petola campur su'un goreng pekat.


first time masak lauk camni,alhamdulillah licin.sampai kakak aku tak sempat rasa ketam.muahahah.dapat rasa kuah je kan sebab malam tu kuah masak lemak tu dah jadi ikan jebong masak lemak pulak.kahkahkah.


sila LIKE sekarang!

11.6.13

English Cotton

hai korang.

sekarang dah bulan Sya'ban.tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan.lepas tu Syawal.ewah.mengajar pulak.straight to the point la.korang dah ada baju raya ke belum?

kalau takde lagi,lepas tu takde masa langsung nak pergi jalan-jalan carik kain,apa kata korang jenguk kat
stallchantek sekarang.ada jual kain pasang pulak.






RM20 sahaja tak termasuk pos.apalagi korang.sila cepat-cepat shopping kain.
shawl pun ada ye.murah je.semuanya harga mampu milik.don't worry.

lupa ye nak pergi mana.ok.pergi sini.





sila LIKE sekarang!

10.6.13

terus tenang dan mari bergosip

aku memang peminat rancangan bergosip.

sampaikan dekat whatsapp,aku ada geng bergosip yang siap dengan slogan "TERUS TENANG DAN MARI BERGOSIP".heheh.ahli geng,sila senyum sekarang.senyum.

oh.paling aku suka adalah follow artis-artis di instagram sebab sekarang artis lebih telus.suka upload gambar fresh yang mana aku dah tak perlukan wartawan hiburan.artis sekarang suka upload gambar sosial terkini dan terhot di pasaran.kadang-kadang aku rasa aku macam dah terjebak sekali dengan dunia artis ni.

tapi selain dari gosip dan kontroversi terhangat tersebut,aku suka lagi satu segmen di ruang instagram ni.

segmen mari mengomen.

kalau artis perempuan yang hot tu upload gambar kotak rokok,akibatnya 80% dari komen dalam gambar tersebut adalah berkaitan pergaduhan dan perdebatan mengenai artis tersebut.sama ada rokok tersebut milik artis perempuan hot tu atau boyfriendnya?arghh.dia ada boyfriend?siapa boyfriend dia?
dan artis tu takde feel langsung nak balas comment bodo tersebut.diam je.

kalau artis lelaki hot pulak post gambar dengan artis perempuan hot yang lain.gambar yang ni pegang artis hot A,gambar lepas tu dukung artis hot B,esok gambar berpeluk dengan artis hot C.konpem artis lelaki tersebut dapat gelaran playboy.akan tetapi, pengkomen-pengkomen ni kutuk artis hot perempuan ABC pulak dah atas sebab tak kisah kena pegang dengan artis lelaki tersebut.haih?
dan artis lelaki tu juga langsung takde feel nak reply komen bangang tersebut.apatah lagi artis ABC tu.

sesi paling aku menyampah adalah bila artis perempuan upload gambar mesti ada komen bawah tu yang berbunyi "kalau pakai tudung mesti lagi cantik".dan banyak lagi komen berunsur keagamaan di situ.dan wujudlah ustaz dan ustazah segera yang akan bagi dalil dalil bagi menguatkan lagi komen mereka di gambar artis tersebut.

menasihat memang bagus.tapi kalau menasihat macam bagus bagus,kalau aku jadi artis pun aku menyampah dengan komen berbaur macam tu.

yang hairannya,ustaz-ustaz kat malaysia pun takde yang pergi dekat gambar-gambar artis berkenaan lepas tu bagi ceramah kat gambar tu.c'mon la rakyat malaysia.sudah-sudahla jadi tukang komen yang macam bagus tu.

setiap manusia belajar ilmu agama.bezanya amalan je.dah.jangan nak mengajar orang sangat.ajar diri sendiri dulu.



- terus tenang dan mari bergosip.

sila LIKE sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...