Visitor

5.7.13

mee siput kuah sardin ala spagheti

amboih tajuk,mengalahkan tajuk telemovie melayu kat astro prima.

takdek.macam ni.kisahnya malam minggu lepas punya lepas,rumah aku dah kekeringan stok makan.beras habis tapi masing masing malasnya nak keluar rumah.sebab tahap dewa punya pemalas,maka ibu kena ikhtiar la nak bagi makan apa kat sekeluarga ni,

belek belek,last last sumber ni aku jumpa.aku cadangkan menu aku ni kat suami,dia pulak setuju.maka terjadi la resepi baru dari dapur kak didi ni hah.

jangan memain.licin.sampai aku dapat makan sikit sangat sebab makan last kannn.wuhuhu,nasib baik senang buat.


ala ala spagheti sangat!

Resepi untuk 3 orang makan.

Bahan :

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sudu besar cili kering
1 tin sardin saiz kecik
3 ketul mee siput


Kekdahnya :

Rebus mee siput dulu.Angkat dan tos.
Untuk sos :
Tumis bawang besar tadi dengan sedikit minyak masak.
Masukkan cili kering,tumis sampai naik minyak.
Masukkan air untuk buat kuah cair sikit.
Masukkan sardin dan letakla garam secukup rasa.
Buatlah berkuah ala ala prego tu.kreatif la sikitttt.
Hidang.


perghhh!

4.7.13

3 Hari 2 Malam : Part II

Part I

gigih sangat nampaknya nak siapkan Part II.sebab banyak sangat lagi cerita lain yang aku nak up kat sini.haa.tengok.kepochi tak kepochinya aku.patutnya nama aku yang patut tercalon jadi pengacara Melodi.bukan awal ataupun zizan.

untuk Part II ni,program namanya Majlis Jasamu Dikenang & APC JKR Pahang 2013.heh.layan gambar juga yek.senang.upload pastu blah buat tugas hakiki.pemalas tapi ada hati nak jadi blogger.

sampai terus makan.lepas tu buat aksi manja pulak.

penglipur lara sangat aku ni ye

dan baru boleh buat kerja.
aku adalah sebagai petugas atas pentas.tukang pegang dulang.
ikutkan aku mohon bahagian lain,tapi bila cc menggunakan ayat "takde orang cantik dah dd!", maka aku pun lembut hati secara tiba-tiba.okaylah. 

^__^ "

hoh.teruk urusetia buat keje.sampai mencangkung.
pffttt.

alhamdulillah.majlis berjalan dengan lancar walaupun majlis yang dijadualkan jam 9.00 pagi melaut pergi ke jam 10 pagi.biasa la tu.aku pulak dengan machonya pegang dulang.tapi tu la,dalam banyak gambar yang ramai-ramai yang ambik pingat kat atas pentas tu,aku tengok takde satu gambar pun yang lekat muka aku.hangin sungguh,

dah takde bukti menunjukkan aku jadi pemegang dulang yang macho tu.

aku lagi tukang makannya.
paling last bangun dari kerusi.hebakk,




cewah.bigboss yang snap ye.

sebak gua tengok gambar ni.
T-T

and last but not least,

my kumbang.


tamat Part II.
balik rumah kitorang terbongkang pengsan.penat giler.

yang best time tido tu mak aku call kata dah dalam perjalanan nak ke rumah aku.saje nak tengok cucu sebab kebetulan dia dari Jengka.hah kau.berkejar pulak mandi ambik budak budak.

hahah.habis dahhhh..



sila LIKE sekarang!

2.7.13

3 Hari 2 Malam : Part 1

ok.seminggu tak jumpa blog.memang tak sangka mampu buat begitu pada kau wahai blog kesayangan.

lastweek memang hectic katanya kann.opis aku buat program 3Hari 2Malam.sebab ahad takde kaitan dengan aku,so tak ambik port.aktiviti aku start isnin siang bawak ke malam,lepas tu esok nasib baik sampai tengahari je.tapi dua hari berturut-turut.memang terasa sangat kejam pada badan sebab buat badan lembik dan lunyai.sampaikan hari kedua iaitu selasa,habis je majlis badan tak tak mampu nak buat apa-apa.terus dia pengsan taknak sedar diri sampai petang.tu pun sebab mak call dah on the way ke rumah.kalau tak,harus aku tidur sampai pagi besok tak pergi keje.

nak bagi senang keje aku dan senang korang paham.aku sediakan ringkasan seperti berikut :-
ewah.tetibe format surat rasmi kerajaan.


Isnin.

1. Ke Kelah Sanctuary, Taman Negara bawak wife Timbalan main air sungai pahang plus ikan kelah.

jerebu teruk sangat.

kaksu panggil ikan kelah.
haha.



2. Ke ADTEC Jerantut, preparation dewan.aku siap tagging kerusi untuk para guest.

3. Ke Stor JKR, preparation meja makan VIP.balik jam 7.15malam

4. Jam 8.00 malam dah ada kat Stor JKR.Majlis Makan Malam Bersama Pengarah.

tema majlis : smart casual

penuh!

lan kambing.eh.lan labik dengan kambing bakar beliau.

kekdahnya.tagging VIP tampal camtu.
haa.hebatnya.

timbalan yang comel serta tuan pengarah :)

sambil makan sambil ada cabutan bertuah.
nampaknya malam tu aku tak bertuah mana.yang aku dapat cuma,
"bertuah punya budak!semua janji pakai jubah,kau sorang pakai rugged camtu".

wife Pengarah

bersama wife timbalan

kemain aku kan.



aktiviti selasa next time la.gambar masa tu banyak gila.haha.


LIKE sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...