31.7.13

weekend #11 : outing bersama anak yang berderet-deret

cerita dah nak basi dalam oven.tak jugak hidang lagi.puii.

okay.weekend baru ni kitorang balik kampung.yiha!
sabtu tu saja aku bawak anak-anak sedara pergi bandar.

punya la nak keluar kan.padahal bukan taktau jalan di Kuantan sedang gila-gila punya jammed.ye.Kuantan sekarang sedang mengalami perubahan jalan yang dasat.biasa kalau dari rumah aku nak ke Megamall cuma makan masa 15 minit.tapi sabtu lepas,pecah rekod ambik masa 45minit.

sampai je terus usha tiket wayang.cerita Turbo.haha.
show pukul 3.40pm.padahal masa tu baru 1.30pm.

terus bawak diorang pergi jalan.tengok la macam mana nanti.kalau sempat,sempat la tengok.
tengah syok bawak rombongan tiba-tiba rifdi berhenti kat sini.

haih.
amboi.berderet anak aku.

hasya dan aya.

haifa taknak naik kerusi urut.
dia kata dia malu.
(^^,)"


lepas tu kan,lepas naik kerusi urut budak ni terjebak pulak dekat playstation yang ada gelongsor besar tu.ye.aku letak budak-budak ni kat situ.lepas tu aku pergi shopping dengan ejang dan hasya.HAHAHAH.

best gila.walaupun RM8 seorang tapi aku redha.

letih shopping,tiba-tiba hilman call bagitau rifdi dah letih.nak balik.so,pergi 7 Eleven kejap beli air dengan roti.kesian kat budak.haha.sampai je kat playstation tu,terus rifdi cakap,

"abah.jom tengok wayang pulak".

lah.ingatkan dah lupa aktiviti tu.sedang elok pulak dah 3.30pm.maka naik la pulak ke GSC,gigih betul beli tiket lepas tu layan cartoon Turbo.



maka,seronok la budak budak ni tak terkira.
walaupun ada sesi tak puas hati sebab hasya ada belon.eh.

sudahla.balik.penat melayan korang yang memang tak reti nak puas hati.
hahah!




sila LIKE sekarang!

25.7.13

hijrah

another 6 days to go.

ye.sambil menghitung hari,aku juga bagai nak pecah kepala menyiapkan baki kerja yang ada.
walaupun dah ada technician baru yang datang ganti kerusi aku nanti,tapi aku tetap tak pandai nak agihkan kerja yang ada.aku nak jugak buat walaupun sakit kepala.

takpe.sikit je lagi.
nextweek aku blah biar orang yang suka letak segala tanggungjawab dia kat aku tu merana.dan terseksa sebab selama ni,kerja hakiki dia bagi pada aku.so,aku yang settlekan dengan hati tak berapa nak tulus ikhlas ni pun kerjanya membebel je sorang sorang sambil siapkan kerja.pernah aku adukan pada bos dan bigboss.tapi takde respon.malah,makin galak bagi aku kerja yang bukan sepatutnya aku buat.sepatutnya aku menyemak sahaja.

bukan menyemak semak (belukar) tapi menyemak (checking).

ok.tinggal lagi 2 projek untuk aku settlekan.semalam dah settle 1 projek.

tolak pergi klinik, pergi mesyuarat, outstation, ponteng, tak masuk keje.
2 minggu lebih jugak baru dapat siap segala application ni.muntah warnawarni aku.


semoga hati gua kental menyiapkan saki baki kerja.
minggu depan aku nak get lost!

babai jkr.
aku nak pergi main air pulak.



sila LIKE sekarang!

23.7.13

Mini Florentine Cookies

ehem.

tetiba kan,nak promosi ni.
tahun ni, cookies seperti ini sangat in ye kakak kakak dan makcik makcik sekalian.

ada bienetta,ada nutty thins.so,di sini aku nak promote ni pulak.


MINI FLORENTINE
Sunflower seeds.50 keping / jar dengan hanya RM25 sahaja.


crunchy.dan memang best.
berminat?

boleh whatsapp / line laju laju di 011 19456775 sekarang juga.




sila LIKE sekarang!

22.7.13

iftar & shopping raya

sabtu.20 Julai 2013.

setelah sekian lama tak jumpa,akhirnya kitorang gathering bersama di Pizza Hut Mentakab.iftar bersama rock,my best buddy. arghhhh!lamanya tak jumpa!

tapi gambar semua punca dari rock.i takde masa nak keluarkan tab,posing posing sebab anak memang stok pacat.nak melekat aje.








lepas berbuka,kitorang terus ke Starmall.shopping baju raya.wahaha.

sampai rumah jam 11 malam,terus rasa nak pengsan.dan ini adalah hasil tangkapan.



ewah.fashionista sangat.

tengok jeans my dotter.
*pengsan*

butik Bungor penyelamat keadaan.
nasib baik jumpa,kalau tak nangis anak takde baju kurung untuk raya.
actually bukan anak nangis,tapi ibu yang lebih.


tapi paling takbleh blah adalah ini.



selamat hari raya!




sila LIKE sekarang!

19.7.13

rifdi #47

kan aku dah kata rifdi sangat into colouring.

cikgu dia kata,kalau suruh rifdi menulis,memang susah.cikgu kata,rifdi malas nak menulis.terus terang aku cakap,aku pun bukan jenis parent yang rajin nak suruh anak menulis,membaca atau kenal huruf.wahahah.

kejamnya.

takla.aku sebenarnya beli jugak buku untuk anak-anak.aku suka diorang kenali buku dulu.tau hormat buku.aku bukan jenis paksa anak-anak untuk belajar.rileks la.dulu mak abah aku tak pernah paksa aku kenal huruf,nombor,membaca.takpun.tapi minat tu datang sendiri.takpe.kawan aku ada yang tak pergi tadika,umur 7 tahun baru kenal ABC,123.tapi sekarang dia punya genius memang tahap buat aku kagum.cerita la pasaipa,semua dia tau.sains,math,sejarah,fizik,muzik,hiburan..yeahhh.

eh.aku bukan nak cerita pasal kawan aku tu.aku cuma nak share something.

menurut pakar,

Mewarna mengajar kanak-kanak belajar tentang fokus sesuatu perkara. Misalnya apabila melukis dia akan memberi tumpuan untuk menghabiskan lukisannya. Malah ia juga membuatkan kanak-kanak belajar tentang had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak yang berjaya mewarna dengan baik akan merasa bangga dengan hasil kerjanya.




dan satu hari tu,sibuk sibuk kemas bilik rifdi dan haifa,aku terjumpa ini.


terus aku tunjuk kat ejang.
"siapa yang colour ni?abah ke abang?".

"dia la.malas saya nak mewarna".



hello.i'm impressed!



sila LIKE sekarang!

18.7.13

A Who's Who Of The Minions - Despicable Me 2 mania!


punca : sini




tau tak?
tadi sedang sibuk dengan kerja-kerja ofis,tiba tiba ejang call.
"awak tau tak hari ni hari khamis?".
"iye.sayang tau.kenapanya?"

"hari ni kan minion keluar.siapa boleh tolong belikan minion?mintak la tolong sape-sape.."

haih la.rupanya nak suruh aku mintak tolong kakak aku pergi McDonald's.belikan minion dari happy meal.sebab dah dua kali kitorang pergi McDonald's di daerah yang berbeza, minion memang sold out.diorang suruh datang awal hari khamis kalau nak.

so,aku call kakak aku tadi.jawapan kak ina :

"kalau pagi ni memang tak boleh laaaa.malu la weyy.kalau petang sikit kak ina tolong".


heh.dasat penangan minion ni.


aku dapat ni dari facebook.gila tak gilanya semua orang sebab nakkan minion comelness tu?
jangan la habis lagi!



sila LIKE sekarang!

15.7.13

morning blues with rodney mullen

morning blues.
bertambah blues sebab pagi tadi sahur nasi goreng lepas tu boleh tendang segala menda dalam perut.
dan muntah.

oh.

sebab blues aku layankan ini.lama gila tak tengok menda menda camni.rindu.
ejang tak suka aktiviti ini.kata dia,carik penyakit!





rodney mullen.antara skater favorite gua.

sila LIKE sekarang!

12.7.13

Firman - Kehilangan

lastweek aku ada meeting di KL. meeting berkenaan landskap,perabot dengan signboard untuk satu projek ni.alah,sikit je.tengahari tu je dah siap.

after meeting, pihak kontraktor bawak kitorang makan kat area Tang Lin.cuak jugak,kedai makan china ke.haih.tapi diorang kata menu terbaik ikan bakar la.aku dah imagine tempat dia macam Tanjung Lumpur.tapi jauhhh..tak macam tu pun sebab situ port untuk lunch.tapi ikan bakar memang special sebab tu lauk utama.lauk lain tak hebat sangat.kira aku makan 2 ekor jugakla ikan kembung bakar tu.kuah asam dia memang terbaik!

pada masa aku pergi tu,ada la 4 orang budak muda tengah perform nyanyi menghiburkan orang ramai.aku memang suka la kan ada hiburan camtu.lagu yang diorang nyanyi pun kelas kau jahhh. lagu teratai, lagu lama-lama pun ada tapi sampai satu lagu ni,aku rasa meremang bulu roma aku.siap aku makan sambil menyanyi!

nasib baik bos tak dengar tapi mates yang ikut siap tegur la "hoih.makan mana boleh menyanyi!".
terus aku rasa lagu ni best gila.balik dari sana,terus aku google lirik lagu yang aku terfollow tadi.selama ni aku taktau pun kewujudan kumpulan ni.haha.aku tau lagu ni tapi rasa macam tak best mana pun.

tapi sebab budak berempat tu,tetiba aku enjoy dengar lagu ni.



FIRMAN - KEHILANGAN 
Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa t’lah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila


Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Takkan ku sia-siakan kamu lagi



tapi series jauh best budak berempat jugaklah yang nyanyi.
vokalis kumpulan Firman ni nyanyi over sangat!



sila LIKE sekarang!

English Cotton for sale!

kain pasang English Cotton for sale.harga RM20 tidak termasuk pos.
dan tinggal yang ni je.


yang lain dah sold out.



eh.kalau minat jangan malu bagitau cepat.tinggal sepasang je tu.


punca : stallchantek2.blogspot.com



sila LIKE sekarang!

11.7.13

Sambal Tumis Ikan Bilis

kalau sahur,ejang memang suka request buat sambal bilis.
tapi selama 5 tahun bersahur bersama ni,baru semalam aku tau ejang tak suka sambal bilis yang aku buat.ahak.

kantoi.

dan malu sebab rupanya selama ni aku je yang syok sendiri ingatkan best sangat.ok.fine.maybe dia dah jemu cara masakan sambal bilis aku tu...kot.

baik.lepas ni,aku akan cuba perbaiki sambal bilis aku.disebabkan itu,pagi-pagi tadi aku dah siap google cara nak buat sambal bilis cara orang lain.ok.mari kita tengok contoh contoh sambal bilis yang ada.

aku copypaste je ye.


Contoh 1 :

sambal tumis ikan bilis

04012011470
resepi turun temurun


Created on : 04-01-2011


Bahan-bahan ( 7 org kot )

  • ikan bilis 4 genggam tgn - digoreng dulu
  • cili kering siap blend - 4 senduk nasi
  • bawang merah 3 + bawang besar 1 + bawang putih 1 ulas --> blend
  • air asam jawa - sikit
  • ikan bilis mentah - amik sikit je then tumbuk
  • minyak menggoreng , garam dan gula
  • p/s : terpulang kalau suka taruk belacan sikit dan ajinomoto - aina x taruk

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing - angkat dan tos kan
  2. guna minyak yg sama - tumis sampai wangi bawang2 yg dah di blend + masukkan ikan bilis mentah yg ditumbuk sikit tadi (utk pekatkan kuah dan sbgi bahan perasa semulajadi)
  3. masukkan cili blend - masak sebentar sampai minyak naik
  4. masukkan air asam jawa, garam dan gula - masak sekejap then rasa
  5. biar menggelegak dalam 10 minit ngn api sederhana kecil
  6. lepas nmpk cantik dah sambal tu, rasa skali lagi
  7. last - campurkan ikan bilis yg dah digoreng awal tadi - gaul sekejap dan tutup api...tadaaa..
  8. tips : minyak kena banyak, garam kurangkan sbb ikan bilis dah masin, api x leh besar..hehe...cuba lah..

punca : http://www.myresipi.com


Contoh 2 :

Dsc_0419






Bahan-bahan ( utk semangkuk sahaja )

  • 20 tangkai cili kering di rendam air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sejemput ikan bilis utk dikisar dengan cili.
  • 1 sudu asam jawa dibancuh dgn 1 cawan air
  • sedikit garam, gula dan serbuk perasa, 4 sudu minyak utk menumis
  • 2 cawan ikan bilis

Cara-cara

  1. kisar cili , bawang dan ikan bilis yg sejemput
  2. panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak (minyak kelihatan terapung)
  3. masukkan ikan bilis dan air asam jawa. biar didih
  4. masukkan garam gula dan serbuk perasa.
  5. rasa asam garamnya, hidangkan
  6. boleh masukkan hirisan bawang besar ketika menumis jika suka

punca : http://www.myresipi.com


Contoh 3 :

*edit*



Bahan2


200g ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
1 keping asam keping
3 biji bawang besar di mayang 
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup nya
Minyak tuk menumis

Bahan Kisar


150g cili giling (1 bekas yg besar)
1 biji  bawang besar
2 inci kunyit hidup
4 biji cili api (kalau nk bg pedas)
1 ulas bawang putih

Kisar semua bahan sampai halus seperti dalam gambar.

Cara2 Nk Masak


Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar kacau sebentar dan masukkan sedikit air masak sampai naik minyak or agak kering dan cili dah masak.





Bila dah naik minyak seperti dalam gambar masukkan ikan bilis, bawang mayang dan asam keping kacau rata dan masukkan sedikit air masak sampai bawang layu dan ikan bilis agak hancur dan sambal agak kering. Bila sambal dah agak kering perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa korang. Bila semua rasa dah sebati tutup api dan siap tuk dihidangkan.


Hah aku makan ngan nasik lemak fuh mmg terbaek lah gabungan nie..


Boleh juga nk buat Burger Malaysia camnie kalau korang suker la..



Contoh 4 :



BAHAN-BAHANNYA


2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa1 1/2 senduk nasi cili kisar
6 biji bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1/2 inci halia dikisar halus
3.4 inci belacan dikisar halus

CARA

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  2. Masukkan ikan bilisk dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

TIPS: semasa menumis api jgn besar ya, minyak biar cukup ya, dah naik minyak baru letak gula garam bagai.





ok.itu antara contohnya ya.
rajin pergi google lagi.

sahur karang aku nak try la.


sila LIKE sekarang!

9.7.13

happy birthday to me

umum dah tau sabtu lepas aku dah genap umur 21.

series aku sedang menipu.konon nak kurangkan 10 tahun tapi muka tak nampak celah mana muka remaja.yang nampak muka perasan remaja.

ok.ejang dari lastweek asyik tanya aku nak hadiah apa.dia kata dia nak bagi aku bangle emas,tapi aku awal-awal kata aku dah ada.cuma tak suka pakai.lepas tu dia dah start pening kepala.asal nampak muka aku mesti dia bagi soalan aku nak hadiah apa.memula eloklah aku jawab "nak abang ada pun dah cukup!".

main petik.ikut hati aku nak jugak jawab bagi la kereta kelisa satu ke.swift ke.ahak.

sampai last dia sebut pasal kasut jogging.tu la last cadangan dia.lepas tu tetiba sabtu aku dapat kek.dia cakap "abang beli kek jela.awak nak kek apa?secret recipe ke kek biasa-biasa je?".

Tuhan.aku memang taktau nak jawab menda.

sudahnya petang tu dia bawak rifdi pilih kek kat kedai Sungai Wang area Benteng.kek aiskrim perisa vanilla dan strawberry.huih.memang sedaplah!

ada angry bird & minnie mouse

suami aku memang suka bagi ayat pelik pelik.
last year punya kad birthday dia tulis nombor ic aku.
huh.

series sungguh assistant aku ni

batman pun datang.tq batman!

sopan sangat

fotostat berwarna

second round.dengan dhiya pulak

legend

wish untuk diri sendiri.






sila LIKE sekarang!

POPULAR POST