Visitor

9.8.13

rifdi #48 : 1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

macam biasa,raya bagi aku sama je every year.

rutin pagi di rumah mak aku,tengahari ke rumah mak mertua.lepas tu petang ke rumah cu dengan rumah makteh.dua dua adik abah aku.

malam,memang tiap tiap tahun kitorang menerima kunjungan balas makteh aku tadi.memang macam tu la.dah hafal pun jadual.

tapi malam tadi,after makteh balik,budak budak ni sambung main bunga api.rifdi pulak abang aku cakap,nak stop dan masuk rumah.dia naik tàngga berlari,lepas tu tergelincir dan dagu terhantuk pada tangga atas.
mula mula ok.tapi lepas abang aku angkat rifdi,terus darah memancut keluar.sampai nampak isi daging dagu.
terus abang aku suruh jugak pegi hospital.sebab darah memang banyak gila.sampai rifdi nangis jerit jerit kata "abang taknak mati"..

lepas tu tau pulak dagu berdarah terus tukar tajuk;
"dagu abang rosakkkk".
pfffttttt...

10.30pm aku gerak ke bahagian kecemasan HTAA.pukul 2 pagi baru lepas balik.yang tak tahan,rifdi kena tunggu kat wad kecemasan dengan kes yang bercampur baur.accident pecah muka,berbungkus mata.aku tengok rifdi pandang,tapi dia senyap je.risau aku.

tak lama,time nak proses jahit,bila baring rifdi pun aaaa...dia menjerit bagai nak rak.ejang pegang kepala,aku plak peluk tangan.so,aku la yang menyaksikan live show since cucuk bius,jahit sampai finishing.
perghhhh..

kesian rifdi.raya hari ni menempek jela kat rumah.

5.8.13

bertukarrrrr

blog lepas ni bakal diupdate dalam skala 1 per 2 minggu agaknya.

gara gara aku dah tak dapat nak hadap pc macam dolu dolu.opis baru aku ni meja untuk technical staff memang clean.kalau nak guna pc sila ke belakang.kat situ bersusun pc untuk digunakan.siap ada wifi lagi.
so,dah takde la pc peribadi untuk diri sendiri macam sebelum ni.haha.padan muka aku.dulu duduk kat opis lama,segala macam menda aku save dalam tu.dari pc kotak,membawak ke pc flat,memang 7 taun punya harta aku save dalam tu.siap transfer data lagi.punya la sayang.

ni dah duduk opis baru,aku transfer plak segala harta tu ke laptop.haaaa..menangis laptop aku menerima ilmu baru.tu pun tak habis save lagi.jap lagi nak naik opis lama,nak settle hutang kuih raya.pastu nak sambung save harta dalam tu lagi.

iye.sampai 3 thumb drive aku bawak ni.punya la berat aku nk pikul kejap lagi.

ehh.ada yang taktau lagi ke aku dah kena tukar jabatan?

ye.kes cuak dulu la.SUK sibuk nak pisahkan hubs-wife yang bekerja dalam satu jabatan.padahal macam aku dengan ejang takde kena mengena langsung dalam proses kerja.yang adik beradik,anak beranak tu takde pulak jadi isu.eh.marah sangat ni.

dah.nak marah pun takde maknanya.lagipun masih dalam daerah yang sama.kira bersyukur la tu.hadapi je dengan senyuman.err..macam pernah dengar tapi di mana yaa?




aaa.aku dah jadi warga jps jerantut.
opis kat bawah jkr je.haha..

jamban masih dibawa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...