Visitor

23.8.13

testimonial radiglow : freeze your age

ehem.segan nak cerita.

sebenarnya,aku dah jadi pengguna radiglow sebelum raya hari tu.ngam ngam 7 hari sebelum raya aku consumed.kakak aku tanya, apesal tak ambik dari mula puasa? kurang-kurang raya kulit dah cun.

aku cakap kat kak ina,
radiglow kata 7 hari kulit dah cantik. hahah. confident lain macam aku kannn?
beli dengan sheilaamirhouse.
promotion : RM180 free post.
ada 2 botol radiglow (30biji) + free gift whitening gel cleanser (seri udani) & paperbag


hahah. kononla kan. eh. jangan ingat aku makan sebab saje-saje nak kulit flawless. tak. sebenarnya aku ada masalah kulit. ekzema kata bahasa sains dia. tumit kaki aku teruk sangat gatal dia tahap berair, luka-luka, pastu kalau kering dia jadi kulit berkuping-kuping.

so, aku ada la terbaca ni di fb radiglow official.

untuk tumit merekah


sebab tu aku cuba okay.

sebelum dan selepas

so far, 2 minggu makan, tumit aku dah nampak perubahan. dah tak berair gatal macam dulu lagi dah.
itu pasal kaki yang sememangnya aku utamakan.

yang paling best efek lain. ehem.

al kisahnya, lepas raya baru ni ramai pulak orang tegur pasal muka.mula-mula officemate lama la tegur.
"sejak sejak masuk jps, kulit dd dah merah. tak pucat macam dulu".

haha. aku gelak. budget konon dulu stress gila sebab tu pucat. sekarang senang lenang melepak terus kulit jadi merah merah gitu.

lepas tu aku perasan sorang-sorang tegur pasal aku.

situasi 1
officemate baru berbual pasal anak. lepas tu tanya aku umur berapa,

akak : ada dalam 28?
aku : eh.muda sangat tu kak.saya dah 31.

akak tu gelak sebab dia kata dia taktau.



situasi 2
officemate 2 pulak tanya di satu pagi yang sunyi.

officemate : awak ni umur berapa ye?
aku : 31.
officemate : aaa..tak sampai hati nak panggil akak. muka muda sangat 

kata dia ye. bukan aku reka cerita.



situasi 3
aku breakfast dengan officemate lama. borak-borak,aku bukak cerita dengan azmah.

akuakak amik radiglow sekarang. tengok kaki tu alhamdulillah dah ok.
azmah : laa..yeke. patutla nampak kulit muka dah pinky pinky gitu. okaylah kalau elok makan radiglow".

haha.aku taktau.aku cuba je.so,sebotol dah habis.sekarang tengah makan sebotol lagi.boleh order terus la lepas ni.anyone?ada yang nak try?



sila LIKE sekarang!

22.8.13

rifdi #49 : 9 Syawal

1 Syawal hari tu rifdi accident right?
dagu dia ada 3 jahit.tiap tiap hari aku kena ambik gambar 'janggut' dia atas permintaan tuan badan sendiri.hoh.

so,lepas seminggu dari kejadian,we all pun bawak dia ke Klinik Kesihatan yang berhampiran.kitorang bawak dia ke Klinik Kesihatan Paya Besar.

suspen sangat.masa tu la dia sayang nak buang 'janggut' dia tu.

masuk bilik.rifdi baring.tu pun dah banyak komplen.sejuk la.takut la.
rilek la beb.ibu pun takut ni.

lepas tu tukang cabut jahit tu plak jenis buat lawak entahmendamenda.sambil angkat katil tinggi.aku dapat bayangkan betapa cuak dan gayatnya rifdi time tu.

pastu ejang datang pegang kepala sebab rifdi dah goyang.
tukang cabut jahit tu pegang je gunting dengan pisau,rifdi dah mula nangis.

alahh,3 kali gunting siap laaa..

aku siap cakap kat rifdi,
"tengok!dagu abang dah tak rosak laaa"..





21.8.13

Syawal 1434H : Family Portrait

mood raya lagi kan?

ahahah.sebab cuti terlampau lama,maka blog pun diam ajela.sampai lupa nak upload gambar raya.

biasa la kan.raya pertama kitorang, the Jaafar Family memang macam ni.ahli memang tetap dan bertambah setiap tahun.jadi,aktiviti pun sama je.bangun pagi,gosok baju raya,siapkan suami yang nak pergi solat raya,siapkan anak-anak, dan siapkan diri sendiri.

lepas tu tunggu orang balik solat raya,makan,sesi bersalam-salaman dan bagi duit raya dan seterusnya..
acara favorite kitorang,photoshooting raya!

kaklong kawasan dapur

yang ni minah rocker nak pergi beraya

cameraman tengah setting baik punya

ohye.
perkenalkan,ahli baru the Jaafar.namanya Lily Maryam Binti Muhammad Nasrul.

cucu atok mak sangat muka dia ni kan?
ahahahah

setting camera.testing.abah dah bising tu lambat sangat masuk.

testing lagi.abah marah hilman tak duduk diam lagi.
haha.poning atok dengan 9 cucu.ehh..baru 9.

The Jaafar 2013.
over sangat rifdi ni.haha.

The Jaafar 2013.




dan gambar tambahan.


mak abah yang always forever young

abangah & family.
masih dengan anak-anaknya.taun depan ada pengganti dah kot?hehe

kak ina & family.

us.
The Ejang family

rifdi meragam

ibu & the daughter


selesai je bergambar,sesi seterusnya adalah mari pergi rumah mak mertua pulak.
hahaha.kita mau serang nasi dagang.

ok.selamat hari raya semua!




sila LIKE sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...