Visitor

30.8.13

terliur



ha.kalau aku post gambar gini jangan memandai-mandai buat kesimpulan sendiri ye.

mantan cc aku upload gambar sebekas jeruk kedondong.opismet lelaki pun boleh terliur,inikan pulak aku yang serba kekurangan ni.jadi,dengan muka tak malu,naik opis lama,tapau jeruk bawak balik opis.

pergi pantry dan ...

oh.heaven!
posted from Bloggeroid

29.8.13

makan & jamuan

jamuan raya di mana mana.dan berhari hari.

1. sabtu
member aku since form 4 membawak ke poli, Nad buat kenduri akikah untuk anak dia.so,selamat la aku lunch kat rumah Nad aritu.haha.


souvenier.
cake-in-a-jar.manis gila oih!

2. ahad
lepas tagedi terbakar tu,ejang ajak kitorang keluar minum.kebetulan nampak la opismet dia lepak kt luar rumah.so saje la lalu depan rumah dia nak menyapa.rupanya bukan saje saje duduk luar.dia buat open house!hah..rezeki aku anak beranak dapat makan laksa penang,laksa pahang dengan sate.

3. isnin
naik opis,geng pejabat aku buat makan makan,ada laksa penang.
malam,jiran aku, cikgu intan bagi pulak laksa penang homemade.haaa..time ni aku rasa aku dah terer cakap utagha pun ada.

4. selasa
jamuan raya tadika rifdi.pukul 5 petang start tapi aku sampai kat majlis pukul 5.20 petang.membebel pulak rifdi kat situ marah aku lambat.








ibu dah janji dengan haifa nak pakai baju sama


5. rabu
jamuan raya jkr.aku dapat surat jemputan.haha..sebab majlis nak meraikan pertukaran aku sekali.ingatkan dapat meja special.rupanya sama je kena berbaris ambik lauk.haaa..tu la perasan best sangat.



abah pulak pakai baju sama dengan rifdi


abah dan anak-anak



hari ni takde pulak dapat jemputan mana mana.esok pun.
haaa..kemain kau,siap tunggu jemputan.nak mencekik je kejenya.bila orang tego gemuk,perut buncit tau plak marah.

haha.

posted from Bloggeroid

28.8.13

Wordless Wednesday #67


sumber : nuffnang gua hari ni.


bila aku buat post pasal awek melayu nampak puting ni hoiii?


sila LIKE sekarang!

25.8.13

terbakar pulak

petang semalam.tengah aku syok lipat kain yang menimbun,suami tido petang dan anak anak hadap kartun kat depan,aku dengar bunyi macam bunyi hujan.
dalam hati aku,pehhhh..sedap la tido aku malam ni.
lepas tu hasya berdiri depan pintu bilik aku,sambil pandang pintu masuk rumah.kalau ikutkan aku dengar dia sebut "hujan".

aku buat derkkk jela.

sekali aku dengar ejang kata;
"API!"

aku toleh,ejang dah duduk tepi birai katil menghadap ke tingkap bilik.terus kitorang bergegas ke pintu depan.fuhhhh..rupanya bunyi yang aku ingatkan hujan tu rupanya bunyi api tengah marak kat hutan depan rumah aku tu.besar gila api sampai terasa bahang dia.

dalam kalut tu,pandai jugak aku capai telefon pastu call Bomba Jerantut.2kali dering je,terus ada orang angkat phone.sambil tengok api yang menjulang tinggi tu aku pun report la apa yang patut.kelakar jugak ek bila buat emergency call gini.ada jugak soklan "ehh..taman tu dekat mana?"."nak lalu mana?".ehhh..rasa aku macam aku duduk kat taman bunian pun ada.hahaha..

lama jugak baru bomba sampai.mungkin masih confuse nak lalu dekat mana.tapi natijahnya,api depan rumah aku dah terpadam masa tunggu bomba.rezeki angin tak kuat je petang tadi,kalau tak,harus terbakar kebun aku sekali.

pastu sedih betul,bomba padam api depan rumah orang lain.depan rumah aku dia lalu sambil angkat tangan je.adoi la.nak gelak pun ada.takpe la,moga moga semua dah ok.tq la Bomba Jerantut kerana sudi berkenalan dengan taman perumahan kami pada hari cuti begini.hahaha.selamat hari raya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...