Visitor

15.11.13

rifdi #50 : prasekolah


isnin baru ni seorang cikgu call aku.katanya,dia suruh aku dengan rifdi datang ke sekolah skj untuk ukur baju.aku plak macam terpana,terus tanya "eh.dapat pra ke?".
cikgu gelak.rupanya dapat jugak rifdi masuk pra tahun depan.alhamdulillah.

rabu tu aku bawak la rifdi pergi skj.rifdi kata sekolah tu besar.excited dia jangan cerita.macam nak masuk universiti.

rupanya hari tu Taklimat PraSekolah 2014.siap nak lantik AJK baru untuk PEWARIS (PraSekolah).

excited gila muka.baguslah.

guru besar sekolah tu bagi la ucapan aluan sikit sikit.seronok aku tengok budak budak ni.kebetulan pulak,ramai gila kot makbapak budak yang aku kenal.

tiba time perlantikan AJK, memang blur la masing masing sebab tak kenal nama.main petik je.perlantikan cuma untuk Pengerusi, Naib Pengerusi dengan AJK je.yang lain semua tu memang dah lantikan tetap.

tiba time lantik AJK tetibe je ada yang tanya,

"yang tudung biru ni sape nama?" - tuju ke aku.
"err..hasnidar".

"ok saya cadangkan puan hasnidar".

la.kena dah aku.padanla dari tadi aku berasa macam kena usha je.peh.peh.






kan?kan?
kan dah kena.

takpela.redha je.nampak sikit aku ni berkaliber.kakakaka.



sila LIKE sekarang!

13.11.13

Langkawi Trip : Breakfast, Skycab & Balik (Part III)

Part I
Part II

*edited*

lastday.sebab hari ni takde apa planning melainkan naik Langkawi Skycab,maka takpayah la nak bangun pagi sangat.tak payah rushing sangat.

tapi sebab aku dah bangun pagi janji dengan mak abah & kak ina nak breakfast,maka pagi tu kitorang gerak naik Mazda 2 tu ke Pantai Cenang.makan hoii.tapi tu la.makan je tau.nama kedai taktau.kakaka.

dahla aku keluar tak mandi pagi.kakakaka.syhh..jangan bising bising.

roti telur dan teh tarik aku punya.
lepas tu belasah pulak nasi lemak. ^^"

mak dengan abah order roti yang sama.sedapp.

lepas makan.menipu sangat kalau terus nak balik hotel.jadi kitorang round area Pantai Cenang,sebab abah nak tengok pantai dia camne.pastu aku plak ternampak singlet labuh kat kedai,konon nak tengok je la kan.pastu mak aku pulak pergi kedai lain.pastu aku pun pergi kat mak.pastu pergi kedai sebelah pulak.last last aku shopping terus.ambik kau.entah nak dekat rm100 aku pergi shopping kat situ.over.

sampai kasut rm30 ni pun aku boleh beli.
tak paham.


sambil shopping sambil bergambar macam nak rak.nama pun pelancong kannnn?


#ootd tak mandi pagi


kesian abah sebab mengikuttt je yang perempuan perempuan ni kan.mak aku cakap,macam bawak anak dara 2 orang.yela,sebab aku dengan kakak aku je yang mengikutnya.penat shopping,terus balik hotel sebab nak check out pukul 12.aku ni dahla tak mandi lagi,nak siapkan semua orang lagi,nak mengemas lagi.hahaha.

sampai hotel,semua baru bangun dan baru nak minum susu.aku pun terusla mulakan tugas sebagai seorang mak yang berkaliberrrr..

orang siap check out dah.aku baru nak mandi.

anak anak aku dah selamat berlepas ke bawah.aku je dok terkial-kial
mengemas dalam bilik hotel.padan muka.


siap kemas.siap check out.terus pergi makan.hahah.tu jela kejenya kan kalau dah baru bangun tu.makan nasik pun aku tak ingat kedai apa dan dekat mana.melampau tau kau ni dd.tapi tempat makan tu best,sebab ada banyak gila pilihan ikan bakar.berselera abah aku hadap siap dengan ulam melambak lambak depan aku.suka betul kitoang makan lauk ikan bakar dengan ulam.hadap sangat.

lepas tu,terus kitorang tuju ke Skycab Langkawi.haaaa...sampai kat situ,abang aku tanya la kat kakak yang menjual kat luar tu.abang aku tanyaSKycab bukak pukul berapa.kakak tu kata,ehh..arini cable car tutup sebab maintenance.kitorang pun macam ...ala..alaaaaa..alaaaaaaaa...

kakak tu pun cakap, "naik banana boat ni la.kita bawak pergi blablablablalalalala".
abang aku pun tanya "ehh..tak basah ke?nampak macam aktiviti basah basah je?".
pastu entah apa lagi diorang borak,aku malas nak ambik port.sebab dah macam frust.

tak lama tu,abang aku ajak masuk dalam tu.jom la jalan jalan.

ada banyak kedai souvenier dalam tu.anak anak aku belikan topi je sebab panas terik masa tu.takbleh bukak mata dah sorang sorang.

ada kuda.rifdi mula mula nak naik,bila nampak sepupu dia, Aqeef dengan Azeem naik tetiba dia seram kot.terus tak jadi naik.terus main kat playground ni je hah.

kiddos

eheh.

lepas tu baru kitorang perasan,cable car kat atas tu bergerak!
terus abang aku laju je pergi kaunter tanya.diorang kat kaunter kata mana ada tutup pun.maintenance hari semalam.tu pun sekejap je.bukan sehari suntuk.

cisss!kakak kat luar ni guna taktik kotor jalankan bisnes.teruk betul.so,siapa siapa yang nak pergi cable car pasni,sila la masuk jumpa orang kat kaunter terus.jangan percayakan orang orang di luar sana,okay?*tetibe*

sebab dah dapat tiket,semangat la sensorang naik cable car.rifdi excited gila.tapi dia naik berasing dengan aku.dia naik dengan dhiya & family abangah aku.tapi bagus budak budak ni,takde sorang pun yang muntah gayat.kehkehkeh.

berempat je la..

abang encem 

besar gila aku i rupanya.kofkofkof.




girls

abang








kakya dengan adik adik

dalam gambar ni,aku tengah snap kakak aku.kakak aku snap aku.

ada orang kata muka aku iras abby abadi dalam ni.
puiii..carikla artis international sikit.scarlett johansson ke.kim kardashian ponboleyy.

suka sangat budak budak ni

bisnes kencang diorang niii

elok je kitorang turun,terus hujan turun lebat gila.ya Allah.kalau kat atas tadi harus menangis budak budak ni.tunggu hujan reda sikit,kitorang baru gerak balik.sempat la aku pergi toilet dalam hujan.bayar 30sen,dapat payung untuk pergi toilet.baiknya pakcik ni.


half of theJaafar family.


habis acara kat Skycab,kitorang berkejar pulak nak beli coklat.pun aku lupa tempat tu.aku beli coklat Daim murah.rm15 buy 1 free 1.pastu beli macam macam la.

ni pun dah rm150.ceh.

pastu melantak pulak kat Marrybrown situ.lapar gila wehh.



siap makan,terus menghala ke Padang Maksirat balik.kitorang lalu je kat Dataran Helang.singgah sekejap tengok tengok kawasan,pastu balik.malas la.sebab panas terik,nak ambik gambar kat helang besar tu pun takde mood sebab kena layan bebudak ni lagi.

pastu sempat lagi tu,singgah kedai area Pekan Kuah,beli minyak wangi.hahahha.

frust.union tu rupanya aku terambik for men.
padahal aku nak for women.hadoiii..bau bestt.bau vanilla cake.rugiii!


lepas tu pergi pulak beli minyak gamat.hahaha.beli jangan tak beli.lepas minyak wangi,minyak gamat.nasib tak jual minyak masak,kalau tak mesti nak beli jugak.
siap memborong minyak gamat,terus kitorang rushing pergi ke airport.flight pukul 9.15pm..kitorang masih on the road pukul 7.30pm tu.perghhh..

haifa teropong bila flight nak sampai.

naik flight,haifa main teropong dia.pastu cakap kat abah dia..abah.ada lampu situ abah.
ejang tak percaya,dia cakap malam bukan nampak apa.

sekali ejang jenguk,rupanya nampak Jambatan Pulau Pinang.cantik! -- hah.jeles mak kau sebab duduk kena ikat dengan hasya.infantkan.dah aku takbleh bergerak.


dalam flight kena pakai safety belt tiap masa sebab 2 minit berlepas,steward hensem bak Zulhuzaimy announce cuaca tak bagus.jadi kena pakai safety belt.lama jugak la kitorang duduk kat atas tu.rupanya KL hujan.tak silap aku dengar -17darjah Celcius masa tu.homaiii..cuak jangan cerita.tapi buat muka paling hensem ajelaaaa...

setengah jam kat atas,alhamdulillah..kitorang selamat sampaiiii.




balik,terus abang ejang ada dah tunggu kitorang.adik aku pun ada datang sebab nak ambik mak abah.abang aku pulak dah ada kawan dia datang tunggu.

so,lepas salam salam,peluk cium terus kitorang berpisah.aku & family pulak balik rumah angah (abang ejang) kat Putrajaya.lepak situ.esok nak berjalan kat KL pulak.so,rehatla badan.kita jumpa esok.

bye Langkawi trip!


*sejam setengah aku buat entry ni.penat tau!

sila LIKE sekarang!

12.11.13

Langkawi Trip : Island Hopping (Part II)

Part I

*entry gambar paling banyak*

second day.ikut plan asal,abangah aku cakap gerak pukul 8.00am untuk island hopping.
sekali pagi hujan.semua sedap tidur je.abah,mak dengan kakak aku pagi pagi dah mintak kunci kereta nak carik breakfast area Pantai Cenang.

kalau tunggu semua bangun aku rasa,makan tengahari terus la jawabnya..

ok.bila semua dah siap bangun,pakai hensem hensem terus la gerak ke jeti.tapi sebelum tu,mari kita berposing dulu sambil tunggu balance balance ahli keluarga nak bersiap.

eceh.

seluar baru beli malam sebelum.
ramai yang tegur seluar i tu.haha.ada yang tanya nape tak borong banyak,bleh jual pulak.
haii..aku takde modal banyak.ni pun stakat berjalan shopping sikit sikit je.

rombongan mak biah


dalam pada dah lambat tu,abang aku dengan family dia pulak nak makan.hah.layan la budak budak tu semua.aku dengan laki aku nak carik selipar jepun.gila kau pergi pantai pakai flat.laki aku pulak dari LCCT aritu dah selipar putus.jadi operasi mencari selipar dulu.anak anak aku pergi join abang aku breakfast kat mcdonalds pantai cenang.

makan kenyang kenyang.jap lagi nak melompat pulak.

abang aku pun dah jadi budak budak.kakakakaa.

aku pulak shopping selipar jepun,sekali dengan souvenier sekali terus.alang-alang tengah takde budak ni kan.so,beli la beberapa magnet fridge untuk diri sendiri dengan officemate.ejang boleh ek suruh aku belikan lastik.eh.sabar jela.aku belikan la jugak.paling best aku dapat ini.mihmihmih.

#ddcraze


selamat bershopping kat situ.usha usha la pulak Underwater World.sebab tiket boleh tahan harganya,maka takjadi la masuk.lagipun ramai informer bagitau ikan dah tak banyak dalam tu.so,takpayah la.kita teruskan ke destinasi ajelaa..

sampai jeti Kuah.kitorang sewa boat aku rasa around rm300 jugak kot untuk island hopping sebab sekepala dia kira RM20.tolak hasya la sebab dia duduk beriba.

pakej yang dia bagi adalah pergi 3 tempat :

1. Tasik Dayang Bunting
2. Pantai Beras Basah
3. Pulau Singa Besar (Eagle Feeding)


hari pulak masa tu hujan.maka,berbasah basahla kitorang masa naik boat.paling excited adalah rifdi.mak abah aku sampai tergelak besar dengar rifdi menjerit keriangan.wihuuuuuu..

raksaksa hijau









1. Tasik Dayang Bunting

Port pertama kitorang singgah.kat sini memang boatman dah pesan,jangan bawak makanan.kalau nak jugak,letak dalam beg sebab ada peragut.hah.gila kau kat tempat macam ni pun ada peragut?
rupanya peragut tu sebenarnya monyet monyet kat situ.auww..seram aku.aku dahla spesis manusia cepat terganggu dengan menda menda camtu.jalan pun langkah laju je.kena redah hutan dulu,baru sampai kat tasik tu.



semua naik paddle boat tu kecuali aku,hasya,emak dengan abah.kitorang lepak kat jeti tepi tu je.aku tau hasya teringin,tapi bahaya bawak dia.takut dia terjun..huiii..nauzubillah.

haifa sangat behave duduk dengan abah dia dan azim.rifdi pulak menjerit nak duduk tengah padahal budak yang incharge situ dah kata,adult kena duduk tengah sebab nak bagi stabil.whatever.aku peduli apa.kata rifdi dalam hati,agaknya.

habis round naik paddle boat,diorang berendam pulak dalam tasik.wahhh..memang suka sangatla budak budak ni.sampai taknak naik pun ada.





2. Pantai Beras Basah

1 jam kat Tasik Dayang Bunting,so sekarang beralih ke Pantai Beras Basah pulak.masa ni hasya dengan haifa tidur dalam boat.boleh ek padahal boat gila gila laju hentak ombak,diorang boleh tido?anak sape ni hoii?

sampai kat jeti,aku rasa macam nak tunggu dalam boat sebab kesian kat hasya.sekali boatman cakap,ehh..berenti lama ni.rugi tak pergi.aku pun angkat la jugak makcik jemah sorang ni.sekali angkat terus mata dia celik.hah.apalagi..suka sangatla dia main pantai.

jeti pantai beras basah

mind your own business.
ahahaha.

bapak bapak jaga anak main air




ni pulak kerja emak emak.hahahahaa.

suami i memang artis.sampai ada satu rombongan tu amik gambar lagi dengan
kereta ni.peh.


3. Pulau Singa Besar

Lepas bertegang urat bertarik tangan kaki ajak bebudak balik,baru la kitorang dapat pergi sini.sampai sini,boatman keluarkan lemak ayam dan campak ke laut.kitorang duduk dalam boat ni perati je apa yang jadi lepas ni.

sekali....amik kau!penuh burung helang terbang ke arah lemak ayam tu.seram siott..

aku memang tak dapatla ambik gambar.kak ina dengan syamin siap ambik video.fuhh.helang memang besar gedabak kat sini.stok macam iklan winston pun ada.




aku tunggu je sekor lagi helang besar nak datang.tapi tak datang datang.merajuk agaknya.

heheheheheh


habis tempat tuju.so,kitorang pun sebab dah penat tahap dewa,maka terus balik hotel.dengan perut lapaq bag hanggg.aku dengan ejang nampak kedai Laksa Ikan Sekoq tapi semua orang taknak berhenti.jadi aku pikir,takpe la.jap lagi pas mandi turun pulak la makan.

sekali dah balik,anak anak dah nak tido.lepak la dulu kat bilik sambil layan Hot Cup.pastu sampai ke malam kepala aku jammed.gatal sangatkan perut masuk angin nak makan megi.

kesannya,orang pergi dinner,aku pulak stuck dalam kereta jaga anak anak yang tido dalam kereta.hampehhh..

lepas tu orang shopping coklat kat kedai Haji Ismail kat Pekan Kuah,aku pun masih lagi duduk dalam kereta.sungguh seronok kejadian di malam hari tersebut.hoh.


next : Part III




sila LIKE sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...