29.11.13

hasya #7

budak ni tahun depan baru genap 2 tahun.

tapi dia punya otai memang tahap kalahkan abang dengan kakak.kalau abang tu,dia ketuk ketukkan je kepala tu.kalau up gambar kat instagram dengan fb,dia memang yang selalu dapat sambutan hangat.





fokus pada hasya



28.11.13

rifdi #51 : happy 5th birthday


28-11-2008.
dari 10pagi sampai 10malam ibu dalam labour room, menanti detik kelahiran pertama.bagaimana sakitnya?bagaimana rasanya? 
dan lahirnya putera ini,membuatkan ibu rasa ok,ibu tak serik untuk bersalin lagi.

Happy Birthday yang ke5, Norhaflan Rifdi.abang jadilah anak yang soleh,sentiasa mendengar kata,yang penyayang,yang bijaksana,dan yang adil setiap masa.ibu tak pernah berhenti sayangkan abang. 

26.11.13

haifa #27 : celebrating 3rd birthday

dua minggu dah birthday haifa.tapi aku langsung tak up entry pasal dia.
kau kejam ibu.kau kejammm.

aku taklah celebrate beria sebab abah dia pun takde.aku belikan kek 3 slices,tu pun baru rm7.50.
pastu tambah la candle,bagi feel sikit.dan beli belon,untuk memeriahkan majlis.muahaha.entahlah, itupun aku rasa bebudak ni dah suka sangat.rifdi yang mula mula marah sangat aku tak belikan kek untuk haifa tu pun boleh teruja sekali.

jadi lahhh.

muka teruja

kek simple gila kot

tu pun dah suka sangat bebudak ni
err..abaikan background.

teruja sangat lagi

yang ni pun sama teruja

abang lagi laaa teruja





over mak kau

nak saksikan keterujaan haifa,boleh la korang tengok sini.
macam biasa,ibu lagi over.






21.11.13

tutup facebook

kalau diikutkan dulu,aku bukan nak pun wujudkan facebook.

2009.zaman aku baru habis pantangkan rifdi.office keramat tu mana ada line internet.kedekut ya Rabbi.boleh buka email sahaja dan kerja kerja berkaitan.laman sosial semua kena sekat.masa tu friendster aku bukak kat cc.ye,gigih sangat pergi cc semata mata nak pergi upload gambar zaman firaun.punya la hazab.

paling aku ingat kegigihan aku masa pergi temerloh dengan ejang & the gang.mula-mula lepak kedai makan,lepas tu mintak excuse kejap.nak pergi cc.nak letak gambar zaman bertunang.tak kadar ke diri semua nak menunjuk dekat orang konon dah berpunya.lepas tu macam haram.menunjuk sangat lepas tu terus status tak hagak kata dah single.tapi tak lama lah sebab 5 bulan kot lepas tu letak balik gambar bertunang baru.hah.gila tak gila.lepas tu senyap sebab dah malas pergi cc.

masa tahun 2009 tu,aku selalu dapat email dari member member sekolah suruh register facebook.kalau ikutkan,apemenda la lagi.office dahla kedekut taik idung masin.tapi sebab urban sikitlah dari rakan sejawatan yang lain,aku try la jugak taip kat google perkataan penuh hikmah tu.tak sangka sungguh,masa tu facebook boleh bukak kat office!

masa tu la saat paling gemilang ber-facebook.masa tu jumpa kawan kawan lama,masing masing sibuk upload gambar lama.aku tahap hari-hari bawak gambar oldskool,pastu pergi senyap senyap pinjam scanner mates.semata-mata nak upload gambar kat fb.memang seronok masa tu.aku sorang je yang boleh bukak fb masa tu.kira gempaklah!

pada fb la tempat aku share dengan kawan kawan gambar aku,gambar kegembiraan dengan family,gambar kenangan.aku bersalinkan haifa dengan hasya,semua berita aku kongsikan dengan kawan kawan.seronoknya.

facebook jugaklah yang jadi medium membantu aku glamourkan blog ni.walaupun tak glamour mana...

2013.
saat ni aku rasa facebook ni dah jadi bahan aku bergaduh sesama sahabat.
ada sahabat invite suruh like page.kalau ikutkan bukan susah pun,klik jela like.
tapi aku bukanlah bangsa manusia yang suka semakkan hidup aku dengan macam macam iklan yang tak masuk dek akal.

aku penah sesak nafas marahkan penjual penjual online yang suka tag nama aku kat wall sendiri.
aku pernah sakit dada baca iklan iklan nonsense di wall sendiri.
aku pernah rasa nak menjerit menangis bila tengok gambar manusia manusia yang pernah robekkan hati aku sebelum ni.
dan sekarang aku ada wabak sakit yang luar biasa pulak.

aku sakit jiwa dengan komen rakan rakan bijak pandai di wall/gambar aku sendiri.

sekali dua aku boleh sabar.komen mengalahkan orang bijak pandai.ada jugak sahabat rapat suatu masa dulu yang dah kena block.punca? -- komen extreme pada status aku dan gambar gambar aku.

masuk kali ke seratus ni buat aku tercabar.tukang komen berani cakap bukan bukan ibarat diorang tau pasal hidup aku.mencabar sangat.

pengakhiran cerita,aku dah tutup facebook.
masa nak deactive semalam,keluar gambar sahabat sahabat yang supportive dengan kata-kata "_____ will miss you".."_________ will miss you".. "________ will miss you".

ahhh.aku nak deactive jugak.
done.


aku dah takde facebook sekarang ni.bagi lega sikit perasaan aku.
biar.aku tunggu je masa bila aku nak aktifkan balik.

sehari?dua hari?
satu minggu?dua minggu?

tunggu aku ada mood dulu.
ada mood nanti,aku datanglah balik.dengan cerita baru.dengan kaedah baru.





2009-2013
4 tahun kita bersama.
bye.

20.11.13

Lawatan TADIKA Rifdi

stok entry kepam lagi.

banyakkan aktiviti sekolah rifdi?

alkisahnya,masa rifdi warded tu cikgu datang melawat.sambil tanya nak join lawatan ke kuantan tak?sebab cikgu nak booked tempat.oklah tu.aku pun cakap kat cikgu ok je.bagi la chance rifdi berjalan dengan kawan kawan dia.

sekali masa aku nak bayar,rupanya dengan penjaga sekali kena pergi.bayarlah rm80 sebab 1 kepala rm40.eh..pakej tu.siap tambang bas,tiket masuk muzium dengan tiket masuk Gambang Water Park.berbaloi baloi sangat dah tu.

pagi sabtu tu,geraklah kitorang naik bas jam 7.00 pagi ke kuantan.rifdi excited sangat.eh,kebetulan pulak ejang balik rehat,so mintak tolonglah pada suami tercinta tolong jagakan 2 puteri beta tu ye?kihkihkih.


dalam bas.
are we there yet?
jauh lagi rifdi oiii..tido la dulu.
sampai Sungai Lembing.sebak pulak nampak Jambatan Gantung, Gua Charas, anak sungai...sebab tu port aku zaman form 3.ada rombongan kelab beruniform.ahhhh..rindunya masa tu.masa berat tak reti nak cecah 40kg.
so,destinasi sebenar kanak kanak tadika tersebut adalah di sini.
rifdi dengan salah seorang tenaga pengajar di tadika.
kak nora.rifdi suka sangat mi goreng akak ni.

terowong

an old typewriter.
epik.


belakang tu adalah fire extinguisher 50 years ago



rifdi & kawan kawan





tak lama pun dekat muzium tu.sebab kecik je.ikutkan ada yang nak masuk terowong.tiket rm15 tapi kalau dah 2 orang,mahu rm30 jugak.aku dahla bawak rm50 je.wakakakaka.so,terus la kitorang ke Bukit Gambang Water Park pulak.




tak larat aku nak melayan rifdi.dalam pada mak budak lain puji rifdi tak banyak karenah,sekali sampai je Gambang Water Park,rifdi mengamuk.haaa..kan dah nampak rifdi punya true colours.

kesnya dia cakap dia dah panas,nak mandi.padahal time tu kitorang baru je tengah parking nak lunch break dulu.hadoiii..nak terbalik bas tu dia amuk.aku pulak hentam makan je.malas aku nak layan.nasib baik cikgu ada pujuk rifdi.cikgu cakap,abang kena la makan.nanti nak macam mana nak main air kalau tak makan.

lembut je cikgu pujuk.kalau aku,tak reti nak berlembut ni.rasa macam jadi pondan.


korang tau rifdi panggil water park ni apa?
haaaa..dia kata,
"yayyyy.abang dah sampai tempat lego (legoland)".oloh.berangannya.


sebelum masuk waterpark,kita layan dulu rifdi ni.






dah masuk,takde maknanya la nak amik gambar.segalanya aku sumbat dalam locker.aku nak beriadah sepuas-puasnya.miahahaha.

2 jam jugak kot kitorang berendam.rifdi dah ketar ketar panjat tangga nak sliding dalam air.tu pun kuat lagi semangat nak main air.sliding yang tinggi naik berlapan tu pun dia hentam naik jugak.siap ajak repeat lagi.hah.berani tak beraninya anak aku ni.


dah nak balik.muka pun dah penat.

apa menda ni ibu?

jappp..jappp..ibu tunggu orang lalu ni.nak mintak tolonggg...

...tolong snap!
hihi.



hehe.terima kasih stranger.
gigih sangat aku nak bergambar kat sini.nak tau kenapa?

-
-
-
-
-
aku nak compare ni.
hahahaha.
zaman pergi Gambang tahun 2010.rifdi baru nak pandai berdiri.kakakakaka.


balik tu,rifdi dah lembik.ngantuk.aku pun biarkanlah dia tidur.sampai dekat Temerloh,aku pegang dia aku rasa badan dia dah panas.demam pulakkk dahhh..

kesian rifdi.

dating dengan best buddy

lagi entry kepam.

2 minggu berturut turut aku kena tinggal dengan suami.hokhokhok.orang pergi training football kat kuantan,so aku kena la duduk rumah diam diam.

so,jumaat aritu sampai je rumah lunch hour, rock my best buddy call tanya aku free tak.ehh..mesti lah!
rupanya dia nak datang lepak dengan aku.ehh..suka sangatla aku.dia dari office dia,hospital jengka which means nak sampai jerantut makan masa 20 minit jugak.

so,set tempat la.kitorang janji kat Pizza Hut Jerantut.ok la tu kan.sampai-sampai,terus je masuk Pizza.lapar wey.aku plak kebetulan tadi langsung takde nafsu nak tapau makanan.rupanya ada orang nak belanja.



ha.ini memang pilihan beliau.
Favorite Platters.nampak kat menu pun dia dah terliur.dah sampai lagi la .
*drooling*


kitorang just order Favorite Platters tu dengan personal pizza je.nampak macam tak cukup tapi nak perabihkan,memang gigih sangat.makan sampai nangis nangis.*menipu sangat*




kitorang ni stock kalau jumpa,tangan mesti pegang tab dengan smartphone.lepas tu mulut berborak borak sambil laju update gambar kat instagram.



sampai time basuh tangan pun nak jugak candid.over sangat.

skejap je masa berlalu.tengok jam dah pun pukul 3 petang.ala...sekejapnya dapat jumpa.gossip pun baru 3/10 dibincangkan.banyak lagi ni.entah bila pulak nak jumpa.

series.rindu nak lepak lama lama.


sila LIKE sekarang!

19.11.13

Sukan TADIKA Rifdi

stok cerita semua kepam je kan.maklumla.lepas balik langkawi hari tu aku busy dengan macam macam hal. rifdi warded la, demam 3 beradik la..


lepas rifdi warded tu,tadika dia ada buat aktiviti sukan.kira sukan tadika la.rifdi banyak jugak masuk acara ye.tak sangka aku.ada la dalam 5 acara jugak kot.haha.

hari pulak hujan.3 beradik ni demam pun tak kebah lagi.tapi sebab nak jugak participate,gagah aje la.

haifa yang moody

hasya yang happy walaupun hingus meleleh leleh
-____-"



acara pertama.bawak bola dalam sudu (2orang)

rifdi mula dulu.dahla bola jatuh.lepas tu lambat tukar dengan irfan.
jadi laaa..haha.dapat jugak no.2

acara ke-2.tarik bola.
dapat tempat pertama.suka sangat dia.

acara ke-3.
berlari pegang bola.dapat no.1 jugak


acara ke-4.
ikutkan isi air dalam botol sampai penuh.sekali lama gila kot bebudak ni nak isi.pengadil tiup wisel.
dapat no.2..tu pun sebab dia tak puas hati botol tak penuh lagi.
HAHAHAHAHAH.lawak gila.

acara ke-5.
berlari letak ponjot atas kepala.tapi rifdi ambik ponjot bawak lari macam biasa.muka tak bersalah plak tu.dah game batal, kena repeat semula.
kali kedua rifdi lari sambil pegang ponjot atas kepala.siap gelak lagi.berdekah dekah kitorang suka kat luar ni.sabo jelakan sebab tak paham paham.HAHAHAHAHAH.tapi pengadil bagi la jugak dia no.1.



sukan untuk ibu bapa ada jugak.tapi aku memang tak dapat join la.haifa melepek dekat abah dia.aku pulak pegang hasya.takpun pegang kamera.

isi air dalam botol untuk bapak bapak

isi air dalam botol untuk emak emak


aku dengan ejang ada jugak masuk satu game.game mama mama mia.
konon suami kena balut isteri dengan tisu.dia bekalkan 2tisu tandas.

time jugde datang,diorang cakap la..ok.pasangan man menang.sebab kemas sangat.

sekali sampai sudah tak dapat nombor.sebab apa?
sebab rupanya ramai judges luar.orang lain pulak dapat no 1.kitorang langsung tak dapat nombor.

heh.lepas tu ada lagi game untuk suami isteri,aku dah kecik hati nak join.mintak maaflah.

muka tak puas hati

muka tak puas hati II

muka makan hati.
HAHAHAHAHAH.

haifa memang moody.nampak je lense,terus nyorok.

budak tak puas hati tak dapat penuhkan botol dengan air tadi.
kakakaka..


so,tibalah masa yang ditunggu-tunggu.

penyampaian hadiah



gembira bukan main.


dan ini adalah hasil sukan rifdi



meriah rumah kita dengan tupperware tau!
hahaha.


tahniah rifdi.walaupun ada part main ngelat,tapi semangat dia memang aku puji.
balik rumah,demam semula.haiii anak.



sila LIKE sekarang!

POPULAR POST