Visitor

6.12.13

cash out

ehem.

sebagai seorang blogger yang tak famous, yang tak hebat mana menulis dan yang cuma menulis pakai kaki ni.terasa jugak bangganya bila 4 tahun menulis blog dapat merasa nak cash nuffnang.ye dik.4 tahun.orang lain tulis blog sebulan boleh dapat beribu,akak dapat cashkan yang ni pun kira rezeki sangat dah.



percubaan nak cashkan.
agak agak dapat bila ye?..kehkehkeh.


banjir 2013

kelmarin meronda kawasan,banyak jugakla jalan terputus hubungan.
paling frust sebab aku tengok sendiri penduduk kampung terpaksa sewa bot nak pergi bandar.touching je aku rasa.

dulu aku mangsa banjir jugak.abah aku ada bot jugak tapi aku rasa abah tolong orang kampung tak amik duit upah pun.bila tengok keadaan macam ni perasaan bercampur baur.kesian orang ramai.


sampai sini tok empat terus tanya,
'jps takde bot ke?'.
hmppp.memang takde la boss.



antara jalan jalan kampung yang terputus hubungan dengan bandar. 

ini rumah pam jps.pun tenggelam jugak.
yang anak panah tu aras banjir tahun 2007.

officemates



belakang tu air sungai pahang.dia punya laju aku rasa memang menyeramkan jiwa dan minda.



kan?tahap kalau aku terjatuh dalam tu nauzubillah..aku mana reti berenang.huiii..

berhati-hati kat luar sana guys.walau di mana sungai anda berada.


5.12.13

Pray For Kuantan

ahad baru ni,aku balik ke Jerantut dalam hujan.semua anak mak balik ke destinasi masing-masing.

Isnin.
masa aku pergi kerja mak mms gambar ni.

7.00am.
rumah mak banjir!

memang hujan nonstop hari tu.ingatkan area daerah aku je,rupanya air kat Kuantan dah naik tinggi.rata rata update di facebook bagitau air makin naik di Kuantan.teruk!

tengahari tu,hilman call aku bagitau air dah masuk dalam bilik aku.tilam semua dia dah selamatkan tapi terlupa betul katanya baju rifdi dalam laci bawah.memang basahlah.takpela hilman,baju je.nanti boleh basuh semula.

dah nak petang, hilman call lagi bagitau air makin naik. makabah semua dah kena pindah.Allahu Rabbi.hilman kata air dah paras pinggang dia dalam rumah.memang terkejut aku rasa sebab biasa rumah aku paling bangsat pun air cuma cecah buku lali.maknanya banjir kali ni memang besar.

memetik kata-kata yang aku post di instagram & facebook :

kau bayangkan dalam rumah petang ni air dah tinggi tembok tu.maknanya laman rumah abah air mungkin dah cecah ketinggian aku.mak abah dah selamat pindah ke dewan.semoga bencana alam ni cepatlah reda.dan semoga semua mangsa banjir selamat semuanya.


malam tu,air naik tinggi.makabah aku dah selamat pindah ke surau KPTM, betul betul depan rumah makabah.telefon semua battery dah flat, memang kalau ikutkan dah lost connection dah aku dengan mak. last mak call bagitau aku dia ada kat surau.kepala pening, siap muntah lagi sebab terkejut cemas nak jatuh tangga masa angkut barang. abah aku pulak kaki dah cramp sebab dari malam tadi berendam dalam air angkut barang sikit sikit ke atas siling.

lepas tu terus aku dah tak dengar suara mak, suara hilman, suara abah...ya Allah.ya Allah.sedih jangan cerita la.aku ada kak ina je masa tu.dia banyak update cerita kat aku.dia kata makabah tu duduk kat surau yang bukan penempatan mangsa banjir.jadi bekalan makanan takde.susahnya hati.harapnya esok Kuantan kembali macam biasa.

Selasa.
kalau tengok update di facebook,rata rata bagitau Kuantan air makin naik.kalau gambar tu, bikin aku menangis je.nak nangis dengan aku?..meh check kat sini.(KLIK)

kebanyakkan tempat naik air.taktau nak update apalagi dengan mak.tapi kakak aku kata mak cakap takpe.dia okay kat situ.bekalan makanan abah aku yang carik guna bot dia.hilman la banyak bantu abah.mak cakap lagi, kat surau dia stay tu semuanya orang kampung jiran tetangga.so senang.abah beli barang,diorang masak sama-sama.tandas pun bersih.anak sedara aku dua orang tu pun boleh je main kat court tenis student.kira pihak kolej baik sangat la,bagi bantuan dari segi tempat berteduh dan berlindung.kalau ikutkan dalam facebook masing masing bertekak pasal bantuan tak kunjung tiba.memang frust kalau kita dengar.tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

malam tu aku tidur dengan linangan airmata.mintak mintak semuanya selamat.

Rabu.
pun air masih tinggi.lebih sedih sebab TNB terpaksa tutup bekalan letrik.line telefon celcom dahla macam haram.loji air pun ada planned nak tutup sebab dah takde bekalan letrik.

ejang pergi Maran sebab jkr ada hari Qualiti so,dia terus ke kuantan untuk tengok keadaan makabah, makayah macam mana.kata dia,jalan ke rumah mak langsung tak boleh masuk.memang tak dapatla jenguk keadaan mak.makayah pun dah pindah sebab air kat perumahan tu air dah paras pinggang.tu cerita adik ipar aku la sebab dia yang call kata dah pindah.

Khamis.
alhamdulillah.kak ina bagitau air dah surut.dah paras lutut dah pun.dengarnya barang dalam rumah semua bergelimpang dan abah mintak anak anak balik tolong bantu apa yang patut.dalam hati aku berkecamuk.lega sebab semuanya dah pulih.tapi cuti aku dah habis!..arghhhhhh...

apa pun,terima kasih semua yang banyak mendoakan kesulitan ini.terima kasih.hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.terima kasih.






2.12.13

November Babies

eh.dah masuk bulan Disember tapi tetap nak cerita pasal november.

balik kuantan lastweek,aku terus order kek untuk birthday rifdi dan haifa.biasalah,sepupu sepapat ramai.baru syok sambut.takla sambut meriah mana,at least ada la kek idaman rifdi iaitu kek cars.

pastu beli la belon sikit.tiup tiup,pastu bagi budak ni main.time nak potong kek tengok belon tinggal lima.yang lain habis meletup.biasa la.bebudak ramai.cucu atok mak dengan atok abah sembilan orang semua ada.




kek dahla cantik,sedap pulak tu.
first time aku beli kek birthday yang bila potong,terus habis licin siap ada yang repeat makan lagi.

rifdi jangan cerita la.excited tahap maksima.haifa pulak masa potong dia mintak "epa nak tayar!".
harus kena gelak sebab biasa orang nak bunga atas kek.dia nak tayar.










many thanks to Jihan sebab ingatkan aku kakak dia,Syila boleh buat kek!..hahaha.*lupa gila*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...