Visitor

3.1.14

Waris feat Hattan - Gadis Jolobu



(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu

Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

   
Chorus


(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti


Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan

Ulang Chorus



hah.bukan sonang den nak suko lagu melayu urban ni hah.tapi sobab den ni suko hattan.plus lagu ni raggae.itu yang den berkonan.den dongar lagu ni masa den kek melako itu hari.dalam kereto yo tapi terus buek lagu ni melokat kek hati rockers den ni hah.manjang den terkomat kamit nyanyi jugak dalam kereto den.

den kan suko lagu ska - raggae ni.

(sila translate di google translate) 

2.1.14

perasan #1 - rifdi ke sekolah

first day rifdi masuk sekolah rendah sebagai budak pra.

6.30am aku dah kejut dia.marah betul dia sebab dia kata hari gelap lagi.haha.sebagai seorang mak,dah tentu aku sama naik excited.jadi kena la kejut awal sikit.

ejang hantar aku dengan rifdi.konon nak kena teman sepanjang waktu la ni.time aku hantar,cikgu ambik rifdi kat pintu kelas dan suruh rifdi cabut kasut dan stokin.lepas tu tanya aku;

"ini mak ke kakak?".

ha?.. (mood tercengang macam sinetron).

"ini adik ke anak?".

"ooo..saya mak dia". (heheheheheheh)



cikgu jangan la main main.hehheehehehehehehehehehe.

1.1.14

bye 2013.hai 2014.

2013.

1. Perkara tersedih aku buat tahun ni adalah bila rifdi masuk wad, rumah mak banjir teruk, kuantan banjir besar dan ayah mertua masuk wad.

2. Momen terbaik adalah tahun ni bilamana tahun ni aku dapat bercuti ke rata tempat.pergi langkawi dengan the Jaafar, family day di kuala selangor dan ending adalah di melaka.seronok gila hoii.

3. Perkara terbaik adalah bila aku ditukarkan jabatan secara membabibuta.tapi aku suka sebab aku ditempatkan di jabatan yang sangat melegakan perasaan aku.pergi jauh jauh dengan kekusutan lama tu...dan alhamdulillah,aku naik gred.rezeki kan?



2014

1. Aku mendoakan agar kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah.

2. Permulaan yang bahagia bila mak dengan abah akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah awal Januari.alhamdulillah.seronok sangat.

3. Dan doakan aku supaya dapat rezeki menambah zuriat lagi.hehehehehehe.peace ya!



Selamat Tahun Baru 2014.

tahun ni World Cup di Brazil.wihu!




ohye.

dan layout terbaru blog aku adalah khas untuk tahun baru.2014 yang bertemakan,
ke arah kematangan sejagat.

miahaha.poyo gila.

31.12.13

rifdi #52

lusa rifdi dah nak masuk pra.aku cadang hari ni baru nak beli barang sekolah dia.haha.kejamnya.

okay.memandangkan lusa dah nak sekolah,aku doakan semoga dia cepat-cepat cover pelajaran dia nanti.paling aku doakan agar cikgu fahamlah apa yang dia cakap.err..siapa taktau rifdi sebenarnya masih lagi pelat bila bercakap.aku tak kisah sebab aku juga sampai ke tua masih pelat.cuma makin jelas dan orang pun dah makin faham.hehe.

tapi kan,walaupun rifdi pelat lagi tapi dia sangat kuat bercakap dan bertanya.paling best kalau dia nak bagitau something,tapi dia bagitau kita : contoh "ibu..abang nak tanya".
tapi bukan tanya.dia cuba nak bagitau,or mention or bagi statement.

banyak dialog lucu dia yang aku takbleh blah nak jawab or balas.kalau pikir balik nak gelak pun ada.nak marah pun ada sebab terasa macam bangang betul kenapa aku takbleh jawab time tu.

satu.
berhenti di sebuah masjid.rifdi pun mula soal aku.

rifdi : ibu.masjid ni kena air (banjir) tak?
ibu : tak.sebab dilindungi Allah.
rifdi : kenapa Allah tak lindungi rumah?

speechless.terus aku buat-buat pengsan.


dua.
semenjak tahu McDonald's Jerantut dah dibuka malam ahad lepas,terus rifdi keluarkan statement.

"lepas ni kita boleh makan mekdonal dengan kfc dua dua!!"

emak kau!


tiga.
sebab rifdi tak puas hati dia anak siapa (anak abah atau anak ibu),maka aku pun cerita laaa.

ibu : dulu abang (rifdi) duduk dalam perut ibu.lepas tu abang keluar,adik haifa pulak duduk dalam perut ibu.bila adik haifa keluar,adik hasya pulak duduk dalam perut ibu.jadi,dah tentu la semua anak ibu.

rifdi : ohh..sebab ibu minum susu kan?sebab tu ada baby dalam perut ibu.

aik?

rifdi : abang nampak dalam tv.ibu dia minum susu terus keluar baby.

ok.iklan susu pregnant mommy la ni.



banyak cakap!
tapi ibu suka.haha.




30.12.13

end of 2013

tadaa!

seminggu aku cuti.kali ni aku cuti memang berjalan sampai hazab kaki dengan wallet.dari pergi family day opis, sampai pergi family day sendiri sampai last-last lepak rumah family.sampai aku rasa pening lalat sikit sebab rupanya baju dengan barang sekolah rifdi satu habuk pun aku tak beli.

duit nak register sekolah pun aku bleh lupa nak saving.hantu punya emak!

ok.nak flashback sikit.

1. Jumaat lepas punya lepas, opis aku buat family day kat Kuala Selangor-Klang.kenapa sampai dua tempat? sebab kitorang stay kat motel depan Bukit Malawati,Kuala Selangor.tapi aktiviti semua buat di Perpat Resort,Klang.AWESOME kan?dapat motel yang tak berapa nak sejuk siap bau ubat gegat memenuhi ruang bilik.lastday aku duduk situ,aku selsema plus sakit tekak.allergic gila hoi.

2 bijik bas

2. Ahad balik,isnin tu aku ke Melaka pulak.dah janji dengan family alang (bff ejang) dari awal bulan dah.so,kat melaka kitorang stay kat rumah adik alang.kebetulan adik alang dah pindah,so rumah tu kosong la.sebelum kena jual baik kitorang lenjan dulu.rumah semi D,besar gila hokey.tanah lapang,kabinet dapur memang solid habis.kalau aku ada rm500k on the dot aku beli dah! ..miahahaha.lepak melaka dari isnin sampai khamis.gila tak gila la.tapi satu souvenier / belacan / cencalok pun aku tak beli.takbleh berenti sebab kalau berenti,konpem anak anak aku dapat mainan sorang satu.setiap tempat.percutian sehabis bajet okay.

3. Khamis tu terus balik rumah MIL.heaven walaupun duduk dalam rumah tongkang pecah.ala..kan baru lepas banjir.ingat senang ke nak kemas balik?itu aku cuak dengar akan ada second wave.eh.first wave pun tak habis kemas lagi tau.tapi yela,kalau dah ketentuan Tuhan tu,terima jela seadanya.duduk rumah mak dah tentu duit tak habis.miahahaha.makan saje.sabtu baru kuar bawak anak anak outing.rifdi la berhajat sangat nak McDonald's.lagipun memang nak ajak dia keluar pun sebab nak pergi bawak dia gunting rambut.nak masuk sekolah dah kan?ahad nak balik jerantut baru singgah rumah abah kejap.mak takde.gi KL sebab hilangkan frust takjadi pergi umrah.tarikh postpone ke 11/01/2014.




so hari ni masuk keje memang mood susah nak on sket la.
asek pikir nak tambah cuti je.hahaha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...