Visitor

9.1.14

kegilaan #18

patutnya ini kegilaan yang ke 19 dah.
tapi aku terlupa nak habaq mai masa balik dari langkawi.aku ada beli kasut (jugak) kat sana.maka aku attach aje la kat sini di hujung entry.takpela,kan?



sebab aritu geramkan kasut kat Carlo Rino tapi tak dapat nak belek lama sebab anak-anak dengan suami laju laju berjalan.pastu harga boleh tercekik halkum dahla time sengkek.maka aku tinggalkan dalam memori aje la.

kebetulan baru ni dapat bonus *kofkofkof* maka bilamana duit bonus tu la guna untuk masuk sekolah rifdi,beli baju sekolah rifdi,saving nak renew roadtax..lepas tu terpikir,heyy.duit bonus patut ada something la untuk diri sendirimaka,aku hadiahkan ini (saja) untuk diri sendiri.

puas hati.

dan.ini hasil masa kat langkawi dulu.


6.1.14

anak

(random)

pagi ni,aku hantar hasya ke pengasuh.dia diam je.ada masa dia memberontak,menangis taknak pergi.hari ni senyap.tunduk.mungkin mengantuk.sebab tadi aku angkat masa dia sedang lena tidur.kesian.

lepas tu hantar pulak rifdi ke sekolah.aku hantar sampai ke tapak perhimpunan sekolah.bila dia masuk barisan,aku berdiri kejap kat tepi.tengok je haluan dia.cikgu aturkan dia ikut ketinggian.dia happy jer.sengih sambil pegang kain sapu tangan.lepas tu,aku terus paling dan kembali ke kereta.

hantar haifa.ini paling mencabar.angkat beg,kasut,selipar,toys..dan angkat haifa.dia rebel.menangis,merayu taknak pergi rumah tok.menangis dia masa aku letak depan pintu rumah tok.sampai tok cakap

"dia takde kawan".

hati aku masa tu dah start retak.sedih gila tengok anak jadi camtu.siap tok pujuk

"nanti tok hantar epa ke sekolah nak?".

aku masuk ke dalam kereta dan bagi lambaian pada haifa yang masih menangis mengharap aku ambik dia bawak ke ofis.dia menangis pegang pagar.






kalau tak kerana ibu ni ada hutang rumah,
kalau tak kerana ibu ada hutang bank rakyat,
kalau tak kerana ibu perlukan duit.

ibu sanggup berhenti kerja untuk jaga anak anak ibu.biar ibu didik anak ibu dengan tangan ibu, kaki ibu, jiwa ibu.memang ibu garang (sangat),asyik marah,bercakap tak pernah ada nada rendah..tapi ibu tak pernah berhenti sayang anak ibu.

hasilnya, tak pasal-pasal aku nangis lepas hantar haifa tadi.huh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...