Visitor

16.1.14

Family Day #Part I - Sukaneka

lama aku peram gambar.kalau ini telur,aku rasa dah lama keluar anak dinosour.

hujung tahun 2013,aku ada join family day office.office baru beb!excited bila kita baru masuk office tu,tetibe program yang dirancang semua jadi.terasa bertuahnya aku kena tukar kat jabatan ni.series.ini bukan statement membodek.maybe sebab jumlah staff tak ramai tapi bestlah sebab aktiviti yang kalau rancang,senang gila on.takde halangan dan rintangan.peh.

so.family day bermula hari jumaat di mana semua staff yang join naik bas ke Kuala Selangor.takde pengecualian kecuali bigboss.tu pun sampai sana boss naik bas jugak.sampai Kuala Selangor,kitorang terus dijamukan dengan nasi & lauk seafood.kelakar la.sebab hidangan takde yang pedas sampai ejang & suami staff mintak sambal belacan.dan diorang bagi sambal sejuk okay.agaknya pakai sambal segera adabi.eh.banyak cengkadak kau dd.

sebab dah malam sangat sampainya,maka aktiviti malam tu adalah lepas makan kita check in.aku dapat kunci motel depan Bukit Malawati.kalau ikut situ tulis suite 5.so imaginasi memang harapkan bilik yang selesa la kan.sekali masuk aku rasa nak nangis.katil queen satu + single bed.takde almari,takde water heater dan paling buat aku rasa nak nangis adalah,bilik bau ubat gegat!

dan paling takbleh blah,malam tu aku tidur siap terjun katil!blerghhhh...sebab tu pagi esoknya aku senang bangun tido! --"

so,pagi sabtu tu aktiviti kitorang adalah sukaneka dan program buat di Perpat Resort,Klang.jauh gila kan motel dengan tempat sukan?okay.fine.sebenarnya office lantik aku jadi AJK tempat.plan asal kat Janda Baik tapi semua tempat asek full je,maka kebetulan ada kontraktor offer tempat dia sendiri,so kitorang serahkan bulat bulat family day tu kat kontraktor tu.so redha jela apa yang diberi.

aku letak gambar jela.korang layan la ye.


































dapat kipas hoii untuk hadiah cabutan bertuah.aku nak vacuum / LED tu..hahahha.
habis aktiviti,ada makan makan dan terus cho balik bilik.petang ni kita nak gi naik Bukit Malawati pulak.

next episode okay.tata.

15.1.14

anak II

baru ni sebelum mak gerak pergi umrah, sempat la aku bergayut telefon dengan mak.

lepas tu aku cerita pasal anak anak,termasuk cerita masa aku hantar anak pergi rumah pengasuh aritu.aku cakap kat mak,terasa jugakla nak berhenti kerja.

tiba-tiba mak aku cakap;
"takpayah!".

mak aku tanya,tak sayang kerja ke.lagipun anak anak membesar sekejap je.nanti bukan duduk dengan aku pun.

mak aku pun terus tuju kat aku,mak aku kata aku dulu dah besar masuk asrama.bukan mak abah yang jaga.lepas tu masuk poli,kerja..pun tak mintak duit dengan mak abah pun.lepas tu berhijrah,kawin..pun tak duduk dengan mak pun.

anak cepat membesar.mak cakap tau tau aku dah duduk sorang balik kat rumah.baiklah kerja.masa ni je berkorban jauh dengan anak.jangan nak pendek akal sangat nak berhenti kerja.pikirla masa depan sendiri,masa depan anak anak lagi.


aku senyap.kalau orang kat luar kata bagusnya duduk rumah jaga anak,mak pulak bagi pendapat bertentang dengan diri dia sendiri.mungkin sebab mak tak kerja.

pikir balik ada betul jugak.tiga tahun turun naik SUK pergi interview,pastu sebab anak senang-senang aku berhenti kerja.patutnya sebab anak la aku patut kerja.buat simpanan untuk anak dan masa depan anak.patutnya aku positif.sediakan bekalan yang baik untuk anak anak.

"betul mak.terima kasih mak".


p/s : semoga mak dan abah selamat di bumi Mekah dan laksanakan ibadah umrah dengan sempurna.selamat pulang ke sini mak abah!

13.1.14

haifa #28


pengasuh haifa takde hari ni.bercuti melawat anak cucu di Melaka.so,budak sorang ni memang aku bawak gi opis la.alah.kalau tanya dia nak ikut ibu ke abah,memang dia jawab nak ikut ibu la.dia kata tempat kerja ibu best.haha.

dia senang.aku boleh buat kerja.bagi je dia kertas dengan pensel,memang dia sibuk gitu jela.ke hulu ke hilir dengan kertas kerja dia.tengokla,ibu dia siap sempat berblogging lagi ni.miahahaha.

pastu agak agak dia lapar & dahaga,aku bawak dia gi pantry belakang tu.dia layan la diri dia.lagipun,ramai kot kakak abang makcik kat opis ni melayan dia.hahah.

memang best kot.aritu datang sini pun siap baring baring kat lantai sampai kak besah tegur dia jangan baring.miang!.

hari tu.study buku ultraman siap baring bawah meja.


sebab lantai kat opis pakai karpet.agaknya dia pikir karpet tu sedap landing,maka dia bajet rumah sendiri.peh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...