Visitor

24.1.14

MLM 2013


Maharaja Lawak malam ni dah tinggal 6 peserta.nama-nama besar yang idea dah kurang tu dah tentu la dapat undian tertinggi dan nama-nama baru yang havoc dan lagi banyak idea tu kurang pulak undiannya.banyak pulak komen.undi la woii!

tapi nak suruh aku mengundi?ceh.mengundi SPR pun aku belum layak lagi,inikan pulak mengundi MLM.ehehehe.alasan.

peserta yang tinggal adalah :

SEPAHTU

sejak ada rahim ni, aku tak larat siot dengar orang kutuk rahim je.kata rahim kayu la,takde point la.apa dia ingat senang ke nak masuk 'kepala' dengan kumpulan sebenar.biasa la.take time.sepahtu best.everyweek best.tapi ada masa lawak macam sama je.pening arrr!--tapi diorang memang patut ada la time final.

SHIRO

ni sama macam sepahtu jugak.everyweek best tapi ada masa macam boring jugak.haha.harapnya lepas la ke final walaupun tak la favorite mana.haha.kira okayla.

NABIL

nabil okay.sebab dia satu-satunya peserta solo,aku maafkanlah kekurangan dia yang kadang-kadang dah macam 'jammed' duduk atas pentas sorang-sorang.aku rasa dia ni sesuai jadi stand-up comedian.jenis tak payah berlakon sebab kalau berlakon jadi macam orang lain.tak best dan sumpah tak kelakar.jumpa di final!.ewah.

JAMBU

aku harap sangat diorang keluar malam ni! -- haaa.apapun tak boleh.agak memboringkan dah kot diorang ni.balik-balik modalnya pakyus menjerit merepek.tu jela.

BOCEY

favorite!diorang bertiga ni banyak sangat idea.orang baru agaknya.tapi kalau lepas diorang buat lawak,memang aku puas hati.dahla berbakat menyanyi.aku harap diorang ke final dan dapat top3.haaaa..tinggi tak cita cita aku?

SYJ

pun suka! -- jihan tu lawak gila.dahla aku suka style dia yang terbaru.haha.harap diorang pun boleh pegi ke final.



korang undilah ye.aku tak layak lagi.kakakakaka.



sumber : google la.mana lagi.

23.1.14

Family Day #Part 3 - Pulau Ketam & Back Home

Part I

pagi last day tu semua bangun lambat.biasa la.nak balik.tapi arini program kita naik feri ke Pulau Ketam.kira last aktiviti la tu.so,lepas makan di restoran Gelas Besar (lagi),kitorang terus ke Port Klang untuk menuju ke destinasi.eceh.macam program tv aje.












abaikan perut perempuan tu :(






lepas makan kat jeti tu jugak,kitorang terus balik.

sekian.tamatlah perjalanan kami berfamily day.yayyyy.

22.1.14

Family Day #Part II - Bukit Malawati, Dinner & I-City

entry kepam sampai lebam.

hari yang sama dengan Part I.

petang tu, program kitorang adalah mari melawat ke Bukit Malawati naik tramp.

maka petang tu seawal 4.45 petang,kitorang terus tunggu kat depan stesen tramp.haha.kemain kau siap panggil stesen.yela,nak berebut turn.marah betul aku sebab time group kitorang beratur.datang orang lain menyibuk naik sama.benci tauu.dah kitorang lambat sampai sebab kena tunggu next tramp pulak.

ni sebelum naik bukit.masa tunggu tramp :








sampai atas, memang aku frust.ingatkan melawat tempat bersejarah,rupanya sekadar tengok monyet makan sebab monyet situ jinak.memang tak lama la kitorang duduk situ.ala,setakat tengok orang bagi makan monyet,bergambar dengan monyet..aku plak spesies manusia terganggu jiwa raga.dengan ada anak sape ntah sepak terajang depan muka hasya pastu terterajang mulut hasya.dengan hasya jatuh lagi.eh.memang aku takbleh duduk situ lama lama.jiwa raga terganggu.

ko tengok.memang takde langsung gambar aku masa kat atas bukit.sebab aku memang terganggu.melainkan gambar ramai ramai ni je.










turun.dan kitorang 1 family round jalan belakang motel.


ada seven eleven rupanya.shopping barang makan la,apalagi.keluar je rupanya sebelah tu ada kedai mainan.adoi la.rifdi dengan haifa pulak dah teruja sangat dengan kereta mainan yang muat diorang duduk dalam tu.

masa tu,aku rasa aku dah jadi raksaksa gorgon kot sebab cina tokey kedai tu boleh pulak pasang lagu lagu pada kereta,tekan lampu signal,klik lampu high beam..boleh plak time tu aku dahla tengah membebel kat rifdi mana boleh beli sebab naik bas,cina tu boleh ek tambah lagi keterujaan rifdi?

sampai tahap aku kejar rifdi sampai dalam kedai.dan depan cina tu jugak aku tepuk belakang rifdi dengan paper.rifdi pulak menjerit jerit macam hape,sempat la aku sound tokey tu;

"sorry aa.i datang sini naik bus.please aaa,jangan pujuk pujuk anak i suruh beli!".

marah gila aku.terus balik motel tak jadi nak lepak makan kat cafe aiskrim bawah tu.cis.

malam tu aktiviti hanyalah dinner di kedai ikan bakar.dan pergi I-City Shah Alam.
sekali lagi mood aku terbakar bila rifdi mengamuk tak tentu pasal.terpaksa aku cover bawak dia pergi beli pistol mainan.bila dah beli mainan,kena la beli tiga untuk adik adik dia sekali.hoii.tensen aku tau tak?nak makan pun stress.


lepas makan,terus gerak naik bas ke I-City Shah Alam.samapi sana hujan.tengok anak-anak pulak dah terbongkang sorang sorang dalam bas.takde maknanya aku nak turun.lepak dalam bas jela.



balik je apalagi.tidur jelaaa..hahahaha.

next trip : Pulau Ketam & back home.

21.1.14

hasya #9 : celebrating my baby's birthday

finally,terlaksana juga planning aku dengan ejang nak buat makan makan sempena birthday hasya.sebelum tu manjang mikir nak buat ke tidak.ikutkan kitorang memang dah order chocolate moist kat Good Point Jerantut.so,pagi ahad tu dalam jam 11.00am baru suami bagitau "okay.jadi..."

haa.terus suami pergi beli barang dan aku masak untuk lunch.

after lunch,berperang la pulak aku dengan ejang kat dapur sebab aku sibuk nak buat agar-agar & mee goreng.ejang pulak sibuk dengan laicikang dia.hoii..memang merancak kat dapur.

finally 5.30pm,ngam ngam aku siap masak dan tetamu sampai.hahah.okay.2 family bertuah sebab datang dapat tengok bibik masak dan bibik mengemas rumah.kakaka.tu la kalau buat last minute.tepuk tangan untuk puan dd & suami.*clapclapclap*

dan ye.aku tak jemput ramai orang pun.just jiran sebelah rumah kanan dan kiri,pengasuh anak anak dan sahabat yang duduk dekat.malu la.masak pun tak best mana.*tutupmuka*














gambar last takboleh besar lagi dah.nanti nampak tuan kembang.haha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...