Visitor

31.1.14

perut

weekend memang paling mencabar bagi aku.
start bangun pagi membawak ke malam,kerja aku biasanya 70% di dapur.berdiri la kau dari pagi buat breakfast,tengahari buat lunch,petang buat makanan petang dan malam buat dinner dan supper.

tu tak termasuk berdiri buat susu untuk anak anak.

so,kalau weekend aku akan curik curik baring sekejap dalam bilik.bagi tegang segala urat saraf.

weekend baru ni,aku baring sekejap.nak rehat.ejang pulak baru siap mandi dan sedang exercise depan cermin.tengah aku baring,anak anak aku entah datang dari mana,berlari terus tuju kat perut aku.

"aduhhh" - hasya atas perut.dan blah.

"adoiiii..sakit lahhhhhh" - haifa pulak.aku dah nak pitam.

sekali aku nampak rifdi berlari.

"rifdiiiii..jangannnnn". dup!rifdi atas perut dah.

aku dah macam bantal peluk kena lanyak dah.dah nak nangis dah.sekali ejang yang tengah exercise slow je sound budak budak ni :

"jangan buat macam tu kat perut ibu.dalam perut ibu kan ada baby".


kohkohkohkoh.
lawak apakah itu encik suami?

pemangsa

30.1.14

friend in need is a friend indeed

selasa baru ni aku dengan geng opis pergi ke Bera.melawat balu kepada technician jps sana yang meninggal dunia akibat accident kereta ngamngam sebulan yang lepas.

balu allahyarham ni pulak technician jkr.yang memang amat aku kenal sebab dulu dia classmate aku masa diploma.member aku ni nama dia laily dan arwah suami dia ni pulak classmate laily ni masa diorang sijil.haaaa..imagine sendiri la hubungan ni macam mana ye.kiranya,ramai sangatla yang kenal suami isteri ni sebab sama sama jkr dan sama sama jps.

kitorang ke sana naik 3 biji pajero dan bawak la sumbangan berserta kewangan dan barangan dapur.sampai rumah (kuarters) kawan aku ni,kitorang blur blur je taktau pegi mana.kebetulan aku dongak ke tingkat atas,aku nampak kak laily ni kat balkoni.aku bagi satu lambaian sambil dia tanya "bila pulak kau masuk jps?".

hehehehe.sambil aku naik tingkat atas.

aku masuk tu aku dah rasa sebak tapi aku control je.aku tengok pulak anak sulung dia yang baru 4 tahun.tahap aku rasa nak nangis kat bahu dia tapi dia rileks je.senyum dan suka suka je borak dengan aku.so,aku pesan kat diri sendiri,ko jangan nak over ye dd.

dan semua berlangsung dengan lancar.siap kak laily jamu makan tengahari lagi.ya Allah.rajinnya la.
TA hulurkan sumbangan


dengan kak laily yang strong.
sahabat dari poli-jkr-dan selamanya.


sempat aku whatsapp geng kelas dan bagitau aku kat rumah kak laily.saje nak maklum kot ada yang nak sampaikan salam.

ohye.dan aku serta classmate baru je tubuhkan tabung4laily.
doakan semoga success.

sebelum balik jerantut.hahaha.pekena dulu.


29.1.14

nuffnang

dengan tak sengajanya,hari tu aku try untuk cash out duit nuffnang.

lama jugakla.aku buat tu 6 Disember 2013.kira-kira sebulan lamanya,aku masih takde berita apa-apa pasal nuffnang.sebab kalau ikutkan,nuffnang kata proses akan berlangsung selama 30 hari dari tarikh aku cash out.

aku positifkan diri.maybe sebab alaaa..ciput je kot.diorang settle cash out orang yang dapat riban riban dulu.positif.positif.

-
-
-
-
-
-

lama berlalu.
semalam entah macam mana aku boleh terbelek email gmail aku dan aku dapat ini :



alamak.berdebar aku sebab aku salah bagi nama tak ikut ic.
date untuk update adalah minggu lepas.alah.dah lewat seminggu pulak dahhh.aku pun bergegas la reply balik macam yang dia tinggalkan pesan.aku kira buat new ticket la.perbetulkan nama aku balik.letak BINTI.mana tau,ada rezeki.ye dak?tengah sengkek sengkek gini duit masuk tu kira rezeki la.

dan aku dapat lagi email dari nuffnang :



okay.maybe dalam perhatian.aku pun sambung rilek lagi.

dan pagi tadi aku dapat lagi email dari nuffnang :


kena rejected!
kahkahkah.tapi takpe.dia kata dia credit semula ke account nuffnang aku.so,aku check balik nuffnang aku.


heheh.masuk semula dalam account.
tunggu ratus baru aku cash out semula.hahahahaah.

takpe.inikan pengalaman.
eceh.


27.1.14

sejuk

sekarang kan pahang dilanda suhu sejuk.

dua bulan lepas aku balik kuantan,aku dapat rasakan kesejukan tu.jadi bila aku pergi melaka & selangor,aku  berpendapat sana pun sejuk.maka aku bahan bawak baju stok lengan panjang kat anak anak aku.padahal bila sampai sana,kesian aku tengok anak aku sampai ke malam berpeluh leher dengan muka.rupanya kuantan je yang sejuk.

seminggu ni jerantut pun dah sejuk.tahap kalau duduk dalam office,aku boleh pakai blazer macam nak masuk court.jenis pergi kerja atau keluar mana mana kena pakai baju berlapis lapis.kalau balik naik kereta taknak bukak aircond sebab angin kat luar macam angin kat Cameron Highland atau Genting Highland, takpun Janda Baik.

duduk rumah pun anak aku rilek je tengok tv tak pasang kipas.tapi bilik still kena pasang aircond la lagi.tapi sensorang bercomfoter bagai la.

ada gosip gosip kata terengganu bakal turun salji.jangan memain weh.dengar memang seronok tapi bikin aku seram tau.heh.

sebenarnya,menda yang paling aku nak carik time ni adalah : sweater berhooded.
kena carik semula sebab sweater / jacket / baju sejuk aku semua dah sendat.

kau paham tak?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...