Visitor

28.2.14

Mengecat

dah dua minggu kitorang mengecat office.ketua keluarkan arahan cat pada hari khamis & jumaat sahaja,sebab tu lambat siap.padahal kalau bagi seminggu aku rasa office dah siap boleh tukar perabot baru.

haha.

walaupun staff tak ramai mana,tapi kerja mengecat boleh siap sehari je aritu.lastweek kitorang mulakan dengan lobi & bilik mesyuarat.memang cantiklah.suka tengok colour ceria.

minggu pertama

kita mulakan dengan lobi office.

sebelum cat mesti ada sesi menyonteng.kan ketua kan?


kak habsah.otai sangat ni mengecat pakai baju kurung

susuk tubuh tuan empunya blog.dah macam bhai dah aku time ni.



lepas tu bilik mesyuarat.


colour memang cantik lah!


minggu kedua

kali ni kita cat dalam office pulak.

semua bilik yang ada.

sudut pelan

pantry

pantry

syok gila kot kerja mengecat bila semua sama sama buat.kan best.
paling best sebab ada makan free.yay! -- hahah.

26.2.14

Resepi Sos Cheezy

biasa makan wedges dengan mayonis je.kali ni aku nak buat style kfc pulak.terliur wey teringat cheezy dia tu.aritu baca resepi kat satu blog ni.menarik gila so aku try la buat kat dapur aku tu.tapi tu la,bangsa aku ni baca resepi ingat ingat lupa.jadi sos cheezy tu tak mantop kebaboom.

maka hari ni akan aku repeat balik buat ikut resepi sebenar.so kalau korang nak try silakan guna resepi yang aku bagi ni.




Bahan-bahan :

1 1/2 Mentega
1 Sudu Besar Tepung Gandum
250ml Susu Segar 
Garam secukup rasa ( kalau korang nak masin, letak banyak sikit )
1/2 Sudu Besar Serbuk Cili
1/2 Sudu Besar Serbuk Lada Putih
Cheesedale 
Pewarna Kuning ( Boleh guna kuning telur )

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.

2. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum dengan susu fresh cream ikut suka hati.kacau cepat-cepat untuk elakkan dia berketul-ketul.

3. Masukkan 1/2 sudu besar serbuk cili dan 1/2 sudu besar serbuk lada putih. Depends la samada nak pedas ke,taknak pedas sangat ke.

4. Masukkan cheesedale. Ni pun depends la nak letak berapa, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Aku letak 3 keping.Kedekut sangat gayanya. 

5. Kacau kacau jap pastu letak pewarna / kuning telur.

6. Tutup api dan boleh simpan sos cheezy tu dalam tupperware.letak dalam fridge untuk kesenangan korang lepas ni.




itu cara nak buat sos cheezy.
nak sediakan cheezy wedges pulak senang je.

Bahan nak sediakan kentang tu mudah je.

Bahan-bahan :

Kentang frozen (kat pasaraya banyak okehh) 
Mayonis

Cara-cara :

1. Panaskan kuali dan isi minyak.Goreng kentang macam biasa.

2. Angkat dan tos minyak.Hidang dalam pinggan paling cantik kat rumah.

3. Isi mayonis & isi sos cheezy tadi ikut kreativiti masing masing.Hidang.

4. Dan boleh ambik gambar untuk upload dalam instagram/facebook/twitter/blog dan segala laman social.kahkahkah.*tuju ke diri sendiri*



5. Dimulakan dengan bismillah... dah.dah.korang dah boleh makan.


senang tak?senang tak?
ok.boleh share.


resepi dimintak dengan baik dengan tuan blog : BELL

25.2.14

weekend #13 : kenduri kahwin

rezeki hujung bulan kan.so,dua hari cuti tu aktiviti adalah mari pergi kenduri kawin.


Sabtu (22-02-2014)

kenduri di Kuala Krau.kalau ikutkan ni kenduri menyambut menantu,tapi sebab pengantin ni aritu nikah di Kedah,jadi ambiklah tempat yang lebih dekat.al maklum la..ada pilihan.lainla takde pilihan.kahkahkah.*gelak dalam nada paling jahat*

pengantin perempuan ni ex-schoolmate skolah panglima perang.aku kenal dia masa kitorang sama-sama form 1 tapi lain kelas.aku cam benar dia ni sebab antara budak yang cantik kat kelas.biasa la.kalau orang cantik dan hensem ni,tumpuan mestilah lebih.ahak.jadi dipendekkan cerita,pengantin ni pindah pulak masa form 1 tu.jadi tak sempat berkenalan.tau nama gitu gitu je.borak apatah lagi.

lama tu,tetibe jumpa kat facebook.sebab aku ingat lagi dia ni,maka aku friend jela kan.pengantin ni plak blur blur lagi tak ingat siapa aku agaknya.maklumla..aku kat skolah dulu tak cantik.sekarang je baru nak cantik.eh?motif sangat ni.
tapi sebab bangsa kitorang ni terlebih friendly agaknya,kitorang boleh kamceng pulak lepas tu.bukan takat di facebook,tapi di instagram dan juga blog serta twitter *walaupun gua tak berapa nak aktif*.

eh.panjang sangat membebel.bukan orang ambik tau pun.haha.ok,sila kenalkan.ni la pengantinnya.nama dia fieza.fieza fadilla atau nama blog beliau, chikuru.



dan bersama gambar gambar yang ada di hari kenduri beliau.






ohye.satu lagi perlu diberitahu di sini.
beliau pandai menjahit tau.baju kawin dia yang ni dia jahit sendiri.

cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Ahad (23-02-2014)

kenduri dekat rumah pengasuh rifdi dengan haifa.eh.orang ajak makan.kita datang jelaaaaaa.hahahaha.




24.2.14

our 6th Wedding Anniversary

"you don't marry someone you can live with - you marry the person who you cannot live without" 
- unknown.


"My heart is, and always will be, yours." 
– Sense and Sensibility




6 tahun lepas.ditarikh yang sama dengan hari ni,22 Februari 2008.Jumaat.

lepas isya',terus status bertukar dengan hanya sekali lafaz.tahniah kepada diri sendiri setelah berjaya diakadnikahkan dengan pilihan hati, Azman Ejang.

selamat ulangtahun perkahwinan.

syukur kita dikurniakan kehidupan yang serba sederhana dan dimeriahkan dengan kehadiran anak anak yang comel dan meriah.semoga kasihsayang ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kita.amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...