Visitor

14.3.14

don't text and drive

pernah tengok video ni?
baik korang tengok.sampai habis.
sampai habis.
sampai habissss!!hah.psycho betul aku.




aku dapat ni dari entry peej.burhan.


ko tau,aku ni dari dulu memang serabut otak kalau nampak orang sms/text/jawab call kalau tengah drive.yang atas motor lagi lah.aku rasa nak stopkan motor orang tu,cabut helmet dia dan hentak kepala ida dengan helmet.

entah kenapa aku rasa mereka yang texting atas motor atau tengah drive ni orang bangang yang abadi.yang angkat call maybe boleh dimaafkan sebab ada kes yang emergency cuma kena bijakla sikit kan.carik tempat nak stop boleh la sambung call.takpun pakai la handsfree.ataupun pesen perempuan bertudung macam aku yang risau tudung rosak sebab leceh nak jolok handsfree dlam tudung,pakailah loud speaker.alahaii..telefon canggih kot.takkan la takbleh nak loud speaker.

tapi pikirlah,video kat atas tu memang sesuai la ditujukan pada korang yang suka sangat nak berbalas text sambil drive.kalau melibatkan kau sorang lantak kau la kan,ini melibatkan orang lain.hoii.memang patut penjarakan je orang macam ni.

paling takbleh blah kalau ada yang sakai amik gambar stereng,pastu update status sambil drive,

"on the way ke pasar jap.bawak vellfire je".

puii.

12.3.14

birthversary

oi.pandainya rosakkan bahasa.

entry ni entry kepam okay.seperti dijanjikan,aku dah cakap surprise untuk birthday & anniversary adalah lepas gaji.so, lepas je gaji keluar hari tu,aku peram dulu surprise untuk sehari.esoknya baru boleh buat surprise dengan jayanya.haha.peluang sangat masa tu untuk aku pergi beli kek sebab petang tu ejang kata dia pergi kerja naik motor.sebab terus turun padang ada training bola.

so,aku pun pura-pura pergi kerja awal belah petang tu,singgah bakery,pilih kek lepas tu pergi kerja.
balik office pulak,pergi ambik rifdi dengan haifa,singgah bakery,ambik kek,ambik hasya dan balik rumah macam takde apa berlaku.

lepas tu ejang sms suruh buat nasik goreng ikan bilis.sedang eloklah aku pun nak buat sup sikit.

ejang balik,dia cakap lapar.terus makan la.aku pun hidang nasik,makanan semua..part last masa tu ejang tengah membelakangkan tv.main dengan budak-budak.aku rasa tu moment paling sesuai kot.
aku pun bawak la kek sambil nyanyi..

"happy birthday abah..
happy birthday abah..
happy birthday to abah..
selamat hari jadiiiii".

terer kan aku bikin lagu?menangis la budak budak ni nak paham apa kejenis lagu aku nyanyi ni.haha.
ejang pun.. "Wahhhh.abah ada kek.hahaha.lilin mana lilin?"

kahkahkah.kelakar la bakery tu.bagi aku kek takde lilin takde pisau.mujur aku ni bangsa pengumpul barang barang sakti.jadi pisau kek hasya aritu aku simpan lagi.

selamat hari lahir abang.dan selamat ulangtahun.semoga kita kekal bahagia bersama hingga ke jannah.




haha.tak pasal pasal kek pun ladi juadah makan malam kitorang hari tu.

11.3.14

St.Ives Apricot Scrub

lama aku tak menghabiskan masa di watsons.haha.


eh.pening kejap aku nak kenal pasti scrub St.Ives tu sebab dah packaging baru.aku memang pakai apricot scrub dari zaman anak dara lagi.letih aku pening kepala sorang sorang,aku peningkan pulak kepala budak watsons tu.hahah.amik kau.dia lagi la taktau.


packaging lama

aku agak betul la kot yang aku beli tu.sebab aku carik kat website memang terus nama dia bertukar.


kira betul lah tu.

aku memang pakai apricot scrub ni twice a week.takpun malas tahap dewa aku pakai once a week.janji hujung minggu kena pakai.kasi tenyeh sikit muka tu bagi hilang segala daki,baki,saka...

tapi lama dah aku tak pakai.miahaha.sejak pindah rumah baru terus aku tak beli.setahun kemudian baru beli semua atas dasar ada duit lebih sikit.haha.ada pulak?

pada aku,apricot scrub ni best.so far memang rasa bersih gila muka after pakai.aku terjebak nak try sebab masa kecik dulu aku rasa packaging dia kelas sangat,cousin aku pakai.bayangkanlah,cousin aku sekarang dah umur 51 dia still pakai lagi brand ni.kira kelas la.harga pun takde la mahal tahap tak makan nasik 2 minggu.aku suka.dan sebab tu aku buat iklan kat sini walaupun tak dapat apa.haha.

more info : http://www.stives.com/

MH370






JANGAN BERHENTI BERDOA!

AND PLEASE STOP RUMOURS.SAY NO TO SPECULATION.




malam hari pesawat MH370 dilaporkan hilang tu,aku mimpi pasal ni.aku cerita dekat ejang je.lepas tu esoknya baru aku berani share kat twitter.aku memang takkan share dekat fb lah.sebab fb ramai psycho,so sebelum aku kena smash baik aku amik langkah mencegah lebih baik dari merawat.eh.

aku mimpi aku berada di tepi lautan luas,dan aku nampak sebijik pesawat terbang rendah dan masuk dalam lautan tu.terus hilang.so takde la sebarang letupan ke apa ke.memang cantik je masuk dalam air.aku nangis.

bila aku cerita kat ejang,ejang cakap aku emosi.lepas tu dia kata hebat betul kuasa telepati aku.dia cakap aku macam teruk sangat memikir.eh.memang pun.aku emosi tau.

realitinya,aku harap kapal terbang selamat.biarlah kena rampas,janji semua passenger selamat.biar diorang dipanjangkan nyawa,dilindungi dan dihantar pulang dengan selamat.kalau tidak pun,tunjukkanlah di mana mereka sebenarnya.lindungilah mereka.

amin.amin.amin ya Rabbal Alamin.

{i'm touched}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...