Visitor

21.3.14

work out

teringin betul nak exercise sebegini. entah bila nak mula pun aku taktau.
*sambil kunyah jajan*




20.3.14

toilet train

aku bukan jenis mak mak yang rajin pantau anak ni dah kencing belum,nak kencing ke taknak.nak berak meh ibu temankan.no.memang tak rajin.

yang aku rajin - beli diapers.

tapi bila tengok anak dah kena sekolah,dah membesar,aku mula memikir.sampai bila anak aku nak pakai diaper? tingkatan satu? atau sampai dah kna ejek dalam kelas baru tahu nak mengajar anak masuk tandas?

lantas aku buat percubaan.

rifdi
rifdi masih pakai diapers.cuma kalau siang,pergi sekolah,dia memang diaper-free.aku mulakan masa dia masuk tadika tahun lepas.masa umur 5 tahun.ingat lagi,aku bawak diaper spare letak dalam beg.dalam masa seminggu tu,memang dia ok.dan lepas tu aku terus tak bawak spare dah.habis sekolah,makcik kata mesti terus terjah tandas.kencing.kalau nak berak mintak pakai diaper.asalnya sebab dia takut jatuh dalam lubang tandas.haha.imaginasi tinggi sangat.

susah jugak nak train dia ni sebab dia sembelit.budak sembelit ni bukan bangsa tetiba dia cakap nak berak,dia berak on the spot.
tak pun.
silap-silap malam esok baru berak.takpun lusa.
sebelum tu pesanan aku,jangan nak mengajar aku sangatlah pasal makanan / minuman untuk elak sembelit ni.dah macam macam cara,ubat terlarang pun dah guna.pergi specialist,dah pernah masuk wad.dah.aku dah belajar macam macam.

eh.jauh pulak melalut.
so far,rifdi sekarang dah mula tak pakai diaper waktu malam.yayy!kalau nak berak sangat,aku ajak dia masuk toilet.tetibe dia kata tak jadi,aku hunus rotan.aku paksakan jugak.menangis menangis-lah.lantak dengan aku aku sekali menangis.janji aku train.

alhamdulillah.walaupun semalam cikgu call rifdi terkencing kat sekolah dan walaupun rifdi berak dalam kereta masa aku tengah dinner kat kedai.haha.lantak.


haifa
train haifa untuk toilet train taklah susah macam rifdi.budak perempuan kot.cepat matang.aku mulakan dengan siang tak payah pakai.walaupun kadang kadang ada masa syokk sangat tengok tv,tengah makan atau tengah main dia boleh terkencing.biasa la.nama pun tengah training.

berak pun dia ni kategori susah jugak.tapi macam rifdi la,berbekalkan rotan.aku bukan hayun kat budak ni pun,drama je.balik balik aku hentam ke dinding.gila apa nak rotan budak sebab taknak berak?kejam sangat nampaknya aku ni.so far okay.aku hadap je budak budak ni time diorang teran.lantak.biar dia belajar.

so far,dia pun bersaing dengan abang.dah tak pakai diapers time tidur malam.abah dia ajar budak berdua ni,suruh pergi toilet kalau nak kencing.abah dah pasang lampu toilet.so far dalam masa seminggu ni,dah dua malam haifa terbocor.kahkahkah.takpelahhh..nama pun training.

dan haifa suka diaper-free.agaknya lemas kot selama ni.hahaha.


hasya
pengasuh dia agak rajin la suruh hasya berak kat toilet.baguslah.lagi cepat pandai,lagi banyak duit boleh berjimat.kahkahkah.

hasya nak berak baru aku ajarkan masuk toilet.so far,aku tak rajin lagi atur kencing dia.ok la tu kan?baru 2 tahun 2 bulan.hehehe.


heheh.



hotcakes

punya lah lama aku mengidam nak makan hotcakes, iaitu sejak mengandungkan haifa.sekarang haifa dah berusia 3 tahun 4 bulan.dan aku baru dapat makan lastweek.pehh.

aku pergi serang mcdonalds pagi pagi dengan kawan kawan opis lama.reena dengan azmah.janji pukul 9 tunggu dekat kereta aku,lepas tu terus hadap mcd tanpa soal siasat.sebab langsung takde customer,so sorang sorang hadap menu board selama 5 minit sorang.dan order kat kaunter pun 5 minit sorang.aku taklah.sebab memang dah target nak membaham hotcakes.




makan sambil nangis.ohhhh..

tapi azmah cakap sedap lagi pancake pisang kak dd.
mihmihmih.

18.3.14

test

sebab banyak sangat petanda,maka semalam aku try satu test.

petanda 1 : suami demam.lama.
petanda 2 : aku pening non-stop.taktau nak buat cemane.panadol-tido-rest..dan masih pening
petanda 3 : sakit bawah ari ari
petanda 4 : anak especially hasya sangat kuat merajuk & bergaduh dengan aku
petanda 5 : cepat penat.kaki lenguh tahap rasa nak tikam tikam dengan pisau potong sayur
petanda 6 : loya dan muntah.last malam tadi goreng fries dengan nugget, end up aku muntah lauk breakfast.gila banyaknya.
petanda 7 : emosi.


pagi tadi aku buat test,ternyata..




negatif.
haih.takde rezeki lagi rupanya.


p/s : itu tandanya tak semua petanda di atas tandanya orang tu pregnant.

p/s/s : aku rasa agak menyampah la kalau nampak orang up gambar result pada pregancy test takpun gambar susu lepas pam kat laman sosial.puas dah aku tahankan perasaan tapi aku tetap rasa macam orang orang ni takde adab.takpayah la kot nak show off sangat.maaf pada yang terasa.

17.3.14

big me

kau biasa tak kena sound dengan anak?


kes 1
aku sakit perut dan berlari ke dalam bilik.di situ aku lepaskan satu angin yang kuat dan padu.
dan aku tak sedar rifdi ada dalam bilik aku.sedang baring sambil main game tab.

rifdi : ibu.lain kali nak kentut pergila kat luar.tak senoh-noh. (senonoh)

hah?bila masa dia ada?
cis.


kes 2
aku dah kalut satu pagi tu.nak hantar hasya-rifdi-haifa,lepas tu nak pergi kerja.kepala tingtong.pening.
macam biasa,masa reversed kereta aku bukak sebelah je gate.kancil je pun.memang rutin macam tu.takde hal la.

tapi boleh pulak time tu jiran baru yang stok cina bujang sewa beramai-ramai lepak depan gate.bikin aku nervous.ceh.

sekali masa reversed tu aku tak lepas.aku ke depan.amik side.reversed lagi.tak kena.ke depan semula.reversed balik dan..grittttt!

cikputeh gua bergesel dengan gate.babi.

lepas tu rifdi tegur,

"ibu.kenapa tak bukak je pintu lagi satu tu?".

hah?kenapa aku tak pikir?
cis.cis.cis.

aku masuk balik dan bukak pintu gate selapang-lapangnya dan reversed laju laju dan blah.babi cina sebelah ni.takpayah la nak tengok perempuan cantik macam aku ni reversed kereta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...