Visitor

18.4.14

movie marathon #1

tajuk melayu sangat hari ni.

banyak jugak aku melayan movie sejak kebelakangan ni.sejak sejak dah ada PVR la senang cerita.banyak la movie best yang siap record,lepas tu tunggu masa budak budak tidur,aku layan sambil lipat kain.hentam sampai bengkak mata.kadang kadang pukul 4 pagi baru tidur,lepas tu 5.30 bangun semula.lepas tu pergi kerja macam orang gila.


masa aku tanya rock pasal cerita Seeking A Friend For The End Of The World  ni,dia pelik tengok kombinasi Steve Carell dengan Keira Knightly.macam tak kena.masa aku tengok cerita ni pun rasa weird kot sebab watak Penny ni sangatlah liar.pastu life tunggang langgang.boleh pulak terjumpa dengan Dodge yang baru hilang bini.kebetulan diorang ni berjiran maka bermula la pengembaraan bersama yang berlaku secara tak sengaja.kira okaylah cerita ni.tahap masuk opis lambat.kahkahkah.


mati tergelak la siapa tengok cerita 21 & Over ni.cerita gila-gila macam ni memang favorite aku la.sebab tu ejang siap record special untuk aku.haha.cerita pasal 3 orang kawan baik celebrate birthday.dahla birthday boy tu esoknya ada interview.memang gila lah!


lagi satu cerita bangang.Grown Ups 2 ni cerita pasal reunion bapak bapak yang dah bertahun tahun tak jumpa.reunion ni pun sebab diorang dah janji nak pergi menghadiri majlis pengebumian coach diorang zaman main basketball dulu.yang best sebab masing masing bawak family and partner.memanhg kelakar la.bangsa cerita perasan muda ni.stok happening gelak sampai kembung perut.


action movie.masa layan  The Last Stand ni,baru aku perasan ada Johnny Knoxville.kakaka.teringat plak zaman zaman jackass dia dulu.kakaka.mana cd aku tu oii.hahha.ok.movie yang berherokan abang badan ketak kita,arnold ni boleh tahan la bestnya.walaupun arnold dah nampak bertambah kedut di muka,tapi keheroan dia masih terserlah.abang arnold jadi sherif dalam ni,tapi tugas dia besarrrr.



The Guilt Trip ni pun syok layan.cerita pasal bonding mak dengan anak.Andy (anak) ni ada planned baik punya untuk mak dia.boleh ek dia bawak mak dia ikut dia pergi trip untuk bisnes padahal sebenarnya dia planned nak bawak mak dia jumpa boyfriend lama yang namanya sama dengan dia.so sepanjang trip tu banyaklah kisah antara mak dengan anak ni.memang seronok.pasti layan sebab mak dia ni liar sikit okay.haha.


cerita psycho pun termasuk dalam list ye.filem The Call ni walaupun dah lama,tapi aku tak pernah pun tengok.halle berry dalam ni rambut kenteng kembang.lawak sikitla sebab dia ni cantik.eh.lari topik pulak.haha.cerita ni pasal halle berry sebagai 911 operator.biasa dia jawab je call tapi satu hari tu ia terjebak pergi menyelamatkan sorang awek yang call minta tolong sebab rumah dia kena pecah dengan sorang lelaki.so,sekarang ni kira cerita ni mari menyiasat apa sebenarnya yang lelaki misteri ni cuba buat dengan awek awek rambut blondie ni.jengjengjeng.


The Haunting In Connecticut 2 : Ghost Of Georgia.based on a true story.kisah sorang perempuan ni yang ada 6th sense.boleh nampak hantu.bukan dia je,rupanya mak dia,kakak dia dan anak dia pun boleh nampak.kisahnya sebab perempuan ni (Lisa) asek nampak menda menda ni.last dia pindah ke kawasan yang tenang la kononnya.dia beli tanah kat situ dan mengharapkan life happily ever after.tapi silap,duduk situ dengan anak anak dia jiwa tak tenteram.anak dia asek borak dengan Mr.Gordy (hantu tuan tanah).lepas tu macam macam hal lah jadi sampailah diorang anak beranak tak sengaja settlekan satu kes yang melibatkan tragedi pembunuhan zaman dulu kala.korang yang rasa nak tengok,boleh la melayan cerita ni.takpayah nak ada hantu pakai bedak sejuk pun sebab memang cerita dia seram.


paling baru aku tengok.kalau tengok poster mesti korang tak sangka ni rupanya kisah orang tua.hahah.Stand Up Guys ni kisah pasal 3 kawan yang dah 28 tahun tak jumpa.diorang ni bekas bekas gangster jugakla.Val (Al Pacino) ni baru kuar penjara lepas dihukum penjara 28 tahun.kawan dia, Doc (Christoper Walken) pulak ambik dia dari penjara.padahal sebenarnya Doc ni ditugaskan untuk bunuh Val ni.jadi sebelum Doc bunuh Val ni,dia bawak Val ni buat macam macam.bawak pegi makan,bawak pegi mencuri ubat,mencuri baju (haha)..dan sempatlah jugak pergi ambik kawan dia, Hirsch yang hidup kat rumah orang tua tua.memang lawak jugakla cerita ni walaupun slow.



so far,ada lagi movie yang aku record dan simpan.
tapi next month pulak la.haha.

17.4.14

tutorial tudung ala yuna bella


"kami bergaya ikut kemampuan"


kemain tagline kan.
mula mula aku tak paham jugak,apesal semua awek up gambar semua bagi ayat tu ek?aku kan bangsa kapalterbang delay.semua hal taktau.

internet hari hari hadap tapi tetap tak tau.entah apa yang aku hadap pun aku taktau.

ok.sekarang trend tudung bawal pakai ala ala fareeda.ada kerongsang dan ada lipat lipat comey.patutla diorang kat bergaya ikut kemampuan,rupanya ada kes ek dengan admin fareeda.macam macam la korang.nasib ada adik yuna bella bagi idea kretip kat akak akak yang mampu beli bawal dengan shawl rm5 ni.mihmihmih.

semalam up gambar seperti di atas kat facebook,aku terima 79 likes.pastu siap whatsapp/pm nak tau tutorial camne nak pakai gitu.kahkahkah.i follow yuna bella je.nah.aku bagi seketoi dua contoh.




comel jugak kan.haha.tak pasal pasal aku pun terjangkit tudung begini.okaylah.banyak sikit style.ni asek shawl/pashmina je.bagi la kelainan sikit.

sebab geng aku pakai bersama sama semalam,tak memasal terjadilah sesi photoshoot akak akak pejabat pagi semalam.jangan ingat takde keje.kat opis pun kena ada masa bermain jugak tau.eceh.





kecil

malam tadi,sesi mencari baju untuk digosok untuk kerja.

termenung.
termenung.
termenung.


(monolog)

"baju..kenapa kau mengecil?"...
..dan aku menangis dalam hati.

15.4.14

tips : menghilangkan kesan kotor pada perabot putih

rasanya ramai kot yang pakai perabot rumah yang berwarna putih.biasanya kalau ada anak anak yang tahap kreatif dia tinggi,pasti perabot rumah korang dah ada corak baru hasil tangan diorang.kan?kan?

takpayah nak panjang sangat membebel.okay.straight to the point.


almari bilik anak aku ni memang selalu la jadi whiteboard.nak marah karang memang buat sakit perasaan je sebab bukan paham pun.

so,solution dia adalah..

1. kain lap
2. losyen (tak kisahla brand apa)


aku pakai losyen bodyshop white musk.banyak lagi tak habis,so aku guna buat cuci perabot.haha.sebab perabot ni jangan biasakan cuci pakai air.cepat rosak.

apalagi,bila dah cukup bahan tu start la sapu losyen tu pada tempat yang kena conteng / kotor di perabot tu.senang je sebab licin.so,nak sental pun takde la sakit hati sangat.

hasilnya :


perabot kembali bersih dan putih.
serta wangi.

sekian.

weekend #14 : ddatwork

[entry kepam]

ahad lepas.bukan ahad baru ni ye.ahad lepas punya cerita.
aku dengan beberapa sekutu kena kerja.jaga booth untuk MAJLIS PELANCARAN PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN JERANTUT

peh.punya panjang nama majlis sampai kena copypaste dari fb.kahkahkah.senang cerita,priogram ni adalah berkenaan alam sekitar.


aku tak joinla dengar ceramah segala menda ni.aku duduk kat booth je





part paling best.aku dapat nombor bertuah!  -- haha.bertuah sangat aku masa tu.tahap masa amik hadiah orang boleh sebut lagi;

"ooo..orang jkr rupanya". - alamak.dia kenal aku.

"ehh.saya jps." - jawab sambil buat muka comel.kahkahkah..
"..baru lagi kena tukar". - cover cepat sebab muka pengacara majlis dah lain.hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...