Visitor

2.5.14

Selamat Hari Pekerja 2014

erti cuti hari pekerja semalam


1. bagi seorang ibu

- pagi.goreng kentang dan nugget.
- basuh kain dan membebel mesin rosak.tak boleh spin.tolonggg..
- trim pokok bunga / sayur,siram pokok
- basuh kereta sambil tengok anak anak mandi kolam
- tengahari masak untuk lunch

kerabu mangga


- standby makan dan kemaskan meja/basuh pinggan
- tidurkan anak dan join sekaki
- petang siram pokok lagi sekali
- malam standby untuk makan.lepas tu kemaskan meja/basuh pinggan
- kemas rumah
- lipat kain sambil tengok tv
- tidurkan anak dan join sekaki
- bangun semula dan jumpa suami.ehekk.


2. bagi seorang abah

- pagi / tengahari.bangun.carik makan
- repair washing machine.tadi bini jerit kata rosaklah.takboleh spin lahh.
- tengok tv dengan anak anak
- makan tengahari.sambung tengok tv
- mandi.keluar pergi kerja katanya dan beli groceries
- petang.balik dan bawak makanan
- malam.masak untuk dinner

tomyam putih
- makan
- tengok tv sampai bini datang jumpa.ehekk.


3. bagi anak anak

- bangun tidur.mintak milo
- makan
- tengok tv / main
- mandi
- tengok tv / main
- makan
- tengok tv / main
- tidur
- bangun.mandi
- makan
- tengok tv / main
- tidur



jumaat dan sabtu : pengertian yang sama.

(^____^)Y

29.4.14

weekend #16 : kampung dan Rio 2

balik kuantan lagi!

sabtu

kali ni balik lagi sebab cousin ejang kawen.kali ni belah mak dia pulak.so,balik cherok paloh.alah,dalam kuantan jugak.takpayah nak sebut 'balik' sangatlah!kahkahkihkoh.



cherok paloh have a good view of a village.ada pantai,ada coconut tree.memang awesome.tempat dia berangin.so,peluang balik ke sana baru ni..hasya dan haifa ikut abah & maktok kutip buah jambu golok (gajus) dan kutip buah kelapa.seronok sangat diorang dapat kumpul anak kelapa banyak banyak.heh.macam la korang tu bandar sangat kan?duduk pun jerantut jugak.


ahad

sebelum balik,sempatla ejang bawak kitorang layan Rio 2.


haha.rifdi la paling berkobar kobar nak tengok.aku kira hasya pun teruja tengok movie yang ada lagu lagu joget joget ni.tapi takpun.hasya macam biasa memegang takhta budak terbebas dalam wayang.abah dia la banyak mengorbankan diri dengan melayan anak.aku?
menghadap penuh fokus.bahagia sungguh gayanya.

cerita best.sambungan dari Rio (2011) dulu,kali ni Blu dah ada family.ada 3 ekor anak dan teruja nak pergi Amazon bawak family sebab nak carik spesis dia yang ditemui oleh Linda & Tulio (penjaga Blu & family).masa di Amazon tu,macam macam kisah la diorang tempuhi.kelakar okay.paling best watak kura-kura 2 ekor.haha.terbaiklah.


penat tawaf dalam panggung wayang tadi


28.4.14

Captain America 2 : The Winter Soldier

satu hari yang agak ada luck la.

tetiba aku kena attend satu mesyuarat di Temerloh.lepas tu meeting habis awal,dan terus gigih pergi Starmall Mentakab.mana taknya,masa meeting aku sempat belek internet tengok Captain America 2 ada pukul berapa.

dan memang rezeki aku la dapat jugak dating dengan Chris Evans hari tu.heh.


gigih tu.dan aku rasa puas hati la dengan movie kali ni.

steve rogers/captain amerca masih hensem.makin mantap.
black widow pun lebih menyerlah kali ni.body memang mantap.idola.eh.
paling sedih tengok bucky kot.rasa terseksa gila dengan life dia selepas 'mati'.

korang tengoklah sendiri.aku nak rindu kat chris evans ni.ehek.ehek.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...