Visitor

9.5.14

dental check

selasa hari tu ejang sakit gigi.dari tengahari isnin tu dah.so,petang selasa tu aku teman dia pegi dental check.alah,klinik kerajaan je.so,aku pun tumpang sekaki la nak check gigi jugak.aku terasa gigi aku macam berlubang.sebab terasa ada gap belah kiri bawah.

sekali pergi rm1.00.
kalau kena tampal / cabut kena charge lagi rm2.00


orang sebelah tu tengah berdebar


sekali nombor aku naik dulu.haha.so,babai abang.goodluck ye.kakaka.

masa aku masuk dan duduk,dentist terus tanya apa problem aku.aku jawab la aku saje je nak check up.lagipun aku terasa macam ada gap tu.berlubang ke.
so,dentist mulakan operasi.aku dengar je apa dia cakap kat asisstant dia.dua kali dia sebut missing.aku agak sebab dua batang gigi geraham dah takde.hakhakhak.

last dentist cakap,gigi aku sangat bersih,sangat cantik dan no problem langsung.
aku tanya lagi pasal gap tu.dentist cakap sebab geraham aku takde,so gigi ni macam bergerak la sikit.dia pergi carik ruang.tu gigi aku jadi berjarak.so far,takde apa boleh bantu kecuali pakai braces.

"alahhh.takpayah pakai lah.gigi you bukan ada problem pun"

mihmihmih.
lepas tu dentist tu ajar cara pakai floss.dan,paling best dentist tu bagi aku gift.ahak.sempena gigi bersih, cantik dan no problemo.


gigi aku okay je.
ejang pulak kena tampal.tu yang kena charge lagi rm2.00 tu.wahaha.

6.5.14

hasya #10

hasya semenjak menjak dah jadi budak besar kemain boleh tahan perangai.
dia punya tahap brutal memang kalah abang dengan kakak.kalau bab berebut mainan,tab,atau apa-apa jelah..confirm dia menang.
ending dia kakak tak puas hati, abang menangis.

kalau dia tak puas hati pulak,dia menangis sekuat hati.tantrum sepuas puasnya.jenuh la aku menunggu saat nak peluk bagi diam.sebab nanti dia terajang aku sekuat kuat hati,terajang muka aku..nanti aku marah,lagi sakit aku kerjakan dia.jadi,kena la aku diamkan diri dulu.pastu tengok dia mengamuk dulu.sampai siap.

kadang kadang sampai tertidur pun ada


tapi hasya ni bapaklah manjanya.manjang nangis.kalau abah dia keluar jap beli groceries ke,aku keluar waima nak pergi siram pokok pun.confirm muka depan grill pastu tanya.."abah/ibu nak pegi mana?"

sakat sikit je kata nak lari..berteriak la dia.pastu nangis sambil kata "ibu jangan tinggal adikkkkk".
oih.dia bahasakan diri dia adik.nampak sangat manjanya tu.

port favorite.atas riba ibu.tido pun nak kena berhimpit dengan ibu.




hasya sejak jadi budak besar ni jugak dia suka sangat menulis.pantang nampak buku,mesti mintak pensel.dulu haifa pun macam tu jugak,tapi sekarang dah kurang.haifa prefer conteng dinding umah atokki.marah betul ai.haha.

menulis sambil baring pun skill terbaik dia la

menulis saje


ohye.bab melawak pun dia boleh tahan.bercakap jangan ceritalah.mulut rasa nak cium cium je.paling cute dia suka kacau aku kata :

"kelakar lah ibu ni".

hahah.rasa nak cium kan?

muah seketoi

5.5.14

Kisah Tragis Di Pagi Jumaat Yang Lalu

aku pikir nak pergi kerja serba simple.so,aku rasa pakai jeans dengan blouse labuh pun dah cukup macho walaupun di hari Jumaat.

Jeans 1.muat je aku pakai.tapi takbleh butang.reject.

Jeans 2.pun muat.boleh butang.tapi macam kena paksa.lemak berkrim kat pinggang dan perut dah meleleh terkeluar.reject.

Jeans 3.masuk sampai peha.terus tak lepas.reject


dengan marahnya,aku pergi kerja pakai seluar pregnant je.titik.




kisah benar,
dadadididudu (bukan nama sebenar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...