Visitor

16.5.14

Selamat Hari Guru

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

pertama sekali, ucapan jutaan terima kasih kepada kakak saya, EenaaHaslina Jaafar yang bertindak sebagai guru yang mengajar saya mengenal huruf pada umur 4 tahun dan pandai membaca dengan lancar pada umur 6 tahun.terima kasih sangat sangat.

dan jutaan terima kasih kepada semua guru guru yang mengajar saya sejak tadika KEMAS Paya Besar, SK Batu Lapan, Tadika Al-Huda Taman Guru, SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad, SMK Pandan, SM Teknik Muadzam Shah, POLISAS dan PSDC.dan mana mana guru yang mengajar dan mendidik tak kira di waktu kursus ke,taklimat ke sepanjang saya bekerja.dan yang mengajar dan mendidik secara tidak langsung.

SELAMAT HARI GURU
buat semua guru guru di malaysia.termasuk kawan kawan saya yang bergelar guru.

sekian.terima kasih.



yang benar,
penolong ketua kelas 1 usaha



12.5.14

main masak masak

kalau cuti,memang aku terpaksa rajin memasak.so,port favorite hari cuti adalah #ddskitchen.
eh.tiba tiba ada hashtag.

tapi paling frust kalau hari cuti lauk takde. T-T
nak gi pasar karang takkan nak bawak 3 askar?leceh.abang konpem tutup hidung,kakak dengan adik konpem sliding atas lantai pasar.pening.

so,kita masak apa yang ada.


Cuti Hari Hol (Rabu)

hari tu beras habis.setakat makan pagi boleh la goreng kentang dan nugget kat budak budak.aku ada oat,so tak kisah sangat.tapi sebab boring takbuat apa untuk lunch,aku buat kek milo kukus.siapa nak resepi klik sini,resepi kek milo kukus



happy face :)
ingatkan nak bawak jugak ke opis.tak sempat.habis 3 bekas malam tu jugak.


petang pulak buat lempeng cecah sambal bilis.

dah buat 8 keping masih tak cukup.
kelaparan apakah ini wahai anak anak dan suami?



Hari Minggu (Ahad)

sekali lagi takde lauk.so,sebagai ibu aku kena bertindak kreatif dan aktif.pemikiran ibu yang kreatif melahirkan anak yang kreatif juga.eh.pepatah mana ni?

sebab ada kuah kacang instant,jadi pagi tu lepas goreng kentang dan nugget (lagi),aku buat nasik impit.


jangan memain.nasik impit versi oldskool sangat ni.teringat mak aku buat dulu,masak nasik lembik lembik.pastu penyet penyetkan dengan tangan beralaskan plastik.penyet sampai mampat pastu tindih dengan batu lesung.ahh.rindu nasik impit dengan kuah kacang emak.

aku pandai jugak buat kuah kacang.tapi kuah kacang instantla.aku jual.korang nak tak?kahkahkah.sempat bisnes pulak dahh..



dan ini hasilnya petang semalam.pehh..petang baru dapat makan.


HAPPY MOTHER'S DAY




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...