Visitor

13.6.14

perasan #2

masuk tengahari jumaat tadi,aku ambik keputusan pergi merayau sorang-sorang.lagipun dah janji carik stok tudung sakura untuk kawan aku.

jadi, port pertama adalah expo.

ke depan ke belakang aku tengok tudung.kain lawa,murah,dan warna pun ada umphh.
ada budak perempuan yang jaga situ.aku pilih, dia follow je.dengar je cakap aku.aku panggil dia adik.aku bahasakan diri aku akak.

dah sampai masa aku nak bayar dia tengok aku.pastu tanya;

"akak ni student ke?study kat mana?"

cepat je aku jawab..akak dah keje.
pehh.mesti dia ingat aku ni nak pakai tudung gi kelas.haha.



port kedua adalah kedai tailor.

aku saje test kedai ni.baru nak mencuba jahitan beliau.masa aku datang dan tak masuk kedai lagi, aunty cina tu terus cakap kalau baju raya dia taknak ambik dah.aku pun buat muka comel dan jawab;

"takpe aunty.ini lepas raya pun takpe.kalau dapat raya lagi bagus.tak kisah".

terus aunty tu bagi aku masuk kedai.time masuk kedai tu, aku nampak sepasang kain.aku pun tanya aunty tu,ehh..ini kain boss saya ni.orang jps punya kan?

ehh..iye.iye.

aunty tu angguk.terus aunty tu ramah mesra dengan aku.dalam hati aku berbisik, harusla aku kenal kain tu sebab boss beli kain tu dengan aku.kahkahkihkoh.

sambil ukur ukur badan tu,aku borak borakla dengan aunty.of course la kena bagitau keje mana.kebetulan pulak dia bukak cerita pasal saloon anak dia.aku pun pernah la sekali masuk saloon tu.so,lagi panjang ceritanya.

time ukur badan tu,aunty tu cerita la dia boleh pakai seluar yang dia buat sendiri je.seluar sekarang semua bawah pusat.aku pun menambah perisa,aku balas;

"yela.saya pun dah tak boleh pakai seluar macam tu.anak sudah 3 maaa..nak pakai seluar macam tu nanti perut ada terkeluar banyak"..sambil gelak gelak.

"sudah 3 anak ka?haiyya..gua pikir lu belum kawen lagi laaa amoii".

muka aunty tu jangan cerita la.siap berubah macam jumpa scarlett johansson.aku pulak macam biasa la.kontrol hensem.

ohye.masa aku keluar kedai tadi, aunty tu sempat pesan.baju aku tu kalau dapat siap awal,bulan puasa nanti dia call suruh ambik.

wah!


11.6.14

Pesawat - Rapuh

banyak jugak menda aku nak tulis dalam blog.tapi tak sempat.
manjang sibuk.mentang mentang dah naik pangkat.*statement bagi orang sakit hati*

jadi aku share lagu ajelah.
ni lagu favorite ejang.dia takde arini,pergi Port Dickson.
jadi,aku tujukan lagu ini pada angin lalu sampaikan laguku padanya..


p/s : aku baru lepas layan KIL tadi.tengok redza minhat terus rasa cair.




Lirik Lagu Rapuh - Pesawat

Keraguan telah meracuni diri
dalam keresahan ini
ku cuba bangkit melawan
arus yang menentang
hanya alasan
bukan tangisan yang cuba ku tagihkan

Sungguh
aku belum fahami
erti lena dibuai alam mimpi

kekusutan telah merunsingkan diri
dalam kealpaan ku
kau cuba menuding jari
kata kata menikam
menusuk dalam hati
merusuk dalam jiwa
rona yang dusta belaka

Sungguh
aku belum fahami
erti lena dibuai alam mimpi

Walau apa yang datang menjelma
kita akan hadapi bersama
walau ribut yang datang melanda
kita hadapi bersama

Ku cuba keluar
dari keinginan yang merasuk
benak pemikiran
ku cuba ubah
demi masa depan
usah taksub dengan kesenangan

Katakan
masih ada peluang
untuk kembali bertaut
demi kita dan harapan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/05/lirik-lagu-rapuh-pesawat.html#ixzz34JlG2maS


susu cair

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...