Visitor

3.7.14

Resepi Sambal Hitam

ada orang panggil sambal hitam pahang.
ada orang panggil sambal hitam belimbing buluh.
dan ada jugak orang panggil sambal belimbing.

lantaklah.janji sedap.haha.

sebab sekarang ni ramai sangat penggemar sambal ni,meh aku share resepi nak buat sambal hitam ni.aku memang masak sendiri je sambal hitam ni.nak masaknya senang cuma nak siapkan bahan tu remeh sikitlah.


bahan :

1. belimbing buluh yang siap direbus
2. bawang merah yang dipotong dadu
3. ikan bilis yang siap dibelah,direndam dan ditumbuk
4. cili api yang siap ditumbuk


cara-cara masak :

1. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang
2. masukkan bilis dan cili api
3. masukkan rebusan belimbing buluh
4. masak hingga berwarna kehitaman.bukan kehangitan okay.


senang je kan?
belimbing buluh tu aku beli siap dalam paket.beli dengan jiran officemate.




aritu aku masak untuk kenduri kat rumah mak aku.alhamdulillah..skejap je terang bekas tu.nasib baik kakak aku awal awal dah selamatkan bahagian family aku.

ni pulak aku buat stok untuk bulan puasa.sahur aku memang suka makan kering-kering je.dapat sambal hitam dengan telur mata letak kicap& bawang pun marvellous.taun lepas gila hadap telur masin dengan acar buah.fuh.

jsngan lupa cuba ye!





2.7.14

Macam mana nak ajar anak solat

aku pun copy dari facebook.tapi sebab aku suka dengan pendekatan ni,so aku share.

{edit untuk lebih senang baca}

1. 0-12bulan - Jangan halau anak bila kita nak solat. Biar dia main kt sebelah kita. (Anak belajar dari melihat & mendengar)
2. 1-2tahun - Bentang sejadah kecik kat sebelah kita bila kita nk solat. (Tetibe angin anak baik nanti mesti dia ikut gerak solat kita bila dia dah biasa tengok)
3. 2-3 tahun - Khaskan sejadah untuk anak & letak sejadah di tempat yg dia mudah capai. (Bila die tengok kita ambik wudhuk mesti kelam kabut dia nk solat sama)
- sentiasa pesan bila nk solat, anak kecik ni ade mood dia. Tetibe dia taknak jangan dipaksa.
- makbapak kena sentiasa berdoa utk anak2.
- makbapak kena banyak sabar nak didik anak2
- kalau boleh didik dari awal iaitu dari bayi supaya anak tak rasa pelik atau janggal bila dah besar.
- kalau anak2 membuat kesalahan seawal usia ni jangan tegur lagi takut anak hilang mood.   Biar dia bergerak independent. Kadang2 kiblatnya ke laut. Hihi. Takpe ni proses pembelajarannya.
P/s : harap dgn perkongsian yg tak seberapa ni dpt memberi manfaat untuk semua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...