Visitor

19.8.14

mana adab kita?

sekadar nak share story pagi semalam.

lepas settlekan hal daftar masuk sekolah darjah 1 rifdi, aku terus pergi stationery untuk hal kerja.lama gila duduk situ sampai tahap layan drama swasta.boleh pulak time aku lepak situ ada laki around lewat 40an datang,pastu mengamuk kat budak tukang fotostat.

aku dah nampak pakcik ni macam kerek semacam je bila dia tegur awek fotostat tu taknak tolong dia susun salinan yang dia fotostat.dia cakap,"saya bayar awak fotostat.awak kena la susun.bukan saya".
awek tu menjawab jugak "saya dibayar untuk fotostat je".

aku pun taklah berminat sangat nak tengok pakcik tu sebab sambil dia bercakap dengan nada angkuh,mata siap menjeling-jeling kat aku.eh.ingat aku hairan sangat?

tapi bila tiba tiba dia bercakap kuat, marah marah kat awek tu.terasa jugak nak tau apehal.
rupanya dia mengamuk sebab salinan ic dia hilang okayyy.

dia marah-marah.dia cakap awek tu cuai.so,awek tu mintak maaf.tapi dia marah lagi.dia cakap,
"i don't care.saya taknak bayarla,stupid girl!"

sambil ambik gambar awek tu dari dalam kedai sampai masuk kedai.siap 3 angle dia ambik.lepas tu maki lagi kata "sial".

aku naik hangin terus tiba-tiba je tegur pakcik tu,
"eh.tak baik la cakap gitu".

pakcik tu pandang aku lepas tu marah aku pulak.
"eh.awak siapa?awak jangan nak masuk campur.awak diam!".

oh em jiii.dia sound aku?

aku pun menambah lagi,
"buat malu melayu je..takde adab ke?bukannya tak boleh cakap elok elok.."

tapi pakcik tu sibuk pulak pergi ambik gambar kedai apemenda semua.siap cakap nak pergi report polis.membebel bebel..perghhh.berlagak kau.siap dia cakap nak saman awek tu.lepas tu dia blah.ek elehh..kerek.


lama aku duduk menunggu aunty tokey kedai tu fotostat colour,tetiba aku nampak pakcik tu datang balik.tapi this time mak dia kot yang keluar dari kereta.aku agak mesti dah cool.makcik ni datang nak tenangkan keadaan.

makcik sampai,terus tanya.."passport anak makcik orang tu dah pulangkan ke belum?".pelik kejap.

awek fotostat jawab.."eh.bukan passport makcik.ic"

tiba-tiba..

"eh.bodohla.bodohla awak ni tau.yang awak ni bodoh sangat bagi orang ambik ic orang lain ni kenapa?".

aku geleng kepala je.terus blah masuk ke dalam kedai.malas masuk campur dah.susah.igtkan anak je takde adab.mak dia pun skali.

yang aku tak boleh blah..makcik tu pulak cakap kat awek tu,
"awak tau tak?orang boleh beli senjata api dengan ic tu tau?..


entah apa yang anak makcik tu kelentong mak dia pun gua taktau.


hadoiiiiii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...