Visitor

19.9.14

projek tingkat atas

balik kuantan baru ni, mak aku takde.pergi kedah,berjalan jalan makan angin kat rumah anak sedara dia (cousin aku).

abah tinggal kat rumah.ada kerja katanya.
so,masa turn balik rumah abah..rupanya abah ada projek.haaa,tu dia.projek tambah rumah setingkat pulak.macam macam abah aku ni.patutlah dia nak duduk rumah je.







abah aku ni dulu pencen tukang kat jabatan pertanian.jadi memang ni makanan dia la.tapi sebab kederat dah tak sekencang dulu,abah upah pekerja dia jela buat projek ni.ada dua orang.tambah sorang lagi cucu dia, hilman..ada la 4 orang yang gigih bekerja siapkan projek ni.kakakaka.

dah petang,pekerja abah balik..abah suruh hilman kemas kat atas tu.dia bagi cucu kecik dia naik atas tu pulak.haaa..topi kena pakai.safety first atok abah cakap.
















projek sebelum banjir ni.kena maklum awal awal.kang ingat abah aku nak menambah cawangan plak.kahkahkah.

*mintak simpang*
posted from Bloggeroid

18.9.14

Khasiat Minyak Zaitun (Olive Oil)

aritu ada member share untuk menambahkan kadar metabolisme dalam badan adalah dengan minum 1 sudu besar olive oil sebelum breakfast.

pagi tadi aku cuba.rasa dia..WOWW!
nak muntah.



tapi sebab baru lepas google khasiat olive oil ni,akan aku kentalkan diri untuk amalkan setiap pagi.mungkin aku try pagi tadi nak muntah.

pagi esok mana tau tiba tiba..waaa.favorite! (sedapkan ati).

maklumlah,lepas aku try satu produk kesihatan yang 'hebat' ni pastu ada masalah macam macam.siap member aku yang menjual produk tu pulak suruh aku stop sebab banyak pulak kes yang sama dengan aku..maka,keputusannya.tak payahla amik supplement macam tu.baik aku teguk olive oil ni je seminggu.

Hasil aku google didapati (ayat cikgu sekolah suka) :


Kelebihan Minyak Zaitun


Minyak zaitun membantu;

> Penghadaman
> Menyerap Kalsium
> Penyerapan Khasiat
> Tekanan Darah Tinggi
> Kawalan Gula Dalam Darah


Minyak zaitun baik untuk;

> Artritis
> Obesiti
> Sakit Tua
> Ibu Menyusu
> Rasa Makanan
> Kesihatan Kulit
> Masalah Jantung
> Sistem Imunisasi
> Perkembangan Janin
> Kaya dengan Antioxidant

Minyak Zaitun mencegah;

> Tumor
> Fibroid
> Kanser
> Sembelit
> Senggugut
> Kitaran Haid Tak Menentu
> Diabetes
> Batu Karang
> Hilang Ingatan
> Pereputan Tulang
> Serangan Jantung
> Pembekuan Darah
> Penyerapan Kolestrol

Minyak zaitun Extra Virgin Olive Oil amat baik untuk kesihatan, antaranya mengawal penyakit kanser dan serangan jantung.



Cara menggunakan:
Minum 2 sudu besar setiap hari semasa perut kosong.
Boleh juga disapu pada kulit, rambut dan sebagainya.





Doakan aku gigih minum minyak ni pagi pagi.

17.9.14

Gelang Rainbow Loom

dapat pulak aku satu benda yang mengasyikkan.kahkahkah.

balik rumah mak baru ni,aku tengok apehal banyak sangat getah colourful ni.rupanya anak sedara aku berbisnes gelang rainbow.alahhh..gelang yang tengah in sangat sekarang ni.

aku pantang termula menda gini.jadi addicted.














aku buat banyak banyak yang hilman.yang dhiya takleh usik sebab dia menjual dengan penuh konsisten.

aku buat satu untuk gelang tangan & satu lagi untuk gelang kaki.sebab aku buat banyak,hilman bagi free kat aku.

haa.sekarang siapa lebih terer bisnes?
kehkehkeh.
posted from Bloggeroid

15.9.14

turun berat

selepas apa yang terjadi kat badan aku selama 3 minggu ni.makan nasik, muntah, makan nasik, muntah..



hari ni aku dapati berat aku dah 70kg.
wahhh.

jangan sampai aku berselera semula naik berganda sudah. aku nangis 3 minggu!




posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...