Visitor

25.9.14

rifdi #53 : buli

masa kejut rifdi pergi sekolah pagi tadi, rifdi cakap taknak pergi sekolah.pelik jugak aku mengigau apa anak aku hari ni.aku tanya dia kenapa taknak pergi sekolah?

"kawan kawan abang tumbuk abang".

aku tergelak.aku tanya lagi.abang mimpi ke ni?dia geleng geleng kepala.

aku tanya lagi, kawan abang tumbuk abang buat apa?

"kawan abang tumbuk kat sini (tunjuk pipi), kat sini (tunjuk perut), kat punggung.
konek abang pun dia sepak".

aku macam hoiii.biar betul?

lagi?aku tanya lagi rifdi.

"kawan abang cabut seluar abang.dia tarik spender abang.abang malu la ibu..".

ok.aku dah panas.terus tarik rifdi suruh duduk.

aku tanya lagi, abang tau siapa buat?

"nama dia adam".

"siapa lagi yang buat abang?"..aku tanya lagi.

rifdi geleng geleng kepala.

"abang tak tipu ibu kan?".aku tanya lagi

rifdi geleng geleng kepala.lagi.

"kenapa tak marah dia?".

"abang dah marah.dia taknak dengar".

"abang cakap kat cikgu tak?".aku tak puas hati.

"abang dah bagitau.tapi cikgu tak datang pukul adam pun".


OMG.OMG.
aku dah bengang.aku ajak rifdi mandi, aku cakap aku nak jumpa cikgu dengan adam sekali.
tapi masa mandikan rifdi aku perasan mata rifdi bengkak belah kiri.memang merah, tak sampai hati punya pasal aku cakap kat dia tak payah pergi sekolah.

masa aku hantar hasya kat rumah pengasuh, akak tu kata memang anak dia (classmate rifdi) bagitau rifdi tu selalu kena kacau dengan budak budak kelas.diorang cabut seluar rifdi pastu tarik sampai nampak konek.akak tu tak berani nak cakap kat aku sebab takut aku marah anak dia kot kot anak dia buat cerita.

haihh.sampai opis tadi aku call cikgu rifdi (guru disiplin also).tapi cikgu kata dia kat Bera (luar daerah) urus hal sukan budak pra.tak puas hati lagi aku whatsapp teacher sebelah rumah aku tolong tengokkan siapa adam.teacher tu cakap,memang dia pergi carik budak tu.dan memang budak adam mengaku buat macam tu kat rifdi.teacher kata budak tu memang problem.budak nakal.

bengang aku okay.sedang baya tu kemain lagi samseng nak usik anak aku.yang rifdi pulak pesen kalau kena sakat,kena usik memang takkan melawan.yang dia tau menjerit,nangis dan merengek je.memang sedap la bebudak tu kacau kan..

tapi kalau adik dia 2 orang tu..haaa.silap besar la.nak nak hasya.usik la dia.paling koman pun konpem korang kena gigit!


jambu

24.9.14

Galeri Pesona Pengantin

masa aku balik kuantan itu hari, sempatlah aku merasa bertenggek di butik pengantin kakak aku punya.

boleh tahan jugak sampai tahap nak ajak ejang pakai balik baju pengantin, lepas tu sengih sengih atas pelamin.boleh?
haaa..memang aku ada jugak berangan nak sambut anniversary ke10 nanti pakai baju pengantin, lepas tu buat outdoor photoshoot.insha Allah.

anak anak pun akan aku pakaikan sekali baju kacak kacak, lepas tu jom kita pergi ambik gambar.pehh.berangan sangat aku ni.

butik kakak aku port di deretan kedai Sungai Isap Jaya.siapa siapa nak buat tempahan, nak suruh mekap..boleh la recce kedai dia.nama butik Galeri Pesona Pengantin.

masa lepak butik, kakak aku siap boleh deco satu pelamin untuk tatapan customer dia.aku pulak sempatlah tulis resit bayaran untuk customer yang pulang barang & layan customer yang datang nak sewa photobooth.

























anak anak aku pun tak pasal pasal jadi cleaner kat situ.kahkahkah.
posted from Bloggeroid

22.9.14

DIY casing tab

aku kadang kadang menyampah jugak tengok aksesori handphone / tab mahal tahap sembelih bapak gajah.

paling sakit hati tengok cover / casing tab.
kalau beli paling koman pun rm70.dia ingat rm70 tu macam pergi kedai dapat emas.hello!rm70 tu pada aku dapat beli baju selai pun heaven tau.

sebab aku menyampah tengok casing aku yang dah barai.kulit pun terkopek kopek macam kudis api,aku beristiqamah.

memang aku kerjakan jugak casing dia ni.

berbekalkan sticker paper dan sedikit pengetahuan am dalam ilmu google,aku pun search gambar paling jimat ink printer opis.





dan sedikit kerajinan dalam ilmu menebuk,aku pun usahakan..

jengjengjengggg..







bolehla.kalau koyak ke,rosak ke..taklah terkilan hati dan perasaanku ini.

done.

nak tiru?boleh.dipersilakan.
i tak kisah.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...