Visitor

17.10.14

warded

tuan blog warded baru ni.aisehh..memang teringin siott nak update blog masa dalam ward aritu tapi susah bab bateri tab la.sebab tab aku 24jam whatsapp masuk.jadi,chance nak menaip blog memang kuranglah.

ok.camne aku nak mula ek pasal warded ni?
ok.aku ikut kronologi.pastu siapa yang nak baca ni tolong baca dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran.no cursing pliss.eceh.

gini.sebelum puasa aritu,aku ada beli alfalfa & lechitin produk Shaklee.aku baru makan sebulan, tapi effect sakit boleh tahan la kat peranakan aku. bulan puasa tu aku dah start sakit,tapi bila period aku stop makan.

pastu after period, yakni lepas puasa, aku makan balik. dan sebenarnya peranakan aku still sakit.sampailah member aku kata stop la makan kalau sakit..
_
_
_
_

lama aku tak makan, tapi masih tak hilang lagi sakit peranakan aku ni.sampailah satu masa tu aku start loya,muntah muntah.ingat tak aku penah cita aritu yang aku tak lalu nak makan.sampai berat aku turun 5kg..

sebab sudahnya tak berdaya, minggu lepas aku gigih la pergi klinik private.bila scan doc kata ada cyst bersaiz 3.7cm x 2.7cm kat kilang telur kiri.pastu dia cakap cyst takde ubat so dia cakap next 2 month baru scan balik.masa tu,dia tanya kalau kalau aku ada makan apa apa ke.aku jawab jujurla.pastu dia advice untuk stop.katanya alfalfa dengan soya penggalak cyst.tapi dia taknak komen apa apa.cuma dia suruh aku stop.

sebab aku pun tak sabar,selasa baru ni aku pergi plak kk jerantut untuk pesakit luar.doc scan tapi dia cakap tak nampak pun cyst.tapi sebab aku sakit,doktor tak puas hati dia suruh aku buat urine test.nak dijadikan cerita,aku pregnant 5 weeks.so,bila tau pulak pregnant,doc scan lagi sekali nak tengok baby.

tapi masalahnya,doc tak nampak pulak baby.so,doktor bahagian pesakit luar tu terpaksa tolak aku ke klinik ibu dan anak untuk confirmkan pulak apa masalah aku.

sampai kat klinik ibu,doc situ kata memang confirm tak nampak baby.dia syak baby duduk luar rahim.ya Allah.seriau aku.so,untuk further check up,doc ibu anak ni refer plak kes aku ke gynae specialist kt hospital besar temerloh.

pukul 3 petang tu,aku sampai kat hoshas temerloh.dalam pukul 4,doc baru ada.mula mula scan biasa tu la,pun dia cakap nothing inside.dia suruh aku buat UPT (pregnancy test) tapi result kali ni negatif.pelik tak?

doc scan pulak pakai alat yg masuk ikut bawah.masa tu baru doc nampak clear apamenda yang ada dalam uterus.memang ada something kt luar rahim tapi tak sure samada itu cyst or baby.

so, buat pulak blood test.dan sebab masa tu dah pukul 5 lebih,memang aku kena warded la jugak sebab result dapat esok hari.pastu akan ada repeat blood test after 48jam,jadi,memang nampaknya bermalam malam la aku kat ward nampaknya.

aku ni masa dalam ward jangan cite la.boring memang confirm la tapi macam orang tak sakit.medical memang takde sebab doc cakap dah,cyst takde ubat.pastu sekarang ni aku just tunggu result darah,so ibarat macam orang check in hotel pastu rileks.

tapi malam tu doc dah maklumkan kat aku,memang aku pregnant.tapi tak sure baby di mana.



gambar ehsan dari rock my buddy.dia orang pertama melawat.aku pun baru je masuk wad masa ni.



esok pagi,masa semua doktor datang kat katil.doc pakar kata memang taktau apa pasal result.tapi dia kata baby berada dalam rahim,don't worry.cuma sekarang ni nak pastikan baby selamat or not sebab too tiny lagi.so,just wait the result ajelah.

dan hari tu aku lepak kat wad macam orang senang.makan saje.lauk boleh tahan sedap.paling takbleh blah,breakfast ni aku rasa special.walaupun kuih pau seketoi.



ada nama aku.tehehehehehe..


esoknya lagi,breakfast nasi goreng.kosong.tapi sebab lapar,aku bedal je.




ambik mood


eh.sibuk pasal makan pulak.so,pagi tu doc pakar kata nak scan la sebelum buat blood test kali kedua.doc scan,dia nampak lagi something kat luar tu tapi dia tetap tak dapat teka apa tu.sebab baby terlampau kecik lagi,so belum terbentuk apa apa lagi.memang susah sikitlah nak confirm.

petang,lepas buat blood test,doc benarkan balik.yayy..dah boleh discharge.tinggal nextweek la aku kena datang semula untuk pakar gynae scan dan pastikan condition aku macam mana.aku sempatla tanya doc untuk confirmkan balik apa situasi aku yang sebenarnya.

doc cakap,baby ada dalam rahim.alhamdulillah.cuma condition baby 50-50.tak kuat.dalam masa seminggu ni,kalau baby boleh survive,doc akan bagi ubat untuk kuatkan baby.tapi kalau sebaliknya,doc akan bagi pulak ubat untuk keluarkan baby.

ya Allah..sedihnya.first time aku lalui menda camni.so,bila tanya apa yang boleh aku buat dalam masa terdekat ni.doc cuma cakap,rest banyak banyak dan buat seperti biasa.nothing to worries.pasal cyst pun jangan risau.normally,cyst ada time pregnancy.ada cyst yang akan kecut sendiri,ada cyst yang akan keluar after deliver,dan ada jugak cyst yang aka dikeluarkan sebelum deliver.

aku cuba untuk redha.cuma aku terkesan sikit bila baca report.





semoga aku kuat!



p/s : produk suppliment yang aku amik tu aku dah stop.so,banyak sangat lagi untuk dihabiskan.sapa sapa yang makan tapi ada effect positive,sesuai dengan hormon korang..kalau nak boleh bagitau aku.aku bagi free je.cuma bayarla kos untuk pos.terima kasih.
posted from Bloggeroid

13.10.14

typo can kill

sejak dua menjak ni kemain tv dengan paper typo.sampai tahap viral.
kalau dalam whatsapp typo boleh hampun lagi,siap jadi bahan nak kutuk member.

tapi kalau dalam sumber media..

jahanam!




agak agak la nak bergurau


bajet sembang kedai kopi agaknya


hah?..kak mah dapat suami baru ke?


T-T

itu yang typo.
yang bawah ni apa kes?

mistaken identity

posted from Bloggeroid

infused water

infused water ni apa?

kalau translate pakai google translate memang tak best langsung maksud dia.jadi jangan google. sumpah tak jadi cuba.

infused water ni adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu & dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum.

ada jugak orang panggil detox drink.

kalau tanya aku apa fungsi infused water ni, aku memang jawab untuk detox iaitu satu kaedah turunkan berat badan serta kaedah mudah nak membuang segala toksin dalam badan.

sejak sejak produk tenusu diharamkan untuk aku hadam, aku pun berjinak jugakla dengan infused water ni.baru berjinak.

honey dew




lemon


tadi aku google satu blog ni. nampak menarik gila resepi yang dia guna. siapa nak cuba tengoklah. mesti korang pun terliur kot.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...