Visitor

13.11.14

WhatsApp Group

aku ada beberapa group whatsapp.
dari yang terlampau aktif sampai ke yang jenis pasif.


Group 1
geng terlampau aktif.24 jam memang mesej masuk.diam pun boleh 2 jam je.sebab geng terdiri dari kawan kawan yang dah duduk oversea.so,waktu berbeza.tapi topik memang macam macam.dari kisah makan, kisah mengumpat, mencarut, melucah..semua ada.tapi aku suka.seronok jumpa diorang semula.feeling 15 year old saja.

Group 2
geng kedua teraktif.set set perempuan sebab budak dorm.memang meriah jugak ni.topik pun macam macam.hal makan, produk, kecantikan, keperempuanan, masalah rumahtangga pun ada.haha.tapi okay.takde masalah.aku suka.

Group 3
geng zaman keje opis lama.terdiri dari geng kitorang yang bercampur campur.dari zaman dulu memang suka bercakap hal bukan bukan.jenis semua nak buat sama-sama.gerak pergi makan ke,ikut semayang jumaat pun pernah.walaupun semuanya educated, tapi topik yang dibincangkan kadang kadang tak masuk akal.sampai sekarang pun masih macam tu jugak.haih.

Group 4
group gossip bersama best buddy.haha.tiga orang je ahli,tapi kalau mengumpat (baca : berbincang),memang meriah.haha.sayang sangat diorang ni sebab segala rahsia boleh share dengan diorang.aktif ikut keadaan.

Group 5
group opis.biasa je.kebanyakannya hal kerja la.hal gosip memang takde langsung

Group 6
geng kelas masa study.pun aktif kalau ada topik best.kelakar jugakla sebab masing masing kerja semua sama bidang, sama jabatan dan boleh reunion bila ada kursus sama sama.macam macam jugak boleh bincang terutama bab kerja.

Group 7
group masa study jugak tapi agak pasif.masing masing cuma post perkara serius.agak agak nak bertekak dalam tu boleh sebab masing masing kuat pertahankan pendapat masing masing.haha.



ok.ada 7 group je so far.ada lagi 1 group,tapi kat wechat.geng teknikal opis.
tapi dalam group ni,paling penting..kena tahan perasaan.kalau sentap habislah.tak syok terus.pastu jangan ada sifat dengki dan irihati.kalau takat bergurau kasar tu,bagi aku biasa la kot.keypad warrior.

sebagai penamat entry,meh aku hiburkan korang dengan lagu cover merisik khabar dari iman ismael.member aku dari form 2.sekarang keje kat sydney.tapi sebab group,kitorang berjumpa semula.yay.


12.11.14

haifa #32 : her birthday

malam sebelum birthday tu,saje aku ajak ejang bawak budak budak ni makan kat Secret Recipe.ni kes ikut tekak ibu ni.lama gila kot aku tak makan kt SR ni.last time aku rasa kat kuantan dengan geng ejang.zaman bertunang kot.kahkahkah.dah berzaman siot.

duduk kat SR memang meriah.meriah dengan anak aku je.buat macam rumah sendiri.










mine

abe ejang makey nasik


so,itu cerita birthday in advance.

hari birthday (apa punya ayat daaa) dia pulak aku belikan kek,dan hantar ke tadika.bagi dia celebrate dengan kawan kawan skolah dia pulak.

gambar frozen takde.ada princess pun jadilaaaa..

budak yang sangat pemalu

eh.kerek pulak dia

haifa & cikgu & rakan sekelas


ambik.janji anak aku seronok.haha.

11.11.14

haifa#31 - she turns 4




haifa is turn 4 years old today!


happy birthday haifa.always be such a adorable girl.
semoga panjang umur, murah rezeki, dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa. ibu doakan semoga anak ibu berjaya menjadi seorang muslimah yang berjaya dan berakhlak mulia.amin.



p/s : jangan buang sifat penyayang dan caring awak ye haifa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...