Visitor

4.12.14

nice to meet you, baby

sebenarnya, lambat jugak aku nak terbukak hati share pasal ni. pasal pregnancy pun aku kurang nak exposed. entah. anak ke-4 kot, takyah la nak gedik sangat update tiap masa. hahah.

ok. first and foremost, nak tanya. ingat tak cerita aku warded dulu?

rentetan kisah tu, aku kena check up twice a month kat pakar gynae HOSHAS. leceh gila sebab perjalanan makan masa 1 jam tapi sebab nak tau jugak apa cerita pasal baby, pasal diri aku sendiri..so gigih la tunggu turn appoinment doctor specialist.

dahla appoinment tulis 9pagi. aku plak 9.30pagi baru nak register. orang kemain melaut tau dalam tu. aku ingatkan pesen tak payah register, takpayah tunggu..terus jumpa doktor. kahkahkah. budget hebat sangat la tu.

aku bagi summary ajelah senang kan..


20.10.2014
so far, doc cakap baby ada dalam rahim. alhamdulillah. tapi sebab baby kecik yang amat lagi, doc samar samar nampak baby. cyst pun terkawal. tak membesar pun. doc cakap don't worry pasal cyst sebab normal bagi pregnancy woman. doc jugak mendakwa cyst adalah makanan baby.

10.11.2014
doc mengesahkan baby dalam rahim. doc cakap dah nampak jantung, so next appoinment doc akan bagi tarikh EDD. cyst pun masih kecik dan takyah perlu risau wahai ibu.

25.11.2014
doc dapat result test yang aku buat last month, masa warded. ikutkan result tulis "Most Likely Dying Pregnancy". masa first result pun tulis macam tu. tapi kali ni scan, doc lain macam.

aku share di instagram (aku post after a week lepas appoinment tu. tu pun lepas fikir panjang)





lepas appoinment tu, doc bagi aku MC seminggu. doc kata baby akan jatuh sendiri dalam masa 2 minggu, kalau takde, next appoinment (11.12.2014) doc akan decide kalau kalau kena cuci.



so far, dah 8 hari sekarang after doc kata aku miscarriage. masih takde tanda tanda sakit, tanda tanda bleeding. no, masih belum ada.

ramai kawan suggest makan menda tajam, sapu minyak panas, buat air tawar (berjampi) dan ada jugak yang suruh re-check up kat klinik lain mana tau sebenarnya baby masih survive.

tapi semua aku tak buat. aku senang just wait and see, bagi aku, semuanya Allah yang tentukan. takpelah.

aku okay. aku boleh terima since baby kecik sangat lagi. tapi bila anak anak aku rajin sangat tanya,

"ibu, baby dah takde?"..
"ibu, baby dah mati?"..

sentap jugak rasa. diorang mengharap sangat nak adik.

"ye. adik dah masuk syurga"..



yang ni karya haifa.







takpe. insha Allah nanti ibu bagi adik baru okay?

3.12.14

Alumni AADC Part II

pun entry kepam.

aku penah story pasal konon ada alumni AADC ni kannn?

betapa berharapnya aku dengan beberapa rakan taulan ni kot kot ada movie baru. tup tup rock hantar video AADC via whatsapp group. 3 hari berturut turut aku tengok video ni. emo sangat tau.

rupanya alumni tu untuk pomote LINE. rupanya kan. ceh. hampa kejap aku.
lepas tu, aku rasa ramai kot dah tengok mini movie Ada Apa Dengan Cinta? ni.

takpelah. walaupun aku tau dah lambat, tapi aku tetap masih excited tengok.

nak nangis sekali lagi boleh?
(emo melampau)





Komen :

  1. rangga nampak matured sangat. tapi tetap buat jiwa jantan aku ni melting.
  2. Cinta pun matured. cantik tapi tak manja macam dulu. 
  3. milly gemuk! ...
  4. aku suka backgroud, design & wardrobe. kemas & rare.
  5. buat la movie..please!


 
Perempuan datang atas nama Cinta
Bunda pergi karna cinta.
digenangi airracun jingga adalah wajahnya,
seperti bulan lelap tidur dihatinya
yang berdinding kelam dan kedinginan.
Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku lihat karya surga dari mata seorang hawa.
Ada Apa Dengan Cinta?
Tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama,
untuk mempertanyakan kembali cintanya.
Bukan untuknya, bukan utuk siapa?
tapi untuk aku, karena aku ingin kamu.
Itu saja.

2.12.14

rifdi #54 : Hari Graduasi

minggu sebelum start cuti sekolah aritu, rifdi ada Hari Graduasi. ikutkan dalam surat takde pun jemputan untuk parents. tapi sebab aku ni jenis ibu yang teruja nak tengok ada grade, aku pergi jugak buat muka tak malu. rupanya ramai lagi makbapak muka tak malu yang datang. kehkehkeh.

anak grade tu. takkan la tak tengok!

aku hantar rifdi 7.30am, lepas tu aku gi opis, punch terus breakfast. 8.30am aku pergi semula sekolah, tengok tengok majlis dah mula dan budak budak pra dah ada yang naik stage!

cepat cepat aku tarik tab dari dalam bag, dan pergi kat pintu dewan. rupanya rifdi dalam queue tunggu turn nak naik dah! cissss.






rifdi nampak je aku terus dia senyum happy. adoii..kesian anak aku dapat ibu camni..haihhhh.













gambar kenangan rifdi dengan cikgu kelas pra.



next year masuk darjah 1 !..hehehe
posted from Bloggeroid

1.12.14

haifa #33 : sukan sekolah

sebab aku banyak sangat hal, jadi segala cerita semua kena kepam.dengan masalah peribadi, dengan hal internet macam bangkai, dengan hal kerja..jadi maapkan la aku seorang blogger macai. (ayat sedih bagi korang terpedaya).

ok.berbalik pada tajuk di atas. sebelum cuti sekolah hari tu, haifa ada sukan sekolah pada 16/11/2014. sebagai ibu yang berkarisma, pepagi hari aku dah bawak haifa pergi sekolah. bagi dia makan dulu, pastu mari bersukan dalam hari hujan!

dia memang happy go lucky. everytime.


kannn?


juara bawak bola dalam sudu

juara tarik bola guna hoola hoop

no 4 isi air dalam botol.
hehe




haifa & hadiah hadiahnya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...