31.1.15

Escaping A Sleeping Baby


nahh. tips untuk melarikan diri selepas tidurkan anak kecik.




29.1.15

rifdi #55 : kenapa adik gemuk?

rata rata kalau orang nampak rifdi orang akan kata rifdi kurus. dan akan tanya; "rifdi tak makan ke?".

kau tau tak?
aku sebagai ibu dia memang sentap. sebab macam aku tak bagi dia makan. padahal kau tak tau dia sebelum pergi sekolah tak pernah skip breakfast. pergi sekolah aku siap bekalkan dengan makanan. balik sekolah sampai rumah pengasuh dia mintak nasik siap bertambah. lepas tu, sejam dua kemudian dia akan lapar balik. makan pulak roti dua bungkus (roti coklat gardenia). time aku ambik balik rumah, dia makan lagi. selagi dia tak tidur, selagi tu la dia akan mintak makan.


tapi pagi tadi aku lagi sentap.

masa aku siapkan rifdi pergi sekolah. waktu, selepas mandi.

rifdi : "ibu..kenapa adik epa ngan adik hasya gemuk? tapi abang tak?"
ibu : "kenapa abang tanya macam tu?" (sambil lap telinga dia)
rifdi : "abang dah makan banyak. tapi semua orang cakap abang kurus"

ko pikir? aku nak gelak dengan soalan dia?
korang yang suka tegur rifdi kurus tu, harap paham la.
rifdi dah besar. dah boleh sentap dengan soalan korang.


oh ye.
aku jawab kat rifdi..

"ibu dulu pun kuat makan macam abang jugak. tapi kurus macam abang jugak. takpela abang, lama lama nanti, nasik dalam perut abang dah banyak, abang gemuk la"..

aku nampak dia senyum pun aku dah happy dengan jawapan bodo aku tu.


rifdi 4 bulan.
dan tidak menyusu badan.


26.1.15

hasya #14 : her birthday again

memang plan balik kuantan weekend aritu nak buat BBQ kat rumah mak abah. kengkonon buat makan sempena birthday hasya la. alah, setakat family aku dengan family ejang, lepas tu ejang ajak kengkawan dia. since kengkawan aku takde yang free. hehe..

aku pun tempah kek dengan kak ina. aku dah imagine naked buttercake buat 2 lapis, pastu bubuh fresh cream kat tengah. atas suruh kak ina tuang karamel ngan coklat cadbury mini.

skali sampai umah mak, kak ina tunjuk kek. perghh..marvellous kau. tak terjangkau dek akal aku dia punya deco.

thank you kakak yang paling cantik di dunia :)
bodek jangan tak bodek.

haha. semua persiapan actually kak ina dengan makabah dah uruskan. terima kasih bebanyak. kak ina buat bihun goreng pastu mak buat pulut kuning. aku dengan ejang memang awal awal kata kitorang hulur duit je. mana taknya, jumaat nak balik tu macam macam hal. mujur aku tak janji nak bawak apa apa.

BBQ ayam, kambing & crab stick

series nampakkk

cake

i am a mother of three, so far.
heh :)

yayyy
makanan
makan makan

yana & nazurah

my MIL & my biras

alhamdulillah.semua settle malam tu seperti yang dirancang. siap majlis dalam pukul 12 malam, aku mandikan anak anak aku dan diorang terus tidur dengan aman damai. hahah.

esoknya, balance ayam yang ada kita bakar pulak guna pemanggang ajaib.


random #2 - isu rotan

mengacau ahad aku betul isu rotan ni.




dah takde isu sangat nak diketengahkan ke apa makcik ni?
setahu aku, dalam Islam memang merotan adalah cara mendidik anak. haihh..sedangkan isteri yang tak solat pun boleh kena rotan tau?





aku pun, apalagi..melenting la jap dalam fb. kahkahkihkoh..


Kalau merotan pun dikira jenayah, habisla aku keluar masuk lokap je kerjanya laki bini.
Like ·  · 




dan parodi, macam biasalah..


POPULAR POST