Visitor

24.4.15

Petua Rawat Tumit Kaki Pecah



PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH
Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.
1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.
2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.
3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.
4. Asam Jawa :
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.
5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.
7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.
8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.
9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.
10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.
Selamat mencuba.

‪#‎petua‬

23.4.15

Aqiqah Muhammad Harith

Kenduri aqiqah 4/4/2015 hari tu. tapi ateh dia ni kan busybody, so baru arini dapat update. kahkahkah.

majlis berlangsung dengan jayanya dengan usaha kami sekeluarga, sahaja. alhamdulillah..

tukang kemas rumah.
sebelum dibotakkan.


dari malam majlis, membawak ke hari majlis, aku dengan kak ina dibantu oleh anak sedara 2-3 ketoi kejenya memasak aje. cewah. padahal aku buat sambal hitam je.


sambal hitam original resepi by kok dd.

pulut kuning + rendang daging
by mak biah.

ini kawasan jajahan kakak aku. jajahan aku dapur dalam rumah.

pastu meja makan semua tak kemas lagi. kakak aku sibuk masak, so aku pun siap bahagian aku terus pergi pasang alas meja, pasang skirting..dengan selekeh tak mandi lagi. elok plak time tu geng marhaban mak aku sampai. aku pun dengan muka paling kiyut pun menyambut tetamu yang sampai, siap mak aku perkenalkan pulak kat kawan kawan dia, "ini anak saya yang keje jerantut tu" (typical phrase kot). dan kawan mak pun balas, "ooo, comelnya".

sambil dalam hatiku berkata,
"makcik menganjing saya tak mandi lagi ke?". fine.

marhaban start dalam jam 11.00pagi di mana time tu aku ulangalik ambik budak budak baru bangun tidur - mandi - siapkan - ambik baju ibu dia pulak - mandi - bersiap.

sambil keluar bilik aku carik mana makcik tadi? saya dah lawa dan wangi ni makcikkkkk.
*libas tudung purple menghelip*


hai mak!

A video posted by hey dd! (@ddjaafar) on






pelamin by kak ina


muhammad harith bin nasran.

20.4.15

abang botak

last dia botak adalah sebelum posting ke sini, 9 tahun lepas. kira masa posting sama sama tu rambut dia baru nak panjang. dan mujurlah jugak masa aku bertentang mata dengan dia, dia dah berambut, hensem bergaya. memula aku jumpa aku siap berdebar sikit dalam hati siap dengan getusan kecil berkata, "wow. hensem macam Awal Ashaari".

kehkehkeh.

(intro bikin muntah).

so, selepas 9 tahun berlalu..kali ini abang botak buat comeback. dah baper kali percubaan nak botak sebenarnya, tapi aku bangkang. aku asik pikir, auww seramnya muka dia botak. tapi yela, bila sampai satu masa, patutnya aku biarkanlah dia lepaskan hajat dia sekali. sekali je ye!


selfie skettt



jengjengjeng...


sebelum

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

selepas 20 minit



ok. itu je kisah abang botak. moga ketemu lagi 10 taun akan datang. kihkihkohkohkoh.


selfie skettttt

ok. cukup.



p/s : rifdi dah nangis kata "abang sayang (rindu) abah ada rambutttt"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...