Visitor

20.5.15

Team Building - Part III

Part I
Part II

sambung sikit lagi cerita Team Building okay!
second day di A'Famosa Resort. pagi ni breakfast di Golf Club.ceyy, terus breakfast like a king!


sempatla amik gambar area situ. pepagi nampak hijauuuu sangat kat situ. rasa fresh je keluar dari hutan.

muka habis kerek dah ni

lepas tu tunggu bas, dan pergi ke aktiviti no 2 pulak. team building!



Subhanallah.
habis aktiviti kedua. (apa?). okay, sebab aktiviti berkumpulan so gambar memang langsung takde. pulak tu dapat coach yang langsung tak bagi pegang phone. jadi memang takde chance nak snap pic.

terus kita ke aktiviti last. musang terbang!

eleh. rendah aje pun. cewah.



sementara tunggu turn, kita main main dulu.








lepas tu coach suruh pakai harnest siap siap. aku kena tunggu turn orang lain siap sebab rupanya aku saiz A. saiz B tak muat. oh, rupanya kurus je aku ni ye? kehkehkeh.








dah kat bawah, aku teringin nak naik lagi. tapi sebab semua orang taknak layan, jadi tahankan ajela hati.
nak naik lagiii!!!

sapa dah siap, hang dok sana plak! pi cepat..kita amik gambaq pulak!
*eh? nape loghat utagha padahal kat melaka?*




yayyyy!! complete siap team building kami!
pasni mandi, check out dan makan pulak. yayyyy!!

eh. gambar makan takde. terus kitorang posing dengan gembira sebelum balik.

ishh. memang perlu ada ke?
haha. ok, gambar sebelum checkout.


suka gambar ni. nampak green.

masa bas keluar dari A'Famosa Resort ni, siap driver tanya ada yang nak bergambar kat gate tak? orang semua macam "aaahhhh".."malasssss"..aku dengan syafiq siap bangun dalam bas jerit "nakkk..nakkkk"..

haha. pas kitorang turun berkejar-kejar nak bergambar kat pintu masuk A'Famosa tu, rupanya satu bas turun. hahah. padan muka!

berebut orang nak bergambar tau. panas toksah citer. lupa nak ambik shades!

aku kalau tengok balik gambar ni konpem tergelak.
hasil berlari berkejar berebut nak bergambar kat sini punya pasal.

satu bas la turun. haha.



bila lagi nak sampai sini kannnn??

ok. jumpa lagi. baiii..

19.5.15

Selamat Hari Guru

aku tak plan pun nak bagi hadiah untuk cikgu sebab aku tanya rifdi bila sekolah sambut hari guru, dia jawab taktau. so takyah la aku prepare apa apa kan. so ibu dia buat rilek buat pis ajela kann..

tapi semalam, rupanya sekolah dia sambut hari guru. masa aku ambik dia balik sekolah, dia naik je kereta terus dia mengadu, "ibu..kawan abang semua bagi cikgu hadiah".

kan? kan? aku tanya dia boleh jawab taktau. pastu time ni mula la ngadu domba memacam.

lepas tu sampai rumah pengasuh hasya pulak menambah lagi.
"cikgu kakak mintak hadiah hari guru". kahkahkah. yang ni pelawak. manjang main nama cikgu kalau nak apa apa.

so, aku nekadlah. malam ni aku janji akan siapkan hadiah hari guru, untuk cikgu kelas sahaja.

tapi ibu ni tak makan saman. tetiba 5 hadiah siap dalam masa sejam.


stock shawl & awning yang belum berjaya dijual.
sepenuh ikhlas untuk cikgu cikgu yang banyak membantu
anak anak saya di sekolah.


p/s : selamat hari guru kepada semua guru guru di Malaysia. terutama guru guru yang pernah bertugas di 
  • Tabika KEMAS Paya Besar (1988)
  • SK Batu Lapan (1989-1994)
  • Taski AL-Huda, Taman Guru (1993-1994)
  • SM Tg Panglima Perang Tg Muhammad (1995-1997)
  • SMK Pandan (1998 - sekejap je. 2/3 bulan kot)
  • SM Teknik Muadzam Shah (1998-1999)
  • Polisas (2000-2003)
  • PSDC Kuantan (2003)
      dan di mana mana je yang pernah mengajar aku secara langsung atau tak. terima kasih semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...