Visitor

4.7.15

Lumut - Day 1

*entry pekasam*

hampir sebulan aku dengan ejang nak gila carik kereta sewa untuk holiday kali ni. rata rata rm250 / day.. rasa tak berbaloi sangat sebab nak guna 3 hari. nanti habis duit untuk sewa je, minyak tak isi. T-T

last choice, pinjam kereta Sentra pian, member jkr. boleh tahan sendat jugakla seat belakang sebab sumbat aku, mak aku, pastu rifdi dengan haifa. tapi tu pun dah cukup selesa kalau dibandingkan dengan si puteh aku. hehe. gila macam tin sardin.

so far, semua dah settle. tempat bermalam macam biasa la, Swiss Garden. tapi kali ni Swiss Garden Damai Laut. so, isnin gerak dari jerantet. mak abah aku dah datang umah aku siap bermalam lagi.

sepanjang perjalanan tu, entah berapa kali stop. biasa la, ada budak. jap nak kencing, jap nak beli air. bukan takat budak, sama je dari cucu sampai atok dia. hehe.

so, last check point adalah di Menara Condong Teluk Intan sebab nak lunch. jadilah, menyambil naik atas menara. eh, aku tak sangka aku gayat rupanya. haha. aku naik atas tu asek nak pegang dinding je. anak aku siap bleh berlari. takbleh blah betul.

tingkat 3. tapi kat luar tingkat 7!
aku snap dari tingkat atas. menggigil tangan n oii.

gambar dia ada. gambar aku sikit pun dia taknak amikkan.
merajuk la gini!







lepas naik menara tu, pergi expo kat sebelah pulak.




okay . nanti sambung pulak. hehe.

3.7.15

Jus Kurma Susu

tahun ni aku takde share pun resepi juadah iftar. maklumla, tak memasak mana.
dengan kes warded, kes klinik, kerja..nak masak memang bukan masa la. hectic. cewah. haktuihh.

tapi sebab nak share jugak kesukaan gua untuk pagi hari, meh sini gua share satu minuman berbentuk kesihatan. amboih. dah serupa kevin zahari dah pulak aku ni. meh try ye tuan puan sekalian.

aku copy jela resepi dari sini.



BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 kotak susu segar
  • 10 biji kurma dibuang biji dan dibersihkan
  • 1 cawan air panas
  • Beberapa ketulan ais
  • 1 sudu kecil gula
67333_10153347756990891_5706929664171384005_n


CARA-CARA MENYEDIAKAN :
  1. Rendam kurma dalam air panas 15 mimit
  2. Kisar kurma bersama air tadi sampai halus
  3. Masukkan ais dan kisar lg dengan gula
  4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati.


KHASIAT JUS KURMA SUSU
  • Menyalurkan oksigen ke otak
  • Potassium membuatkan fikiran lebih rasional
  • Memberikan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh.
  • Merangsang ginjal mengeluarkan toksin
  • Menurun tekanan darah tinggi
  • Membantu pembentukan kulit sihat.

2.7.15

Dugaan Ramadhan (2)

entah kenapa Ramadhan kali ni aku dengan ejang lain macam betul mental dan fizikal.

since ejang demam sampai masuk ward, aku plak jadi makan tak menentu. sahur muntah - iftar muntah. kalau makan pun bukanla macam tahun tahun sudah. menu berlambak atas meja. sekarang dapat murtabak feri yang tebal 2 inci tu pun, makan 4 potong je lepas tu kesian masuk dalam dustbin. bukan nak membazir, tapi serius tak mampu nak makan. alah, murtabak free. opis kasi. hek.

semalam tibalah time aku plak yang MC. sebab dah terkabo ke akak opis yang aku ni MC, so petang tu gigihla aku ni pegi klinik kesihatan bandar jerantet (KKBJ). kes aku ni lain. dari bangun sahur tu aku rasa sakit dalam tempat peranakan. siap solat subuh tu, aku rasa nak bergulung je 24jam. sakitnya tahap nak nangis tapi letih aku kontrol macho depan ejang.

sampai tahap malam tadi, masa aku solat Isyak..aku bleh gelap mata, pastu aku rasa macam aku duduk dan sandar kat dinding.. aku sedar sedar, anak anak aku tengah berebut letak bantal nak tido sebelah ibu. ceh. aku pengsan siap landing atas sejadah rupanya. ejang plak buat derk je tengok tv masa anak aku dok jerit jerit abah! ibu panggil. entah siap ke tak isyak aku malam tadi pun aku tak ingat.

dasat beno sakit dalam ni. harapnya hari ni bleh bertahanla. sakit jugak lagi ni, tapi takla kronik macam semalam.

ohye. semalam masa kat KKBJ tu doktor ada check. diagnosis dia antara cyst aku twisted (akan terasa sakit tahap 7/10) atau pun jangkitan kuman kat telur. so, petang petang hari kena jugak aku buat HVS Test. pap smear pas raya kot sebab doktor kata nanti aku trauma.

yang paling penting, aku timbang berat semalam berat aku dah 68kg dari 75kg.
itu la point aku nak cerita kat sini sebenarnya. haha.

ehem.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...