Visitor

26.9.15

Random - Job vs Family

Aku dah cakap, ni cuma random. Nak cerita banyak pun tak layak sebab aku pun tak alami sendiri.


Tadi borak borak pasal pasangan suami isteri di mana si isteri ni dapat offer kerja ke oversea which is jauhhh yang amat. Dipendekkan cerita, si isteri ni terima la tawaran tu.

Dalam kes ni, si isteri ni nak sangat beli rumah sendiri. Gaji around 15 ribu duit Malaysia sebulan. So, dalam pemikiran dia nak dapatkan duit, pastu balik Malaysia beli rumah la.

Dalam hati aku berkata,

"sanggup ye sebab nak beli rumah cash (cash la kot) tinggal suami dengan anak?"



So, lepas dari conversation tu aku pun start la memikir dalam kepala hotak aku pasal dilema ni. Iye, aku ni sangat pemikir orangnya. Untung rambut aku tak gugur siap botak tengah macam Einstein. Teruk juga nanti aku kena pegi kedai jamu carik produk d'Herbs untuk pulihkan keadaan.

Berbalik kepada sanggup meninggalkan family pasal kerja demi wang ringgit tadi. Ok, aku ada beberapa ramai la Member yang bertugas di luar Malaysia. Ada yang di Brunei, Poland, Sydney, Taiwan, Kuwait, India..ohye. Abu Dhabi pun ada..

Aku pun taktau macam mana dengan diorang punya reason untuk kerja jauh macam tu. Sebab ada yang kena posting, ada yang sebab dia kerja kedutaan.. Okay. Itu aku bleh paham. Ada jugak yang sebab ikut suami padahal kerja dia kat Malaysia pun dah pretty cool hah..tp itu semua aku bleh accept.

Tapi bila..someone ni yang ada anak kecik, ada family tapi sebab nak beli rumah, kejarkan harta..aku rasa macam weird sikitlah. Okay, maybe dia nak ubah cara hidup dari orang yang agak susah, so bila accept kerja ni dengan gaji yang besar dia rasa semuanya akan berubah. Itu positif. Tapi perlu ke sampai nak pergi jauh jauh, selama 6 bulan untuk dapatkan harta dan kewangan macam tu?

Siapa taknak senang. Siapa taknak duit banyak. Tapi kalau aku, memang aku rasa aku rela hidup sederhana dari jauh dengan orang tersayang. Nak nak anak yang baru nak membesar tu. Kalau bawak anak aku tak heran, ini anak tinggal dengan family mertua. Boleh jadi aku bakal jadi Kassim Selamat di negara orang gara gara menangis siang malam rindu anak. Tak rindu anak pun of course rindu suami. Tak rindu suami pun of course rindu mak abah. Paling tidak pun, mesti rindu makanan Malaysia!

Nak difikirkan pasal gaji lumayan. Aku sendiri kerja government. Kau pikir keje government boleh jadi kaya ke? Jawapan dia tak unless kau ada bisnes sendiri. Takpun kau anak orang kaya. Takpun kau kawen dengan anak orang kaya.

Aku ada je pilihan lain kalau nak gaji lumayan. Aku boleh masuk company kontraktor, sebab aku memang ada background Civil Engineering. Takpun aku boleh demand gaji untuk kerja Safety & Health Officer (SHO) pun sebab aku ada amik course ni dulu. Dan alhamdulillah aku punya exam dengan NIOSH pun lulus semua paper. Eh, setau aku gaji SHO boleh demand paling koman 6k..itu taun 2004 punya cerita. Taun 2015?

Aku pernah dapat offer dari sorang trainer CIDB untuk join venture dia untuk buat satu company untuk training course ni tapi aku tolak memandangkan aku dah keje government dan aku dah hampir nak berkeluarga. Lepas tu,aku penah dapat offer untuk bantu sorang trainer CIDB (lagi) kerja dengan dia, everyweek kena turun site dalam Pahang untuk check berkaitan S&H ni. Pun aku td tolak memandangkan aku dah ada anak. Everyweek pun aku tak sanggup, inikan pulak everyday? Jauhhhh pulak macam Abu Dhabi. Memang taklah.

So keputusan aku kat sini memang alasan aku so far aku tak boleh jauh dengan family. Sebab aku tau aku memang jenis hometype. Bagi aku cukuplah apa yang ada, ini pun dah lebih dari apa yang aku nak. Cukuplah.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...