Visitor

2.10.15

Ajet ajet JJCM area Kuantan

Sebab raya aritu jatuh pada minggu cuti sekolah, so aku pun ambik cuti sama dengan budak cuti sekolah. Sebaya la katakan kehkehkeh. Seminggu tu memang heaven la duduk rumah mak mertua, rumah mak sendiri, lepas tu pergi bercuti..paling heaven adalah bab makan. Biasa balik Kuantan aku jarang okay makan kat luar. Rumah mak ada, opkoslah makanan kat rumah mak lebih mengghairahkan.

Tapi lastweek memang lain. Aku dapat chance la makan kat beberapa kedai yang dah lama aku perati je. Memang target nak pergi. So bila mengidam ni lain macam la kan peluang dia tu.


1. JAMAN TORY RESEPI

Port dia kat IM2.

Makanan dia banyak makanan kampung. Ada set patin tempoyak, set daging salai..tapi sebab aku dah biasa makanan camtu so aritu aku try nasi Ciss Terbako Weh. terbaiklah sebab nasik datang siap tengah terbakar lagi. haha..ada api. so kena tunggu dalam 3 minit tunggu api padam sendiri. Nasi cis dia tak muak langsung. Aku order dengan air Kayor (nescafe + lemon). Pun terbaik. Rifdi minum Kayor Float. Lagi sedap..siap repeat lagi 2 gelas. Ejang dengan anak pempuan dia plak minum Nyor Putar (air kelapa)..pun marvellous. Rifdi makan mee hailam..lepas tu tak cukup! Dia cakap sedap. Rifdi bab makan sangat cerewet okay. Tak pasal malam tu dia makan mi hailam 2 pinggan dan air 2 gelas.

haifa suka sangat nyor putar tu. 


2. KOTAK KALAM

Port dia betul betul sebelah Hotel Citilite, bangunan Tupperware kat Jalan Teluk Sisek.

Cafe ni dah lama bukak tapi biasa la, aku kan tak makan kat luar. Ekekek. Aku pergi pun sebenarnya nak jumpa anak sedara afzan, sebab nak ambik Hot Kambing (nanti aku cerita). Kat situ rifdi makan spaghetti (macam biasa la), french fries with cheese untuk haifa dan hasya, chicken grill untuk ejang dan aku try Swedish Meatball. yang ni aku marah, aku rasa ada 10 ketul meatball, aku dapat makan 3 ketul je. yang lain anak aku rebut sesama sendiri. sebab meatball dia best weh, siap ada sos homemade diorang. nora bagi 5 bintangggg..

Swedish Meatball.
meatball separuh dah baru nak snap gambar T-T
spaghetti memang menu wajib abam koboi
*gambar blur sebab ibu lapar. tangan gigil*





3. RESTORAN MABIQ 

Port belakang Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur.

Makanan dia semua makanan kampung. Menangis la kau pilih lauk kat situ. Aku makan kat sini beramai ramai dengan abah dengan mak dengan kak ina sekali, so total makan 9 orang around RM 70+..dengan lauk daging salai masak lemak 2 mangkuk, pais patin sekor, gulai tempoyak patin semangkuk, labu masak lemak semangkuk, kerabu semangkuk, ayam goreng 2 ketoi, rebung + perut semangkuk, pecal semangkuk, pastu sayur campur semangkuk..olohh, tak larat aku nak taip sambil kecur liur ni weh.

Makan memang puas hati kat sini. Patutla ramai gila orang, berbaloi makan macam ni walaupun nak masuk kedai jauh ke dalam. Dan kak nora bagi 5 bintangggg.





sekian saja bersiaran dari 3 kedai terpilih. next time kita gi tempat lain pulokkk..

1.10.15

Walimatulurus

Tergelak aku bila member aku whatsapp gambar kat group tadi.





Kahkahkah. Cerita 7 tahun lepas ni woii. Siap ada yang komen kata muka aku macam akak jual jamu. Kahkahkah.

Sempat jugakla dua tiga kerat yang mintak kad kawen siap bagi alamat suruh pos. Kemain korang kan memperkotak-katikkan aku kannn..kahkahkah. Aku okay je, terhibur pagi aku arini.

Sebab dah publish gambar kad kawen aku ni kan, so aku nak publish pulak gambar akak jual jamu tu bertunang. Haaa.. Ini gambar original yek. Pengsan la korang gelak tengok betapa nipisnya pipi kami berdua. Belum kira betapa runcingnya dagu masing-masing.

Saksikanlah..






15-07-2007

posted from Bloggeroid

30.9.15

Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
Dah nak masuk seminggu baru ingat nak wish kat semua.



malam raya tu ditakdirkan kakak aku demam urat, takleh bangun. so, malam tu gigih la aku dengan dhiya buat kek choc moist. klakar betul. buat kek bahan main taram aje. susu pekat ngam ngam ada dua sudu. dah tu? pakai la susu segar hasya. hentam saje la labu. pastu kitorang bake pakai oven pulak. patutla rasa dia tak cukup moist. membebel kakak aku di pagi raya sebab aritu masa dia buat dia dah cakap kat aku, pakai pengukus baru moist. haaa, adik awak ni kan rajinnnnn..hahaha

habis jugak walaupun tak cukup moist. haha. eksen lagi.

gambar raya secara official takde. sebab kitorang pakai cantik cantik, lepas tu tido semula. kahkahkah. takde aktiviti la sebab taun ni abah tak masuk korban.




dah petang, anak aku semua ikut kak ina pergi beraya rumah kawan dia. lepas tu aku ni terkebil-kebil sensorang taktau buat apa. mak dengan abah aku aktiviti kat rumah jiran tetangga. sudahnya aku kejut ejang pastu ajak beraya. jomlaaa beraya banggg..boring dah ni.

sudahnya, siap siap..kita balik rumah mertua. hahaha..



pakai cantik untuk perjalanan 10minit sahaja. sampai umah terus cabut tudung, mengadap nasik minyak mak masak. uiii sedapnya. siap nasik minyak, aku duduk jap, sambung plak laksa pahang. pastu duduk lagi makan pulak mee goreng.

nangis mak tengok prangai menantu asek makannnn aje. haha.

BILA AKU TUA

Bismillahirrohmanilrohim....
BACALAHH SEBENTAR.....

BILA AKU TUA


♡Anakku...
Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan...Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku....Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit....Mata semakin kabur... Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...


♡Anakku...
Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan....Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, "mak pekak ke?, mak bisu ke? "atau kata tak dengar ker??...Aku minta maaf anakku...Aku semakin MENUA...


♡Anakku...
Bila aku tua....
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang...Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayan aku... kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA....Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua....


♡Anakku...
Bila aku tua....
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor....Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku....Dan tidak menjerit suruh aku mandi...Badan aku lemah...Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri..Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil...


💖Anakku...
Bila aku tua....sekira aku sakit...temanlah aku,aku ingin anak berada bersamaku...


♡Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba...Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian..Jangan cemas...jangan menangis...hadapi dengan redha...Aku berjanji pada kamu...bila aku bertemu Tuhan... aku akan berbisik pada-Nya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku....Terima kasih banyak kerana mencintai aku
Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku....Aku mencintai kamu dengan banyak cinta....


Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting datas kpd WAgroup keluarga or WAgroup peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite or anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite or ibubapa mereka.😪😍






Mak aku hantar whatsapp pagi lepas Subuh tadi. Tak pasal pasal banjir aku pepagi. Mak la ni!

Huhuhuhu..rindu kat mak.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...