Visitor

5.10.15

ddlovesfood

follower / friend aku memang tau sangatlah pasal hashtag ni. asal gambar dari #ddlovesfood memang selalunya mengundang LIKE paling banyak, takpun paling komen banyak, takpun paling banyak kena jilat screen henpon / pc.

bab jilat tu aku taktau la betul ke tak. tapi memang kerapla diorang cakap camtu. so far aku terliur nampak makanan orang takde lagi aku buat perangai musibat macam tu. jahanam henpon aku nanti. dahla tak abis bayar lagi (opsss).

ok. dipendekkan cerita baru-baru ni ejang share satu video kat fb aku.




Trend orang hari nie.. Share gambar makanan di media sosial.. PENTING! dan WAJIB DENGAR!
~ Jangan menyakiti hati orang lain
~ Post gambar untuk ajar resepi dan iklankan makanan 
~ Etika kalau nak share jugak gambar makanan yang boleh menyebabkan orang lain terliur..


aku pun ah sudah..aku pun tanya ejang, camne ek? banyak sangat dah post gambar makanan. kat ig saje dah 392 post gambar makanan, kat fb entah berapa banyak. kat blog lagi.

ejang pun pesan, yang dah post tu biar ajela. pasni jangan la ulang balik keje post gambar makan tu.

T-T 

so slow slow gambar dalam ig aku dah delete mana yang perlu macam gambar #dapurkakdd. melainkan la gambar yang melibatkan share resepi, atau share lokasi, aku simpan lagi. so jangan pelik la pasni takde gambar makanan yang marvellous dari aku. kahkahkah.

well, aku bukan nak kata aku berubah terus..slow slow aje ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...