Visitor

7.12.15

Rifdi #68 - hey hey happy birthday.

rifdi memang dah cakap dia nak sambut birthday di rumah aki since haifa dah sambut di rumah atok.
okay, kita layan permintaan anak sulung.

so, siang 28hb tu kitorang pergi tengok movie. memang dah target hari tu nak bagi diorang try 3D Movie : The Good Dinosour.


cerita best. tapi taktau kenapa aku bleh cemas nak tido. hahah. hasya pun tido. haifa dah nak abis dia tido jugak. so rifdi jugak yang enjoy tengok cerita sampai habis dengan spek 3D kekal kat mata. hasya 5 minit pertama aje nak pakai spek.ok..ini la first and last time bawak diorang tngok 3D nampaknya.

habis cerita kitorang merayau. ohye, untuk birthday kali ni aku hadiahkan rifdi colour Faber Castell since dia minat sangat jenguk booth FC kat ECM tu. tiap kali lalu mesti dia berlari pergi tengok colour kat situ. tengok harga memang affordable la rupanya. murahla compared dengan bookstore.pulak tu casing colour tu cantik. sebab abang dapat colour, adik semua jeles. so belikan la jugak kat adik adiknya yang kecik sikit.

google.
rifdi punya macam yang belah kanan tu. 




dah settle situ macam biasa sebelum balik singgah Secret Recipe. sebenarnya nak belikan kek dari Kula Cakes. tapi masa pergi situ orang tengah queue panjanggggg gila. balik dari beli kek kat SR tu lalu lagi depan Kula Cakes aku rasa macam queue tu langsung tak bergerak. fuhh..power betul la situ since masuk JJCM ni. takde chance mak buyong makan kek situ. (eh..siapa punya cake sebenarnya ni?)

so balik tu suruh budak budak ni mandi dan kita tiup kek. hoyayy.







kek pilihan birthday boy.

selamat hari lahir abang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...