Visitor

15.1.16

Quality time

lama tak dating so hari tu pergi dating kat taman bunga.





ekekekeke. taman bunga sangat. sebenarnya dating sambil tengok anak bermain di taman permainan actually. saja kan bagi budak-budak ni terhibur. hari elok pulak aritu. so bawakla ke taman. sebab sini petang-petang selalu hujan. nak buat aktiviti berbasikal pun tak sempat. budak-budak ni okay aje, janji diorang happy.






lepas tu tiap tiap hari hasya request nak pergi taman itu taman ini. ha, pantang nampak taman.

14.1.16

Workstation

punyala bosan aku menghadap internet sepanjang waktu. kejap pc, kejap handphone. sudahnya muntah. haha.

biasa la awal tahun ni mana ada projek lagi. peruntukan pun baru je dapat, tapi dapat tau la. belum sampai ke office lagi. tapi disebabkan kelapangan waktu, aku pun kemas sikit sikit meja. lepas tu tergerak nak tampal memo untuk check up date dengan doctor. maklumla, untuk bulan ni saje aku ada 5 appoinment dengan doctor.

so, tergerak nak buat satu tempat tempek memo. aku pun diy la macam macam kat workstation aku ni. kebetulan ada pulak kotak tisu tak pakai dengan draft paper colour merah. maka, terhasil la workstation merah tema gong xi fa choi.






ok. sebelum ni workstation aku rupa dia camni.





tapi sekarang dah tukar colour dan ada tempat tempek memo.



kalendar dah kena alih belah kanan sebab nak cover cable printer. i is tak suka nmpk isi perut camtu.
no manners.


okla kan?
kira projek DIY jugakla kan?

haha.


11.1.16

chaotic kiddos #13

tahun ni rifdi dah naik darjah 2, haifa dah masuk Pra Sekolah dan hasya masih di tadika.

rifdi pergi sekolah pun macam biasa. masih berseronok. bergembira dengan kawan kawan baik dia yang hari-hari dia sebut nama sepanjang cuti sekolah. darwish-ammar-dan ikram yang kembali ke sekolah semula lepas pakistan gempa bumi (kata emaknya). rifdi punya belanja masuk sekolah pun tak banyak. dia cuma beli kasut baru, stokin baru dan beg sekolah. uniform masih lagi pakai yang taun lepas sebab orangnya sangat cermat. so pakai la selagi boleh.

haifa pulak masuk pra. sekolah yang sama dengan rifdi. first day pergi skolah, dia tengah beratur. lama berdiri kat situ hasya pulak meragam sebab nak sangat masuk sekolah. so, aku tinggalkan haifa macam tu je lepas tu hantar hasya.

hasya pun aku hantar masuk kelas, dia masuk dan duduk macam takde perasaan. rilek aje. cool aje. lepas babai babai, aku pun blah pegi skolah haifa semula. yelah, risau gak tetiba dia buat drama kat situ, letih pulak cikgu carik makbapak nya mana.

sampai tengok perhimpunan dah habis. so, pergi kelas dia pulak. aku dengan ejang sekadar telek dari tingkap. tengok dia pun rilek aje kat blakang dengar cakap cikgu. aku pun slow je pergi blakang, kebetulan ada cikgu kat situ. aku nak bagi gambar haifa sebenarnya, sambil sambil jugakla tanya keadaan haifa macam mana.

"dia ok aje. pernah sekolah ke dulu?"

hmm..aku agak dah. minah ni lagi gamble. umur 4 tahun dulu pun dia pergi sekolah sendiri. memang takde la drama drama sedih kat skolah ni. hahaha..insha Allah. mudah mudahan sampai besar la mudah pergi sekolah ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...