Visitor

19.1.16

hasya #15

diam tak diam, hari ni hasya dah genap 4 tahun lorrr!


19-01-2012 : Pengalaman Bersalinkan Norhasya Rasyidah


besar dah anak ibu. sekejap aje kan.
kalau abang dia umur 4 tahun dulu dah ada 2 adik..hahah. tak lama dah ek kakak hasya, nanti beradik la insha Allah.

harapnya takde la meragam sangat hasya masa dapat adik nanti. sebab masa ni pun kemain mengada nak menetek, takut ada adik nanti datang mengada dia nak jugak, habisla mak. gigi dahla banyak, besar-besar pulak tu. ahaha.





4 tahun jaga budak ni memang terasa sangat-sangat-sangat tercabar sebab dia ni lain macam sikit. haha. keletah dia, dengan garang, rebel, taknak kalah, dengar cakap dia aje..fuhhh. tapi alhamdulillah dia senang diuruskan. takde banyak masalah kesihatan melainkan demam manja, dan pernah HMFD.

bab makan pun senang. bagi je apa, semua dia boleh makan. kalau kat rumah kitorang semua panggil dia hantu ikan sebab kuat gila makan ikan. kakaka.

apapun, masa akan datang kalau hasya baca blog ni, aku harap dia tau yang segala kenakalan dan kedegilan dia tu la yang buat aku sayanggg sangat kat dia. dia ni penyayang tau. cepat touching walaupun muka nampak kental. kahkahkah.



"happy birthday Norhasya Rasyidah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, jadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat"



17.1.16

Apam Pelangi Kukus




Pagi semalam sebab rasa macam gagah perkasa, aku pun try la satu resepi apam yang bapaklah senangnya. Dengan penggunaan bahan yang sangat basic, aku pun gigih la kat dapur membancuh adunan yang serba mudahlah orang kata.

Jenis teringin nak baking, so kali ni nekad sikitlah.

Resepi dia mudah aje.






Agak agak taktau nak pukul telur tu sekembang mana sebab takde mixer, bleh la pakai blender.

Lepas tu awal awal aku nak bagitau, apam aku ni pakai perasa sirap dengan perasa anggur. Maklumla, bukan rumah seorang baker. Colour memang takde la, colour buncho aje ada. Heheheh.






Aku kukus dalam tempoh 45 minit. Takde tips boleh aku bagi melainkan masa kukus tu kalau boleh jangan ada wap air masuk dalam adunan tadi. Tu ajela yang aku tau.

Agak agak dah cukup 45 minit, boleh la try cucuk apam tu tengok lekat ke tidak. Kalau tak lekat tu petanda apam tadi dah siap masak tau.




Sekali dia naik.. Perghhhh. Kembung! Haha.

So tunggu dalam 15 minit untuk apam tu sejuk sikit dan pastu boleh la serve.

Round pertama masa dah sejuk aku tunjuk kat anak aku, semua teruja. Separuh apam tu habis diorang hadap.

Second round aku potong lawa lawa, aku serve kat ejang, ejang kata colour lawa. Cantik. Tapi masa makan dia diam aje. Hahahah..tapi yang pastinya memang habis sebelum tea time la. Haha..konon nak buat makan petang sekali tak sempat dahhh..

Alhamdulillah.

Resepi dah ada tu, apa lagi. Try la!
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...