Visitor

3.2.16

It's A Boy!

heksaited betul bila kawan aku sorang ni dah bersalin. memang kitorang selalu borak dari blog, membawak ke fb, membawak ke whatsapp nak update pasal diri masing-masing. beza dia pun dalam sebulan lebih gitu dengan aku.

so, malam kelmarin jam 12.04am, bertarikh 2 Februari 2016, lahirlah seorang bayi lelaki dari rahim seorang wanita bergelar sahabat yang lama gila putus hubungan dan bertaut kembali (ayat lesbo), fieza fadilla.

well, aku bersalin nanti ko dah nak habis pantang agaknya kan?

aku cilok dari fb hang la ni fieza 


yang buat aku rasa i dont believe it tu sebab siang hari dia bersalin tu, dia sempat up gambar comforter baru siap jahit kat fb, dan aku sempat mengomen.



ahahaha. 
apapun beb, aku doakan ko dapat berpantang dengan aman damai tanpa airmata lagi okay. semoga ko dan baby dan fatihah enjoyyy!

2.2.16

Checklist Keperluan Ibu Dan Bayi Di Wad

share dari facebook ajela. wakaka.














alhamdulillah, last check up dengan specialist lastweek, doc bagitau uri dah jauh naik. cuma baby jela still breech. harapnya nanti baby pusing-pusing dan tau port nak keluar ikut pintu. amin.

ibu dia walaupun kali ke empat, jangan ingat ibu dia tak nervous okay. sebab bulan ni dapat duit kutu so planning memang nak beli barang baby dengan set confinement. weekend lepas pergi Anakku, tapi sampai kat sana terus aku dengan ejang blur. nak beli apa ni weh?

walaupun dah plan nak beli set tilam, lampin,set mandian dan beberapa helai baju, tapi bila sampai kedai tetaplah gabra taktau apa nak carikkkk. alahai. sudahnya beli sampai 5 pasang baju (kau dah kenapa?), set booties & mitten dan 2 helai topi. ya Allah. entah apa merepek pun taktau.

tu pun dah RM147.50. kehkehkeh.

by next time shopping aku kena tabahkan hati sikit. beli benda yang betul betul nak beli. banyak jugak barang takde ni. maklumlah, hasya dah 4 tahun kot. dah ke sana ke sini dah barang semua sampai tak ingat dekat siapa, dah pulang belum..haha. tapi tak kisah pun. at least dapat jugak beli barang baru. kahkahkah. alasan sangat.

tadi dah recce barut kat kawan-kawan. ingat nak tempah tapi ada adik officemate yang memang buat barut untuk dijual. oklah, harga pun berpatutan. beli dengan dia ajelah so takyah la pergi carik kain kat kedai pastu tempah. janji ada aje.

untuk ibu dia plan nak beli barut jenis zigzag. barut lama ada tapi tambah la sikit. tapi tu lah, set confinement pun tak berani lagi nak beli since doc bgtau potential ceaser. alahaii..so recce ajela dulu kot. nanti dah bersalin biar ejang belikan aje. sebelum ni pun macam tu jugak.

bukan takde experience kan? ..tapi tetap mak nak nervous. ahaha.

tengok. hari ni baru 33weeks tapi dah nervous mengarut entah apa apa. bawak bertenang la dd oii.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...