Visitor

18.2.16

Resepi Ikan Bakar Berserta Sambal Dan Kuah Air Asam

kemain. gaya tajuk macam pro je kahkahkah. taknak kalah dude.

sebab masa balik kuantan cuti cny aritu ada orang tu mengidam ikan bakar kuah sambal petai. so siang tu merata la tuan badan tu menncari ikan dan petai. tapi ikan aje yang dapat, petai hari tu ntah camne langsung takde. takpelah, kita on je. janji dapat ikan bakar.

resepi ni nak kata power sangat tu taklah. tapi bak kata pemakan-pemakan ikan hari tu semua kata ikan sedap, sambal sedap cuma kuah air asam tu tawar sikit. takpelah, kita tambah garam ajela sikit. so, ini resepi lengkap dan siap aku bagi kat korang. kita sama sama share dan sama sama cuba okay.

Ni anggaran untuk seekor ikan kerapu dan 3 ekor ikan cencaru.


Kuah Sambal Ikan Bakar



  • Blend semua bahan tersebut :


  1. Cili kering
  2. 2 biji bawang besar
  3. Satu labu bawang putih
  4. 2cm belacan
  • Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah diblender tadi sehingga naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa setengah gelas.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tambahkan air sekiranya memerlukan. Aku hari tu memang tumis lama untuk pastikan sambal tu pekat dan masak sepenuhnya. Perut aku ni sensitip, bukan bleh makan tumis kurang masak.
  • Agak dah pekat dan masak, bolehla angkat dan ketepikan sambal tu.


Ikan Bakar

  • Cuci ikan sebersih-bersihnya.
  • Alas daun pisang di atas pembakar. Kitorang hari tu pakai tempat pembakar yang pakai arang lagi you. Biar lekat segala bau asap kat ikan tu. hehe.
  • Ohye, atas daun pisang tadi letak sambal ikan yang dah masak tadi sikit. Letak ikan atas dia dan letak lagi sambal tu atas ikan. Bakar.


Kuah Air Asam

Sambil-sambil ikan tu sedang dibakar boleh la buat air asam. Sekejap aje pun. Tapi jangan tinggal terus ikan tu, tengokla jugak. Rentung nanti jangan salahkan akak pulak. *fliphair*

  • Bancuh asam jawa dengan segelas air. Tapis dan ambik patinya. Masukkan ke dalam blender dengan bahan tersebut :-
  1. 2 bijik bawang merah
  2. Tomato (sebelah aje. sebelah lagi kita guna next step)
  3. 2cm belacan yang telah dibakar
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Blend semua bahan tersebut. Dah siap nanti masukkan ke dalam mangkuk.
  • Sediakan bahan berikut :
  1. Balance sebelah lagi tomato tadi dipotong dadu.
  2. Sebiji bawang besar dipotong dadu.
  3. Lada kecik ikut suka korang nak pedas mana dipotong kecik-kecik.
  • Masukkan bahan di atas ke dalam mangkuk bahan yang siap diblend tadi.
  • Perah sebiji limau kasturi dan gaul. Time tu rasa la sikit apa yang kurang. Pastikan segala rasa ada, masin, manis dan masam.
  • Kalau dah cukup rasa semua boleh la hidang.



So sekarang dah boleh makan la. Bolehla cuba resepi ni..alhamdulillah, aritu memang laku habisla ikan ni. Taktau la kot faktor sambal mak buyong ke, memang tengah lapar ke apa kann..haha

Aku ni dari awal menaip dah terasa merecik-merecik airliur dalam mulut ni hah. Dahla sedang berpuasa ni..bertabahlah dd. hahahaha.

17.2.16

Walking Dead Season 7

Walking Dead is back!




tapi first episode dah bikin frust sebab Jessie mati kena makan dengan zombie. hello, kesian rick tau. baru je dapat awek lawa tetiba tengah nak transfer tu kena serang. ni sebab anak jessie punya imaginasi la. tapi mujur la rick dah sempat berasmara dengan Jessie masa season 6 dulu. kahkahkah. jahanam betul pemikiran aku kali ni.

banyak lagi buat aku frust termasuk anak rick berlubang matanya sebab kena tembak. iskkk..


kecewa awal dah aku ni. haha.




15.2.16

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 69, Abah!

sebab aku ada di Kuantan masa tu, aku pun ajak ejang pergi beli kek Secret Recepi untuk birthday abah. hihi. kejutan!!

sebelum tu abah aku dah disambut oleh orang ramai yang hadir masa kenduri anak sepupu aku. bertuah abah aku hari tu, pengantin yang suapkan kek kat dia. tapi sebak pulak sebab abah aku menangis masa kat atas pentas tu. touching aku weh!

so, balik dari kenduri tu anak aku semua naik kereta dengan abah. diorang memangla kalau jumpa atok abah dia, memang tinggal aje aku ni tau. haha. yuyu dengan dhiya ikutla aku ngan ejang balik, dan kitorang balik tu buat surprise kat abah.


A video posted by ddjaafar (@ddjfr_) on





abah ni cute tau. umur 69 pun dia masih sweet, sihat alhamdulillah, dan manja dengan mak. ko tengokla, aku selak selak datang selfie ngan abah, abah tetap carik mak nak bergambar peluk.

semoga abah sentiasa kekal sihat, diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, diberikan kesenangan, dan doa ida untuk abah dah tentu yang baik-baik aje untuk abah. abah adalah sumber inspirasi ida sepanjang hayat kerana abah la insan terbaik dan teragung dalam diri ida selepas mak. sayang abah. (terus sebak).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...