Visitor

8.6.16

Rifdi #69 : Puasa

Arini hari kedua rifdi puasa, insha Allah.
First time kot ajar anak puasa. Kahkahkah. Ibu punnn.

First day memang tak puasa la sebab aku kejut sahur, taknak bangun. Lepas tu bangun tido, nangis sebab perut terlampau pedih agaknya sebab malam sebelum puasa tu memang dia tak makan langsung, selain makan aiskrim Baskin Robbins petang tu aje. Kesian. Aku bagi nasik lauk ayam goreng masa sahur pun dia muntah balik. Sudahnya pesan kat Apok (adik bongsu ejang) pergi belikan roti coklat 10 bungkus.

Hari kedua puasa. Aku memang tak kejut rifdi time sahur. Tapi bangun pagi tu masa aku tanya, _"abang nak makan?"_
Rifdi cakap dia nak puasa. Mula mula aku ingat taknak gak bagi dia puasa, takut tak tahan. Tapi kalau dah dia nak cuba, why not aku bagi ajekan? Lapar kang makan ajelah. Puasa la dia tanpa sahur dan tanpa niat. Kwangkwangkwanggg..

Tapi memang dia kuat semangat. Cuma petang nak asar tu dia ngadu terlampau dahaga. Alah, sayangnya rasa nak bagi dia berbuka. Mak aku pun cakap, _"abang minum air. Nanti puasa balik"_
Rifdi pun minum sikit dan sambung puasa. Kehkehkeh.

Alhamdulillah, dua kali minum (sikit), akhirnya dapat gak puasa. Boleh laaa..itupun semalam abah dia awal awal belikan lego, bagi kuat semangat lagi.

Hari ni hari ketiga. Rifdi bangun sahur, dan so far takde lagi ngadu lapar ke, letih ke dahaga ke..
Harapnya dapatlah bertahan. Moga moga dia kuat semangat sampai ke hujung Ramadhan. InshaAllah.


posted from Bloggeroid

6.6.16

Salam Ramadhan 1437H

Sebelum Ramadhan, sempatla kitorang keluar melepak makan aiskrim di Baskin Robbins, Megamall.

Sebenarnya dah lama kot aku mengidamkan aiskrim BR ni. Since pregnantkan riyadh, masa aku ada meeting kat Genting Highland. Masa tu aku nampak kiosk dia, pastu aku cakap kt officemate aku, esok sebelum balik aku nak singgah gi makan aiskrim kat BR. Sekali aku balik tu tak lalu kat situ. Kakakakaka..apa la. Terus balik tak jumpa jumpa dah BR.

Jadi, sebelum puasa esok baik petang ni pulun aiskrim. Ehhh..pecah pantang aku makan aiskrim hoiii.












Heheheh. Oklah. Untuk semua yang dikenali, aku mohon maaf di atas kesilapan ketika berbicara, terkasar bahasa, terkurang ajar, dan terlebih dalam beberapa perkara.

Semoga bulan Ramadhan kali ini mengajar kita erti kesabaran dan keinsafan.


posted from Bloggeroid

5.6.16

Kerabu Mangga Simple

Buat berbuka puasa pun sedap nih!

*Bahan*

1. Mangga
2. Carrot
3. Bawang merah
4. Kacang panjang
5. Lada kecik
6. Ikan bilis.


_Cara_
1. Cincang/sagat mangga & carrot
2. Hiris nipis2 kacang panjang & lada kecik
3. Mayang bawang
4. Basuh bilis dan goreng dengan minyak garing2. Toskan dan tumbuk sampai berserbuk.
5. Gaul semua bahan dan makan.
6. Tak perlu letak garam & gula.



posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...