Visitor

22.7.16

SHRMZB 2016 #4

Raya Kedua


aku memang tak sahla kan kalau tak update cerita raya bersambung-sambung. alah, bila lagi nak update. ni pun tengah ada free time nak up gambar. kalau tak kepam ajela gambar dalam henpon sampai raya tahun depan. kihkoh. at least up kat blog, selain simpan gambar. dapat ingat balik moment ni bila aku kelebek blog ni taun 2056 nanti kan? ewah. rancangan masa akan datang tu.

raya kedua. rutin memang balik kampung mak, beraya belah adik beradik mak. tahun lepas aku tak join sebab beraya belah family MIL. ala, adatla kan. kita dah ada 2 family gitcheww. kena la sama sama rasa, sama sama raya, wah tagline.

gerak pagi yang hampir tengahari, kami terus konvoi 4 bijik kereta ke Jengka. rumah makteh (kakak mak), lepas tu pergi rumah pakcik (adik mak).

dah nak gerak. anak aku memang pelik pelik aje aksesori yang dia bawak jalan



Bandar Jengka. rumah makteh aku. jauh beza aku dengan kakak aku. huwaa.

siap lunch, kitorang gerak pulak rumah pakcik aku kat Jengka 25.









basah lencun aku hari tu sebab menyibuk kat dapur kahkahkah.
gemuk betul aku. ciss.

family adik aku




siap beraya sini, kitaorang terus shoot ke Kg. Awah, rumah makde (kakak mak). Gambar memang takde dah sebab time ni masing-masing dah berlemuih, campro takde bateri, budak budak pun takde bateri. kat rumah makde anak-anak aku recharge, mandi pakai bedak lawa-lawa, pastu siap balik kuantan semula. kakak aku nak balik cepat sebab nak memasak, esok (raya ke3) buat open house.

lepas pada raya ke2 ni, aku memang tak update dah pasal raya sebab tak ke mana dan malas nak angkut bebudak ni ke rumah orang. kahkahkah, best gila alasan.

ok. habis cerita bab raya bersama keluarga. jumpa lagi raya taun depan. baiiiii.

21.7.16

SHRMZB 2016 #3

raya akhirnya tiba. yaaaa..sebab sama birthday aku so kali ni memang tertunggu-tunggu sangat saat ni tau. eh, sorry guys. gambar memang libang libu abis. ada yang pakai henpon, ada pakai campro, ada yang pakai dslr. aku rembat aje gambar apa yang ada dalam gallery hp sebab aritu ejang send kat aku gambar via whatsapp aje. teknologi sangat.

yang ada date tu, abaikan date. lupa nak set time bebetul pada campro tu.

aktiviti raya first tetaplah rutin setiap tahun. 
solat raya, berkumpul satu family untuk sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya, fotoshoot dan balik rumah mertua.

petang nanti jumpa semula! - hahaha



sesi bermaaf-maafan

sape nak duit raya meh sini

hai



jaafarians

#teambajumerah






A photo posted by ddjaafar (@ddjfr_) on





last but not least.

gambar paling win


sebab merajuk nakkan dslr, habis semua gambar dia buat muka. rosak gambar raya 2016.


A photo posted by ddjaafar (@ddjfr_) on

SHRMZB 2016 #2

Persiapan raya.


sebab kali ni cuti raya dapat hari rabu, so aku amik cuti jugakla isnin selasa tu biar dapat lama sikit berpuasa dengan mak abah & mak ayah. mula sampai kuantan, lepak rumah MIL aku dulu. masa kat situ, 2 malam berturut-turut kitorang buat kuih raya. ni semua ejang punya pasal la. haha. dia mintak mak dia buatkan kuih siput dengan kuih gertas. sape taktau pegi la google rupa dia camne, ni semua kuih orang lama.

tu pun sebab nak ajar anak dara aku buat kuih siput. eh, ibu dia bukan taknak ajar, tapi ibu takde masa. kihkihkohkohkoh.

A video posted by ddjaafar (@ddjfr_) on



yang ni masa buat kuih siput. kuih gertas tak sempat merasa buat sebab kerja melibatkan sira gula. tak kuasa nak pegang henpon.


cukup dua malam tido umah MIL, kitorang bermalam kt umah mak aku pulak. pun tiap tiap malam buat kuih. tapi aku tukang tengok jela. yang buatnya dhiya dengan yuyu.

kuih oat adik ipar aku buat

florentine kakak aku buat

cornflakes dhiya & yuyu buat

kek kakak aku buat

semua org buat kuih. abis, apa aku buat?
aku pegang henpon ngan riyadh je ke kekdahnya?



rebus ketupat la wey. esok raya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...