Visitor

12.5.17

riyadh #2 : happy first birthday

birthday riyadh 11-03-2017 yang lepas tau. haha. habis semua aku nak throwback ni.
maklum laaa..blog banyak siaran tertunda.


sudah satu taunnnn

kebetulan 11 Mac aritu jatuh hari sabtu. memang dah order kek pun untuk riyadh. macam biasa laa, untuk tekak keluarga yang sebenarnya memang la Secret Recipe. konpem deras je licin.

merujuk apa yang aku tulis kat fb/ig dated 11-03-2017 tu (kes malas nak menaip la niii) :

Tiba-tiba semua ini terjadi 😂 

Kek memang dah order semalam. Dah nak Maghrib tadi tengok ada nasik lebih. Buatla nasik goreng konon untuk lepas tekak. Lepas tu buat la spagethi goreng jugak sebab kebetulan ada gak sket. 

Elok ejang sampai rumah, dia cakap dia ajak Alang & family dan Acik pun ada datang sorang. Cepat cepat bancuh air kelapa laut, buat nescafe panas, buat sandwich! Hahahaha. 

Maka terjadilah sedikit makan bagai tsunami kat rumah. Ajak teacher sebelah rumah bagi meriahkan majlis. Alhamdulillah, tak memasal ramai yang sambut birthday Riyadh hari ni. Seronok sangat la anak anak kami malam ni. 

eheh.










ha kau kan. gambar semua stok tangan ibu parkinson. habis bergegar tak setting flash, lighting semua. nampak nau tak prepare apa.

apapun untuk riyadh baca satu hari nanti (kalau blog tak hilang la kan). pun masih copypaste dari fb/ig :

Kemain senyum bila ibu nyanyi lagu birthday kat dia. Merdu sangat agaknyaa..🎵🎶🎼 

Happy 1st birthday dear Norhaiyan Riyadh. How time flies. 
Last year time ni ibu tengah siap siap pakai bedak wangi wangi nak masuk OT. Masa ni ibu berdebar memikir nak kena caeser, pikir macam mana nak pantang caeser. Now you're 1 year old already. 

Alhamdulillah, rupanya senang sangat jaga dia selama ni. Tak banyak meragam, cool, happy dan suka senyum. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak soleh, jadi muslimin yang penuh iman di dada dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Ibu, abah, abang idi, kakak, kak hasya and everybody's around u were always love you! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...