Visitor

3.6.17

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 2 (KL..kami datangggg)

Part 1 dah baca belum?
kalau tak baca lagi pergi klik link tu. jangan skip.

......................

plan nak gerak awal tapi biasa la. perempuan beranak 4 memang berterabur sket susunan waktu. tapi ok la kann, taklah gerak dari Kuantan malam hehe.

dengan yuyu, anak sedara first.
tengok dia mesti terbayang aku zaman muda dulu.
ewah..tua sangat ke aku?.

kami gerak ke KL dengan jayanya. masa sampai tu jenuh gak memusing Bukit Bintang entah berapa kali sebab tak paham maps. aku kalau bab baca maps memang sejenis mintak kaki ejang, entah ke mana mana perginya bacaan aku. 

sampai kat hotel plak aku salah lagi. kena pergi Swiss Garden belah belakang, bukan pintu masuk depan. pulakkk.

bila kat reception, baru prasan aku tak print out receipt yang diorang send via email. memang sebelum ni kalau nak check in bawak receipt tu tapi serius aku lupa. jadah kena naik opis SGIV pulak kat tingkat 7 mintak diorang printkan. nasib baik opis SGIV atas tu je..kalau tak nangis pulak aku kena carik cc kat hotel tu untuk print out receipt. sakitnyaaaa la kau ni dd.

mujur bilik lawaaaaa gila. memang superb! 

siap siap check in, angkut barang, parking elok susun beg semua, kitorang turun jalan kaki gi carik kedai makan. lapar woii..kira bekal makan sampai malam la ni. area situ memang banyak kedai makan. kedai mamak ada, kedai mamak ada, kedai mamak pun ada..haha. gilaaa! paling best, subway pun ada. ahaha..ada chance lepas gian aku ni..

malam tu konon sebab dah kenyang, buatla percubaan nak tido. sebab tengok anak anak masih hyper sekali ejang kata, jomla kita gi ronda jap. sambil tengok jalan ke KLCC..jauh ke idok. maka malam tu keluar pulak layan angin malam. 

port riyadh la ni dari depan katil ke depan almari tu

abam dan burung antu

rupanya dekat je klcc. haaaaa..senang je kot jalan dia. eceh. co pilot memang gitu je cakap dia.


eh..tipu betul. perut aku tak buncit gitu pun

yayyyy sampai klcc



bahahah. jakun tak?

sebenarnya bebudak ni dah lama sebut sebut nak pergi KLCC. tiap kali gi kl mesti diorang tunjuk yayyy, nampak KLCC. tapi lalu jela. so kali ni memang target dan misi nak bawak budak masuk ke sini. sebab tu la this time pilih Swiss KL. senang.

ok la..sebab dah tengok ni esok kita datang lagi ye. baiii

2.6.17

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 1 (Kuantan)

kahkahkah.
aku memang saje je schedulekan kisah cuti sekolah bulan 3 dulu untuk paparan di cuti sekolah bulan 5. psycho sangat tak?

................

seminggu cuti sekolah bulan 3 dulu. maka makpak pun turut serta cuti seminggu. awal cuti tu kitorang balik kampung dulu. masa tu program pertama kami ialah mari mencari saloon. bahaha.

ahad. girls day out.
balik kenduri terus pergi carik saloon muslimah area permatang badak. kebetulan ada lagi 3 kepala, kitorang pun on jela, ejang drop by gegel kat kedai lepas tu dia blah. memang best la saloon tu. nama kedai dia Milan. tempat tu bukan je saloon, tempat massage pun boleh. cantik lah! next time bleh manjakan diri kat situ plak.


anak jepun sesat

ibu pun nk pose jugak sedas

isnin. all out.
kali ni geng boboy pulak pergi saloon. yang ni memang takde tempat lain la. port kat IM2, kedai pak sedara ejang. so hari tu ejang dengan rifdi gunting rambut, riyadh kita kasi botakkk.


selasa. family all out (haha..ntah apa apa)
petang tu bawak mak abah gi ronda rumah baru. saje je kan, alang alang kita gi dinner terus. so, masa melawat kawasan tu orang tengah prepare nak premix jalan. kitorang pun selamba je la masuk rumah check itu ini. sorry ekkk..gambar detail rumah ai taknak letak. sakit hati nanti sebab banyak yang diorang tak buat elok.



elok masa balik tu sekali jalan sedang dipremixkan. kahkahkah. mikir pulak camne nak lalu. dahla bawak keta abah aku. bahaha. tunggu punya tunggu..sebelum premix makin lebar perginya sudahnya ejang redah je. abah aku senyapppp je kihkihkohhhhh.

dan kami terus menuju ke Pelak Cafe. pergi makan!











dan banyak lagi gambar masa kat kuantan. sampai aku tak jumpa dah aku save kat mana. tu laaa, peram lagi gambar pastu taktau simpan mana. perangai baik sangat.

ok. ni kisah di kuantan. seterusnya kisah alam ria cuti sekolah di KL pulak.
saje bawak bawak budak bercuti sambil perabihkan balance bermalam kat Swiss Garden. 3 malam kami kat di Swiss Garden KL. balance lagi 2 malam aku jual kat kawan aku, hehehe.

ok. nextttt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...