Visitor

9.6.17

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 5 (Movie Time & Balik)

Part 1
-------------------------------------------

lastday kat hotel. pagi ni special sebab ejang awal dah gi tapau Subway. finally, dapat gak makan Subway. entah apa yang dia beli masa tu aku hentam saja. tapi ok la..bebudak pun makan. aku risau bebudak ni tolak tepi je. bab tolak tepi aku makan takpe. tapi diorang tu lapar nanti susah sungguh nak kena carik kedai pulak.

sempat jugakla diorang pergi terjun kolam 4 beranak. aku dengan riyadh kemas kemas barang nak check out. 

siap check out, kitorang terus ke Low Yatt. konon nak recce external hard disk. sekali beli speaker pc. psycho betul lakibini. beli dua lak tu. bahaha. lepas tu pergi Time Square. haaa, gigih jalan kaki naik jejantas apa menda semua.

sampai Time Square menda pertama carik dah tentu tempat makan. sebab perut semua lapaq nasik, ibu belanja la Chicken Rice Shop. kenyang perut suka hati perut pun buncit.

yillek

siap makan kitorang pusing pusing buang masa. konon nak bawak budak pergi main indoor, sekali rupanya masuk dah kena bertiket macam theme park dah. aku ingat macam taun 2010 lagiiii..kahkahkah. cancel nak main kat situ. bebudak memang macam macam la dia punya tantrum sebab tak dapat main. terpaksa pujuk cara lain.

masuk sini pun tak mampu nak main bowling & archery.
jalan jalan finally jumpa sesuatu yang buat semua budak sangat happy.
BOSS BABY movie. haaaaa, finally. ikutkan aku nak tengok Kong movie, ejang pulak nak tengo Power Rangers.

tapi sebab majority yang angkat tangan nak tengok BOSS BABY, maka mengalah jela makpak oiii. redho ajela. mujur semua tengok dengan behave. termasuk riyadh. boss tido kekenyangan.

habis movie, maka slow slow la gerak balik Jerantut pulak. dalam pada tu kakak ipar ajak keluar makan, janji la kat Tesco Ampang tapi entah macam mana terlepas simpang so tak dapatla jumpa. kitorang pun terus la balik. tapi stop la jap kat belah mana entah, makan nasik arab dulu. haha. menyempat.



On the way balik tu berangan pulak lagi tu nak naik Bukit Tinggi, konon nak bermalam lagi satu malam (kes malasssss nak balik rumah) tapi lepas pikir pikir punya pikir, balik jelah. kain kotor berlonggok menanti mintak dicuci. maka, pada jam 12 malam jugak kot kitorang sampai rumah. akhirnyaaaaa..habisla episod Alam Ria Cuti Sekolah bulan 3 yang lalu.

Cuti sekolah bulan 5 baru ni takde cerita sebab tak ke mana. balik kuantan sempena menyambut Ramadhan aje. apapun untuk semua, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Baju raya dah beli kewwww?



6.6.17

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 4 (Indoor)

disebabkan hari ke2 duduk hotel jatuh hari jumaat, maka kami cuma buat aktiviti indoor je iaitu membuta, mandi kolam, makan dan membuta semula. haha.

bangun bangun makan farley's rusk

eh. set pedicure pun nak makan gak ke dik?
kolam kat tingkat 6 dan view memang lawaaaa gila. 



siap mandi perut masing masing pun laporrrr.
aku call Pizza Hut Delivery terdekat. 


terdekat ke idok ke..ntah berapa kali awek pizza ni call kata pizza dah siap tapi hujan. takleh hantar lagi. kena tunggu hujan reda. masa tu kawasan aku belum hujan lagi.

15minit lepas tu awek tu call lagi kata tak dapat hantar lagi. anak aku dah macam macam pesen dia punya amuk sebab lapar. yang jadi ultraman ada, jadi raksaksa ada..

tak lama tu call lagi kata tak jumpa pintu hotel. adeimak. 

tak lama tu call lagi kata mintak turun sebab takleh hantar depan pintu. apa apa lah janji ko sampai. masa aku ambik pizza pun siap mamat tu basah kena hujan. kesian pulak. apapun thanks dikkk..

lapar laaaa



lepas makan kita tidurrr. lepas tu petang sambung main kolam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

malam tu kitorang pun keluar makan dengan abangah aku. abangah aku jemput kitorang depan hotel, pastu kitorang follow la keta dia. abang aku bawak gi makan kat Chop N Steak, Kampung Baru.

banyak gilaaaa menu. aku pilih salmon grill. aku kan poyo, bajet bajet diet. lepas tu semua yang anak aku tak habis aku habiskan. hebat tak perut aku? hmm..gitu la mak mak kan?

sebelum balik sempat kakak ipar aku amikkan gambar kami kat situ. 





dah kenyang, dah bahagia, dah jumpa adik beradik, maka balik tu terus tergolek.

esok lastday!

4.6.17

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 3 (Petrosains)

Part 1
Part 2
.....................

Celik mata terus meriah bilik dengan jeritan anak anak beruang. lepas tu menjerit lak mintak makan. lepas tu ibu dia jerit balik suruh mandi. paling tak tahan sebab diorang mandi sampai pecah gelas dalam bathroom. menjerit lagi laaaa ibu beruang ni.


maka..setelah siap mandi...

Seperti yang dijanjikan, hari ni pergi KLCC lagi. tapi kitorang tukar plan. kitorang park kat Central Market, lepas tu naik LRT ke KLCC. lagi best. bagi chance bebudak ni merasa naik LRT. dulu penah dah naik tapi diorang bukan ingat punnnn..

sampai sampai terus carik port makan. laparrrr. pagi tadi makan apa yang ada dalam fridge je.



hmmm..sori la nak share dengan orang lain

lepas siap makan, terus nampak Petrosains. harga untuk 1 family rm49.00..heyyy. berbaloi sangat. ikutkan plan nak masuk Aquaria tapi kakak ipar pesan takyah la pergi situ. dahla mahal, penat pulak berjalan sebab jauh. tu yang kitorang pergi Petrosains.

tapi memang serius, berbaloiiiiiii..
tapi silap kitorang duduk luar terlampau lama. konon bagi bebudak ni colouring la, buat topi laa. dah masa kat dalam kurang.








abah dia pun enjoy.
sabau jela


apapun memang enjoys gila dalam ni. sebab pukul 5 dah tutup so last tu terpaksa laju laju keluar. lepas tu pergi lepak petang kat kolam.




last but not least, sis nak belanja.


siap makan terus balik. terbongkang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...